Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

Periksa dulu sebelum bayar...

Assalamualaikum...

Periksa dulu sebelum bayar...

Ni nak pesan sikit.. 
Kalau nak ikut, silakan..
Kalau tak nak ikut, lantak korang la..
Tiada paksaan di situ...

Lagi tiga empat bulan dah nak raya dah.. (bukan nak citer pasal raya tau..) Sekarangpun mungkin dah ada yang bukak tempahan untuk raya.. Macam aku, dah bukak tempahan dah hingga hujung bulan ni je.. Kalau ada tu, ada laa.. Kalau takde tu, akupun tak kisah.. Redho dan pasrah.. Ikut rezeki masing-masing... Yang pasti, baju kakak aku sekeluarga dah masuk dalam senarai... Kiranya ada jugak rezeki aku kat situ.. Alhamdulillah... :)

Pesanan aku kepada semua yang nak membeli kain pasang ni, tolonglah periksa dulu kain tu sebelum bayar. Bukak dulu plastik tu, kirai kain tu, tengok-tengok dulu kalau ada berlubang sana-sini.. Ataupun terpotong sikit ke.. Kan dah menjejaskan kain tu.. 

Kalau dah bawa balik rumah baru nak periksa, mungkin agak susah sikit kalau nak komplen melainkan jika ada resit rasmi.. Itupun jika pihak kedai nak percaya. Buatnya dorang tak nak percaya, kan dah rugi kat situ.. Biar kita rugi sedikit masa untuk membelek daripada kita rugi masa, tenaga dan duit membeli barang yang tak boleh digunapakai.. Kalau beli kain kat Nilai 3, pastu bawa balik kat Jitra nun, tak kan la nak pergi balik kat Nilai 3 tu semata-mata nak pulangkan kain tu semula.. Tak berbaloi maaa... 

Aku bagitau ni sebab aku baru je dapat dua pasang kain kastemer aku yang dah cacat.. Kain yang A tu mungkin pekedai tu tersilap potong. Dan untuk mengelakkan dari kerugian, kain tu dimasukkan ke dalam plastik dan dipamerkan untuk jualan. Manakala pembeli terus je membeli tanpa memeriksa dulu kain tu.. Mujur la kain tu masih boleh dibuat baju.. Namun, kecacatan ni sedikit sebanyak mematikan mood aku untuk memotong.. 

~ A ~
Ni bukan aku yang buat ehh... 
Aku belum giler lagi nak buat kerja giler camni..


Manakala kain B pula, mungkin sebab dah tersimpan lama di rumah sehinggakan menjadi makanan si tikus ataupun si lipas. Silap aku jugak sebab tak bukak kain tu masa kastemer tu hantar ke rumah.. Kalau tak, mungkin aku tolak je tempahan ni. Tapi kastemer tu dah bagitau dah yang kain ni memang dah lama dia beli.. Cuma masalahnya ialah kain ni dah siap dipotong kepada dua bahagian.. Jadi, tak dapat la aku nak ejas.. Maka, ukuran labuh baju akan berkurang dua inci.. Dah tu, bidang kain ni tak sampaipun 45 inci.. Haru betul bila kain tak cukup inci ni.. Fenin den.... adehhh... 

 ~ B ~
Boleh jadi topeng zoro ni.. ehehh...

Jangan terbeli kain yang mudah merekah atau pecah.. Kadang-kadang kain ni nampak je cantik, tapi bila buat baju, sekali pakai je dah merekah sana-sini.. Jangan sampai salahkan tukang jahit dah la ya.. Bukan apa, ramai je orang yang bersungut bila baju dorang merekah.. Sendiri punya salah, so, tanggung je laa.., kann...

p/s: Kain ni macam manusia jugak.. Cantik di mata tapi tidak semestinya selesa bila dipakai di badan.. :D

16 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..akak pun tak ponah buaa azz..takut kono marah ppandai mintak dibukak..akak ponah boli..habih batu e tocabut dan kek situ belubang2..susah yang buek baju tu..dio bagi tau akak cam tu lah..bilo dah siap..akak nak gosok..beterabur gak batu e..

Julia Johari said...

Bgus yer nasihat akak azz...
yelah terkadang bila taksub sgt tgk kain pasang lupa nak buka bungkusan yg dijual...x sangka ada gak penjual yg jual kain berlubang2 dan koyak sana sini...ermmmm bahaya sungguh...pas nih kena sentiasa hati pilih kain...kalo x naya je pada tailor kan kak azz...
semoga kak azz murah rezeki ye nanti...:D

umiawadah said...

oh...ye lah..kena check...teruklah kalau peniaga buat macam tu...

Angah said...

sebab tu angah tak suka beli kain yang dah siap di peket dlm plastik...

gadisBunga™ said...

awak ada tips tak cemana nak beli kain buat baju kurung? sebab saya ni tak reti beli sebenarnya. sudanya beli je tapi last2 tak buat baju. pastu lama sgt tak buat, bagi je kat adik atau mak.

Tinta Lana said...

Salam..

sesuai sangat nasihat akak tuk pempuan2.maklumlah, yg suka membeli ni, kitalah,hehe.

Patotnya time belek2 lagi dah check betoi2, biar la ambil masa lama kat kedai nak check, pedulik la kalau pekerja tu pk, kita ni nak beli ke tak, janji kita yg beli ni puas hati dengan kualiti.

Sbg pembeli, kita yg kuarkan duit. Jadi, pastikan kita betul2 puas hati bila membeli sesuatu. Bukan sahaja dari segi harga, tapi puas hati dengan keadaannya.

The Everyting In My Life said...

eh....kak azz menjahit ye? wah! lepas ni za nak share sulaman ng kak azz..haha..jgn jeles...
for u...

http://zazamahyuddin.blogspot.com/2012/04/belajar-bahasa-sarawak-dengan-cara-yang.html

Irfa said...

dr blog kak pah
salam kenal :)
masih igt lagi ragam kastemer masa mak aktif menjahit dulu.skrg dah slow sikit

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kalau kito cakap nak tengok dulu, dorang tak marah punyo laa.. Lopeh tu kito lipat la balik kain tu.. Kalau kito main punggah2 camtu, lopeh tu biarkan, memang la dorang joling.. hehe..

Cik Azz said...

With Julia>

Benda ni dah pernah terjadi kat kawan akak masa belajar menjahit dulu.. Memang langsung tak boleh guna kain tu sebab banyak bahagian yang kena gunting kat bahagian tengah2 kain tu.. Bila pulangkan balik, dorang tak nak terima sebab takde resit..

Kalau beli kat kedai biasa2 ni, mana ada resit, kan...?

Tenkiu atas doa Ju tu... Amin3.. :)

Cik Azz said...

UmmiArissa>

Memang kena check.. Bukan apa, takut nanti bajet lari je kalau tak boleh pulangkan balik.. Kang tak pasal2 terpaksa beli kain lain... hehe..

Cik Azz said...

Angah>

Tu la kan..

Tapi akak ni kadang2 beli jugak kain dalam plastik tu.. Sebab kadang2 kain macam tu murah sikit harga dia berbanding dengan kain yang digantung.. huhuhu..

Cik Azz said...

GadisBunga>

Saya ni tak pandai jugak kalau nak beli kain ni.. Tapi selalunya saya beli kain jenis yang tebal sikit, pastu takde yang kilat2 sebab tempat yang berkilat tu struktur benang dia jarang... Lagi satu, saya selalu jolok kain tu dgn kuku.. Kalau kain tu mengembang, berkemungkinan kain tu mudah pecah..

jolok kain = tegangkan sikit kain tu, pastu tekan kuat2 dgn kuku... Buat kat bahagian tepi kain je... Jangan buat kat bahagian tengah2 kain, takut nanti rosak lak kain tu.. :D

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Yupp.. Betul tu.. Kalau kita tak nak rugi, kena la sentiasa berhati-hati..

Cik Azz said...

Za>

Za baru tau ke akak menjahit..? Huhuhu.. Penat ke cerita berjela2 dari dulu...

Akak belajar gak sulaman tapi tak minat.. Lagipun kat sini memang takde siapa yang nak menempah.. Dorang kata mahal..

Cik Azz said...

Irfa>

Salam kenal jugak untuk Irfa.. :-)

Mak menjahit ehh..? Memang dah biasa la dengan kerenah kastemer ni, kan.. Lebih2 lagi yang cerewet.. Letih dibuatnya... haha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)