Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 14, 2012

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Assalamualaikum...

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Jantung pisang memang sedap kalau dibuat gulai ataupun kerabu.. Namun, untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita perlulah mengikuti beberapa tips yang disarankan.. :D

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikut bagi membantu melindungi keluarga anda daripada penyakit jantung dan strok. Berubahlah mulai hari ini... \\(^..^)//

1- Galakkan setiap orang untuk makan hidangan yang sihat dan seimbang. Ini termasuklah daging tanpa lemak samada dikukus, rebus, panggang atau bakar, ikan, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan produk rendah lemak.

2- Sediakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk sehari.

3- Minum air putih, susu segar atau rendah lemak, jus buah-buahan tanpa pemanis berbanding minuman ringan.

4- Masukkan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam makanan tengahari atau snek/kudapan anak-anak anda di sekolah. Pujuk dan yakinkan ibubapa kepada kawan-kawan anak anda agar melakukan perkara yang sama. Dapatkan juga sokongan daripada guru-guru mereka untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai agenda sekelas.

5- Pastikan anda tidak menggunakan garam yang berlebihan terutamanya yang didapati di dalam makanan diproses.

6- Rancang lebih banyak aktiviti bersama keluarga di luar rumah. Bersenamlah 30 minit setiap hari dan terapkan rutin kerja seharian anda sebagai aktiviti fizikal. Misalnya gunakan tangga berbanding lif.

7- Jadikan rumah anda bebas rokok dan cubalah untuk memastikan yang anak-anak anda tidak merokok atau menghisap tembakau walaupun jauh dari pandangan mata.

8- Sebagai salah seorang ahli keluarga, tunjukkan contoh yang baik dengan makan secara sihat, aktif secara fizikal dan tidak merokok.

9- Jika anda rasa sesiapa sahaja di dalam ahli keluarga anda berisiko mendapat penyakit jantung, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Jangan tunggu lama-lama..

10- Hadkan anak-anak anda masa melihat skrin, baik televisyen ataupun komputer. Tutup suisnya sekerap yang mungkin. Pastikan masa terluang anak anda dipenuhi aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal di sekeliling kawasan perumahan..

Okay, itu je tips penjagaan jantung yang ada kat ruangan Kesihatan suratkhabar Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 30 September 2007... 



Aku kalau yang makan sayur + buah dan minum air kosong tu boleh la aku buat.. Yang lain-lain tu payah la sikit.. Tapi takde la macam sesetengah orang tu yang kerja dia 24 jam mengadap skrin komputer.. Kalau mengadap skrin yang berkaitan dengan kerja atau assignment tu takpe la jugak.. Ni nan hadoooo....  :)

p/s: Ada ke orang yang beria-ia menjaga jantung pisang... kehkehkeh...

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..timo kasih azz..
kok jantung pisang tak do beriyo na orang jago azz..tak koso den doh..kato e..he he

kyo_9 said...

padan la dok cari pasal pisang x jumpa2.. huhu

Tinta Lana said...

Salam..akak, pe ni..jantung pisang..hahahaha. ni marah ni,hahahaa

Akak, try la amik vitamin.vit c pun jadi, dah bnyk yg murah2 skrg ni.

Sebab, kebanyakkan orang, nak jaga pemakanan seimbang tu, payah. ada yg jenis tak suka makan sayur, tak suka makan buah. ada pulak yg tak suka makan nasi. So, nak cover balik, cara terbaik, amik vtmn, telan saja,hehehe.

Jadi, majulah jantung pisang untuk negara! hahahah

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu la pasal kak.. hehehe...

Cik Azz said...

Kyo_9>

Hahahaha....

Jangan marah haaaa.... :geleng

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Akak bab nak makan makanan tambahan ni memang agak susah sikit.. Better akak kawal makan je.. dengan lebihkan minum air kosong.. Mujur akak ni jenis yang suka minum air kosong ni..

Thanx ya atas cadangan tu.. :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)