Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 2, 2013

Biskut badam rangup: Biskut ketiga raya tahun 2013..

Assalamualaikum..

Biskut badam rangup: Biskut ketiga raya tahun 2013..


Aku baru sahaja selesai membakar biskut badam rangup ni.. Daripada pukul sepuluh lebih sampai la pukul empat pagi duduk kat dapur.. Mujurlah cuaca tak panas sebab siang hari dah hujan dan mendung.. Jadi, agak selesa sikit la nak mengadap oven yang panas berbahang tu..



Ni dah tinggal separuh dah...


Ni apa pulak ni.., hahaha... Tutup adunan tadi supaya dia tak kering dan keras akibat dari terkena kipas angin. Maklum la, proses mencanai ni ambil masa jugak. Tak kan la nak duduk dapur tak pasang kipas. Mau keluar asap kat telinga tu nanti.. hehe..



Resepi biskut badam aku ni aku ambil dalam buku resepi yang aku salin dari manapun aku tak ingat dah.. Rasanya salin dari majalah memandangkan tarikh resepi tu punya la lama.. haha.. Masalahnya ialah resepi yang aku salin tu tak berapa nak betul.. huhuhu..



Tak payah risau jika takde papan pencanai. Canai je kat atas meja makan tu.. Syaratnya, alas la dengan plastik tebal dan bersih.. Yang penting permukaan meja tu sekata.. Jangan nak merengek kat suami kata takde papan pencanai, susah nak canai biskut.. (untuk yang dah ada suami la.. hehh..)





Bukan takde dulang tapi cuma sikit ni je, tu yang gunakan tudung periuk tu.. Macam tak biasa la pulak, kan.. Dulu-dulu tudung periuk ni la yang jadi mangsa sampai kemek-kemek dah tu haa.. hehe...



Dalam resepi, ditulis 400 gram butter untuk sekilo tepung gandum dan bahan sampingan yang lain. Tapi bila aku dah campurkan semua bahan, adunan tak boleh nak jadi doh.. Adunan tu peroi macam serbuk roti.. Gelabah la sekejap, kan.. Tapi kena la cool.. hehe.. Maka akupun kaut balik butter yang dah diketepikan tadi dan aku jadikan butter tu 500 gram.. Kiranya dua buku butter diperlukan untuk sekilo tepung gandum ni.. Lepas tu, barulah adunan tu okay dan boleh dicanai. 


Oh ya, aku adun adunan ni kat dalam dulang sebab loyang yang biasa aku guna tu tak muat dan susah nak menguli.. 




Gambar blur menandakan mata aku dah mula layu... huhuhu... Yang dalam tray kat belakang tu tengah tunggu giliran nak kena bakar lagi sekali gara-gara tak cukup garing.. Yang depan tu dah dua kali bakar dah..


Masa membakar, kena pastikan kuning telur kat atas biskut tu betul-betul bertukar warna. Maksudnya kena bakar biar garing sikit la.. Kalau tak nanti biskut tu tak rangup dan kat tengah tu tak masak.. Aku kena bakar biskut ni dua kali sebab pertama kali bakar tu konon-kononnya nak nampak biskut tu cantik la. Alih-alih bila makan je, biskut tu lemau dan tak crunchy.. So, apa lagi, kena buat kerja dua kali la, masuk oven balik semula.. 


Ni la rupanya bila dua kali bakar.. Baru la rangup dan masak betul...



Dapat lapan balang kecil ni.. Setiap satu balang, ada dalam 51 keping biskut..



Memandangkan biskut badam aku ni bentuk dia macam bintang, maka aku sertakan sekali lagu ku petik bintang bintang ni.. hehehe..




p/s: Resepi aku tak letak.. Alaa, google je la resepi biskut badam.. Berderet-deret la resepi tu keluar nanti...

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Azz..akak kok buek biskut badam pun ikut resepi yang dah bekurun akak buek tu tak tuka2..walaupun banyak yo resepi baru muncul

Tinta Lana said...

Salam.

Rajinnya akak ni..lama tu..dari kul 10 sampai 4pagi..

Akak tak jual ya biskut raya? Buat makan n bagi adik beradik ke?

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)