Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 10, 2013

Pasu bahulu Omak... :)

Assalamualaikum...

Pasu bahulu Omak... :)


Tadi aku ngecek pasu buat bahulu kat Omak.. Aku cakap kat dia, nak letak ikan yang hari tu.. Dia dah tak ingat sangat yang dia ada empat buah pasu bahulu tu.. Mula-mula tu dia diam je, macam tak bagi je. Pastu dia tanya pasu mana..? Then akupun cakap la; pasu buek baulu kek dalam stor tu.. Ado ompek buah pasu baulu tu.. Pastu diapun cakap, amek laa.. Akupun apa lagi, terus cakap kat dia; nanti nak amek yang paling bosa yoo... Nak yang besar je.. hehh...


Yihaaaaa....!!! Kejap lagi nak masuk stor, ambil pasu bahulu tu, pastu letak ikan tu kat dalam pasu tu.. Tak payah beli tempayan.. Jimat duit... heeee....



Dan inilah dia pasu bahulu tu.. Dah selamat dah jadi rumah baru untuk si ikan kecil hari tu.. Masuk ni dah tiga kali dorang berpindah rumah.. haha..




Sejak masukkan dorang dalam belanga hari tu, ikan ni takde lagi yang mati.. Sebab tu aku cuba pindahkan dorang ke dalam pasu bahulu ni pulak.. Lagipun pasu ni besar sikit. So, senang la sikit dorang tu nak bergerak bebas..




Lepas tu dapat pulak pokok kiambang.. Itupun ngecek kat akak sebelah jugak.. Diapun ngecek kat jiran lagi sorang tu.. hehe.. Ni la kerja kitorang.. Setakat ngecek benda-benda kecil macam ni, takde hal.. Jangan ngecek benda yang harga berpuluh - beratus - beriban ringgit dah la.. Kang tak pasal-pasal kena sembur dengan semburan beracun.. kehkehkeh..




p/s: Setel satu kerja.. Dah boleh fokus kat kerja lain pulak sambil menunggu benih kobis yang baru aku semai tu cambah.. Bila dah cambah nanti, nak kena alih kat pasu lain pulak..

3 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Tak dapek la nak numbok tolo buek bahulu laie he he

Unknown said...

Ikan gupi ke tu.
Org kata ltak cmtu lg bagus dr dlm aquarium.
Tp syg le x dpt tgk ekor dia.
Ikan ni snang jaga.
X perlu rajin tkar air.
Rjin tukar air rjin le dia mati.

Angah said...

tak melompat keluar ke ikan tu kak azz

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)