Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 12, 2012

Kuih UFO... Ko ada..??

Assalamualaikum...

Kuih UFO... Ko ada..??

Haaa.... Ni la namanya kuih UFO.. Akupun tak tau kenapa nama dia macam tu.. Mungkin sebab alien UFO je yang makan kuih ni kot... Ataupun, siapa yang makan kuih ni terus bertukar menjadi alien UFO tu.. hahahaha... Mengarut je kan... hehe...




Kuih UFO ni aku beli masa pergi Port Dickson hari tu.. Beli dua bungkus tapi sebungkus lagi dah lenyap ditelan mulut.. hehe... Sebenarnya dah hampir terlupa dah kat kuih ni.. Hari tu lepas balik dari Nilai, Jumaatnya pula ada sedara datang bertandang ke rumah sebab anak dia kawen dengan anak jiran aku.. So, agak sibuk jugak.. Tu yang main letak je kuih ni kat celah mana entah.. Kuih penderam atau telinga keling yang dibeli langsung tak nampak bayang dah.. Sebungkus lagi memang dah licin dikerjakan dek anak-anak buah aku.. Dorang suka makan kuih tu sampai tak tinggalkan sekepingpun kat aku... Ni yang rasa nak merajuk pergi kat gua Batu Belah Batu Bertangkup ni.. huhuhu...




Kuih UFO ni kalau dah masuk angin, memang tak sedap langsung.. Alamatnya masuk mulut tong sampah la.. Sebab tu, kena pastikan kuih ni tidak dibiarkan terdedah kepada udara.. Rasanya tak manis sangat.. Kalau tawarpun tak sedap jugak.. Selalunya kuih ni ada dalam tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah jambu tu.. Warna lain tu aku belum pernah nampak lagi.. Kalau adapun, rasanya aku tak beli kot.. Pelik semacam je.. haha..

p/s: Siapa yang belum pernah makan kuih ni, boleh la cuba makan.. Jangan takut la.. Takdenya korang bertukar wajah menjadi alien UFO tu... adehh...

14 Tukang Tembak:

Angah said...

tak pernah tengok rupa kuih ni, nanti kalo angah pi Nilai bole le cari...

apdm said...

salam

oo...kuih UFO namanya...selalu tengok je, tp x pernah beli...sbb tkt masuk angin mcm tu la..hehe

Unknown said...

da penah da makan benda nih..di amcm keropok gitu...tapi tak brapa best sbb cepat sangat masuk angin...rasa pun tawar jer...cam bunga yg hias kek tu...

gadisBunga™ said...

rangup eh? kalau mkn dgn nasi buat cam papadom sedap dak?

Acik Erna said...

akak biaso nampak..tapi tak ponah lak belek..rupo e ado namo yo azz..

Tinta Lana said...

Salam..pernah juga kak makan kuih ni..hihi.

Tapi, kuih ni cepat masuk angin..dah buka kena makan terus, ada satu lagi, yg warnak pinl, bentuknya macam bunga. tah pe nama,lupa sudah..heh3. yg tu pun sdp juga.

kyo_9 said...

ingatkan kuih burger tadi..
lol

Cik Azz said...

Angah>

Kuih ni selalunya ada kat kawasan mandi-manda.. Kat Nilai akak tak pernah lak nampak.. Kalau kat Melaka dengan Ulu Bendol tu pernah la selain dari kat PD ni..

Cik Azz said...

Syira>

Ye, ni la namanya kuih UFO.. Akakpun baru tau gak nama dia sebab ada tulis kat situ... Dulu panggil kuih piring terbang je.. hahaha...

Kalau tak masuk angin, sedap gak kuih ni.. Sedap buat taik gigi... hehehe..

Cik Azz said...

Noh Kodiang>

Kannn... Cuba la kasi manis sikit, baru sedap nak kudap.. Ni tawaq hebiaq je.. hehe...

Cik Azz said...

gadisBunga>

Takde la rangup macam papadom tu.. Dan tak sesuai untuk dimakan dgn nasi.. Ni sesuai makan sambil baring2 depan tv je ni.. hehehe...

Papadom lagi sedap laa...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Akak tak ponah makan ke kak..? Tu la, dulu ghaso ehh kuih ni takdo namo sbb sey pon tak ponah nampak namo ehh.. Sbb tu sey panggil kuih piring terbang yoo..

Sekarang ni dah ado namo, kono la panggil namo ehh, kan...

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Alaa, kuih ni kalau rangup dan tak masuk angin, sekejap je dah licin.. Kalau dah masuk angin tu, semut pun tak nak makan.. Liat, kata semut tu.. hehehe...

Kuih apa ehh yg lagi satu tu..? Ada gambar tak..? Kalau ada, share la...

Cik Azz said...

Kyo_9>

Kuih burger..??

Macam mana lak ko boleh bayangkan burger kat kuih yang nipis melayang camtu...?

Hahahaha.. Sian Kyo nak makan burger tapi takde burger tu.. Sabar ehh... :D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)