Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 4, 2012

Dah lama tak merasa... :)

Assalamualaikum...

Dah lama tak merasa... :)

Dulu masa buat kali pertama, mak aku takde cakap apapun..
Elok je dia makan..
Alhamdulillah...

Petang tadi buat lagi sebab rasanya macam dah lama je aku tak buat...
Tiba-tiba teringin lak nak merasa..
Alhamdulillah, mak aku diam je..
Takde dengar suara dia bersungut..
Yang aku dengar suara dia dengan abang aku dok terkekek-kekek dua beranak kat dapur...
Entah apa la yang dorang gelakkan..

Okay la ehh..
Layan je la gambar ni... hikk...




Gulai telur itik + belimbing buluh + hirisan daun kunyit...



p/s: Ini aje la ya.. Resepi macam biasa la, tengok kat blog dapur aku tu.. Tapi itu resepi yang dulu.. Sama je pun proses dia..

16 Tukang Tembak:

muhsin.aminudin said...

aku time blaja memang tiap hari makan telur itik ni :)

gadisBunga™ said...

harumnye sebab ada daun kunyit....

Tinta Lana said...

Salam..

Haiyaaaa! Satu kegelabahan lana, bila tgk blogger2 post entry pasal makann..memang otomatik ase lapar T___T

*pinjm resepi yea kak,ekekkeke

ibundo said...

dah lamo tak makan tolur itik ni azz. Macam toragak pulak..

umiawadah said...

mak saya suka masak ni..sebab pokok belimbing depan umah je...banyak sangat katanya buah tu..

Acik Erna said...

azz tak boleh jadi..hari sabtu nanti ado pasa tani nak poi boli tolo itik,belimbing buloh ngan daun kunyit

Admin said...

sodap eh tu

kyo_9 said...

apa beza rasa telur itik ngan telur ayam??

Cik Azz said...

muhsin.aminudin>

Sekarang ni dah tak makan dah ke..?

Cik Azz said...

gadisBunga>

Kannn... Suka bau daun kunyit ni...

Cik Azz said...

Lana>

Haha... Itu namanya suruh belajar masak... hehe...

Sila2 amek resepi tu.. Print screen pastu sent kat enpon.. Senang bebila masa boleh bawak.. Tak payah dah nak bukak blog akak nak cari resepi tu.. haha..

Cik Azz said...

Kak Pah>

Kan.. Kok dah lamo tak makan mmg toringin kak.. Kok solalu makan naik jomu lak.. hehe..

Cik Azz said...

UmmiArissa>

Saya lak tak suka sangat letak belimbing.. Kalau letakpun, sikit je..

Mak saya je yg suka letak belimbing banyak ni.. Sampai naik masam gulai tu.. huhuhu...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Cari banyak2 kak.. Buleh buek stok utk bulan poso nanti.. Mano la tau kok bulan poso sok itik tu maleh nak botolo.. hehe..

Cik Azz said...

Phat>

KONPEM sodapp... haha...

Cik Azz said...

Kyo>

Telur ayam lebih halus kot struktur dia.. Tapi telur ayam biasa tak boleh buat gulai macam telur itik ni sebab nanti dia hancur.. Kalau nak gulai, kena rebus dulu..

Tapi kalau telur ayam kampung, takpe gulai buat macam gulai telur itik.. Dia tak pecah...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)