Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 6, 2013

Biskut badam rangup: Second round..

Assalamualaikum...

Biskut badam rangup: Second round..


Hari tu aku dah buat dah biskut badam ni. Masa tu buat sorang-sorang je. Malam tadi, aku buat lagi untuk kali yang kedua. Kali ni anak buah aku tolong sapukan kuning telur dengan tabur badam atas biskut tu. Budak ni kalau tak disuruh, memang buat tak endah je. So, aku suruh dia tolong. Alhamdulillah, nampaknya dia seronok buat kerja ni..


Kita kena la tunjuk macam mana nak buat kat dia. Jangan main suruh je, nanti budak tu terpinga-pinga tak tau nak mula dari mana.. Macam anak buah aku ni, kalau tak disuruh sapu kuning telur tu, sampai sudah dia tak sapu sebab dia nak tunggu dulang tu penuh dulu.. Then aku cakap kat dia, sapu je mana yang dah siap tu, nanti takde la banyak masa terbuang menunggu aku terap biskut tu..


Dengan budak-budak yang meningkat remaja ni, kita kena la pandai bermain dengan psikologi.. huhuhu... Nak jadi leader, kena tunjukkan jalan dan cara, bukan sekadar bagi idea sahaja.. Tak gitu.. hehh..





Budak kecik kat bawah ni suka biskut badam ni. Dia dok sebut nak kukis nak kukis sebab dia nampak biskut ni yang aku simpan kat dalam oven. Ada balance sikit hari tu dia dah makan. Agaknya rasa biskut ni kena dengan selera dia. Tu yang aku buat lagi tu sebab yang hari tu dapat sikit je. 








p/s: Teringin nak buat scone tapi sampai sekarang ni tak buat-buat lagi.. Bahan semua dah ada dah.. hehh..

0 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)