Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 5, 2012

Kalau la ada, dah lama dah aku buat...

Assalamualaikum...

Kalau la ada, dah lama dah aku buat...

Macam mana nak sekat atau block orang yang kita tak suka dari masuk kat blog kita ehh...? Terutama sekali orang yang bukan dari kalangan followers blog kita tu. Ada tak caranya..? Hari tu pernah ternampak ada orang yang tanyakan pasal ni tapi dah lupa kat mana. Aku tanya dia kenapa nak block..? Dia kata, dia benci dengan stalker yang jadi pencacai..

Kalau la ada sistem block macam  kat fesbuk tu, aku rasa dah lama dah aku buat kat blog aku ni.. Sebabnya lebih kurang sama dengan jawapan kat atas tu.. Kalau boleh, biarlah orang yang suka baca entry aku je yang boleh masuk kat sini.. Mana-mana yang tak suka tu, tak payah masukpun takpe... You have no reason to visit my blog.. ekk elehhh....!!!




Ini bukan atas sebab perasan ataupun bajet bagus ataupun menyombong.. Tapi atas rasa ketidakselesaan bila orang yang tak suka kat kita, dan kitapun tak suka kat dia jugak, tapi dia masih lagi menyibuk nak korek cerita kita.. Kalau dah tak suka, tak payah la nak follow aktiviti kita, kan... 

p/s: Entah la.. Tetiba je rasa rimas...

(Jangan salah faham... Entry tiada kaitan dengan segala komen yang masuk kat blog..  Ini adalah berkenaan dengan mereka yang tak suka kat kita, tapi dalam masa yang sama terus mengekori aktiviti kita...)

10 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

ehem..ehem..entry panas lagi neh kak azz...siapakah gerangan org tersebut...ermmm bikin panas jek kan hati kalo terima comment yg menjurus kepada negatif sepanjang masa...if ada sebba yg kukuh its ok...tp jgn menjatuhkan maruah seseorg blogger itu yg melanggari norma2 sebenar kehidupan...ermmm juju rasa kena cari kt link2 profile yg ada tulis blogger...and then cer remove from there...pernah ju remove org2 yg x sepatutnya...so menjadi...kena byk google blog baru dpt jawapan yer...selamat mencuba kak azz :)

Cik Azz said...

With Julia>

Ehh.. Jangan salah faham..

Ni bukan berkaitan dengan komen-komen yang akak terima kat blog ni.. Setakat ni semua komen yang masuk tak jadi masalah kat akak...

Ni ialah berkaitan dengan orang yang mengintip pergerakan kita secara berhemah... hahaha...

umiawadah said...

bahaya tu ada secret admirer...benci baca tapi suka masuk blog orang.....skodeng tu..he he he

Tinta Lana said...

Salam akak. Akak, jangan risau keh, itu petanda, orang tu sangat2 lah jelez dengan apa yg akak miliki skrg :)

Sebab tu, dia tak suka pun, tapi dia tetap nak amik tau. Akak tak payah layan..wat dono je.

Pasal cara nak block org tu, tak tau lah pulak lana. Urm, takmo stress ea kak! :) syg dia..

Acik Erna said...

azz macammano azz tau sapo yang baco..kalau tak tinggal komen..he he..soalan yng tak patut agak e..tapi akak memang tak tau..he he

kyo_9 said...

uih..
ada gak orang camtu ek??

Cik Azz said...

Ummi Arissa>

Kalau setakat skodeng tu takpe.. Ni yang rimas ni dok buat cerita kat belakang... Benci betul orang macam ni..

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Waalaikumussalam Lana...

Memang buat derk je pun.. Tapi kadang2 tu rasa tak sedap hati jugak.. Rasa seolah-olah diekori je.. hahaha...

Alahaii.. Membazir je la kalau nak jeles dengan akak ni.. Bukannya ada apa2 yang best pon..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Jojak ehh ado kak.. Tengok yoo la mano jojak tu datang..

Cik Azz said...

Kyo_9>

Zaman sekarang ni macam-macam ada Kyo.... :adess

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)