Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 5, 2012

Beli la weiii...!! Penat dah aku menjual... ehehh....

Assalamualaikum...

Beli la weiii...!! Penat dah aku menjual... ehehh....

Ni entry suka-suka je ni... Sekadar mengasah bakat terendam... hahaha... Mana la tau kalau-kalau ada di kalangan pembaca blog ni yang suka berpantun-pantun ni.. Terima kasih la pada kawan-kawan kat fesbuk aku yang sudi membeli pantun aku ni.. Sekurang-kurangnya jawapan mereka tu secara spontan dan ikhlas... :)

Mohh la kita mulakan sessi berbalas pantun... 

Baik-baik tanam selasih...
Jangan sampai hanyut di muara...
Baik-baik memilih kasih...
Jangan sampai hati merana...

Pulau Pandan jauh ke tengah...
Gunung Daik bercabang tiga...
Hati merana ditinggal kekasih...
Berlagu sumbang menangis tiada...


Anak sungai jernih airnya...
Nampak jelas renangan si ikan...
Kalau sayang apa tandanya...
Cukupkah sekadar hanya luahan...?

Ikan jernih dari muara...
Nampak ekor si ikan tenang...
Sayang cukup hanya bibir hati...
Cuma luahan di sudut hati... (ekekekeke...)


Pokok cermai lebat buahnya...
Rasanya masam bercampur kelat...
Mencari damai di mana letaknya...
Rasa di hati ingin berehat...

Buah lebat bukannya gajus...
Rasanya kelat mencengkam jiwa...
Mencari di Kuala Lumpur...
Carilah di Damansara Damai... (wakakakaka...)


Mencari damai di mana letaknya...
Rasa di hati ingin berehat...
Pasrah saja pada ketentuanNya...
Mudah-mudahan yang terbaik sebagai pengubat... (Terbaik...)
(Jawapan dari Rose...)


Parang panjang diasah rapi...
 Untuk memotong pelepah kelapa...
Siang terkenang malam termimpi...
Adakah itu tandanya cinta...?

p/s: Sila-sila jawab... Itupun kalau sudi laa.. ehehh...

8 Tukang Tembak:

gadisBunga™ said...

alamak. pantun!

beli besok buleh dak? ngeeee

Angah said...

walaweiii berpantun la pulak, ni nak beli pantun terakhir tu:-

siang terkenang malam termimpi
hati berdebar bila bersua
aiii tak kan tak reti-reti
tu lah tanda cinta sudah berbunga

Yunus Badawi said...

bukan tak nak beli tapi takut pembayang dan maksud tak sama bunyi mcm beberapa contoh di atas .... wakaka

Acik Erna said...

azz..zaman akak bopantun bagai ni dah berlalu..he he

Cik Azz said...

gadisBunga>

Haiippp..!!

Jangan lariiii....

hehehe..

Cik Azz said...

Angah>

Huhuhu...

Tak pernah bercinta, memang la tak reti cmner rasanya...

Terbaik la jawapan Angah.. hikk...

Cik Azz said...

Yunus Badawi>

Wakakakaka..

Tapi takpe jugak, sekurang2nya jawapan dorang tu boleh buat kita ketawa.. hehe..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Zaman akak memang dah berlalu.. Tapi kok esok luso anak akak nak merisik, kono gak berpantun balik.. hehehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)