Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 27, 2012

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Assalamualaikum....

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Alhamdulillah... 
Kalau orang lain sibuk membeli pelbagai jenis kuih-muih di bazaar Ramadhan, aku hanya menggoreng ubi kayu sahaja.. Ubi kayu ni kakak aku bawa masa dia balik sini Jumaat lepas.. Jauh datangnya ubi kayu ni tau.. Dari Labis tuuu.. Lepas tu singgah pulak kat Trolak, lalu sambung perjalanan ikut jalan Cameron Highlands dan seterusnya masuk ke dapur rumah ni... hehe.. Mujurlah ubi kayu ni masih lagi elok isinya.. Mungkin sebab ubi kayu ni muda lagi kot.. Tu yang lambat masuk angin tu.. hikk... Kalau tak digoreng sekarang, takut nanti dibuang macam tu aje.. Rugi je nanti...


Ni baru lepas angkat ni.. Panassss.....!!!


Laju je aku berbuka puasa dengan ubi kayu goreng ni.. Lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sambal kicap buatan kakak aku jugak. Ditambah pulak dengan air kopi panas buatan abang aku.. Pergghhh...!!! Betul-betul punya nikmat.. Cuma hari tak hujan je.. Kalaulah hari hujan, lagi la berganda-ganda terasa kenikmatannya... Alhamdulillah... :)

Sebut pasal ubi kayu ni, teringat balik kisah zaman Jepun yang mak aku selalu ceritakan.. Masa zaman tu, mak aku masih muda remaja lagi.. Masih belasan tahun.. Dan kerana kisah silam itulah yang buat aku lebih menghargai nilai secebis makanan dan sedetik keamanan...

p/s: Korang berbuka apa pulak..? Jangan cakap buka mulut yaaa.. Aku debik kang... hahahaha... 

8 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam..

Tadi, saya buka dgn ikan siakap je kak..masak kari..

Adala skit kuih muih..

Bulan posa ni, habit saya duk telan buah Melaka..tah, time bolan posa je duk suka kuih tu..kih3.

Bulan lain, pandang hujung mata je,heh3

Angah said...

angah berbuka teus makan nasik je...kuih muih tak berapa jalan...

Julia Johari said...

Kak azz...cedapp yer ubi kayu gorenngg...sungguh lama betul julia x mkn makanan zaman jepun neh...:D susah nak cari ubikayu kt kl melainkan tanam sendiri ehhehe...suka gak ubi keledek purple rebus mkn panas2...disulami ngan air tea o' perghhhh bikin best lah kak az...neh jd pencetus utk berbuka puasa di hari akan dtg ;D

umiawadah said...

semalam saya terbabas ke gerai ramadan..cari lauk mentah takde..terpaksa beli lauk siap...tapi bestnya saya beli seketul je ayam masak kurma kuah kasi lebih...4hengget (sebesar penumbuk budak 9 tahun)..balik rumah saya rebus telur 3 biji campur dalam lauk tu..dah jadi banyak...bolehlah kami makan 6 beranak...ha ha ha..
ubi kayu pun sedap tau..kesukaan suami juga ni..

kyo_9 said...

kyo beli 1 pek kurma sebelum stat puasa hari tu..

tapi sampai skang blom pernah berbuka dengan kurma :p

gadisBunga™ said...

sekarang ni saya obses sambal kicap!

KakNi said...

Amboi, diet ke cik azz ni, tak makan nasi ke... adoi, boleh tahan perut ek... selamat berbuka puasa...

Fariq Jalil said...

ubi kalo direbus cicah plak sambal tumis perghhh lagi terangkat kak azz oi.. hehehe

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)