Assalamualaikum...
Kawan baru bertukar rumah..
Semalam kisah kawan baru yang tinggal dalam rumah kaca... Hari ni kawan baru tu dah berpindah ke rumah tanah liat.. Mungkin rumah kaca tu panas sangat kot.. huhu..
Belanga mak aku.. Pastu pelapik dia tu aku ambil lapik bekas air minuman ayam.. hahahaha...
Masa mula-mula masukkan ikan tu kat dalam balang kaca tu, okay je.. Elok je dorang kat dalam tu.. Tak lama lepas tu, tengok dah ada empat ekor yang telahpun mengapungkan diri... Terus je aku keluarkan yang mati tu dan campak dalam akuarium ikan puyu.. Tup-tup pagi ni aku tengok sekor ikan puyu dah mati.. Erk...??
Pagi ni tengok lagi banyak ikan yang mati. Pastu yang mati tu yang besar-besar pulak tu.. Yang kecil cinonet elok je berenang.. Aku kaut yang mati tu, tapi tak berani dah nak campak dalam akuarium.. Campak je ke tanah biar ayam makan..
Harap-harap selesa la tinggal kat dalam belanga ni.. heeee....
Lepas tu, terus je aku teringat kat belanga mak aku kat bawah sinki kat luar.. Haa... Apa lagi, kan..? Terus je pergi ambil belanga tu, kasi cuci sikit dan mula la projek tukar rumah ikan tu. Belanga ni ada dua buah.. Yang sebuah lagi tu dah lama sangat pakai.. Dah hitam dah dia punya kulit.. hehe..
Setakat ni takde lagi ikan yang mengapungkan diri dalam belanga tu.. Esok lusa tak tau la.. Patut la akak yang bagi ikan ni cakap kat aku, ikan yang dia bagi kat orang semuanya mati.. Pelik gak dia sebab ikan kat rumah dia tu elok je membiak.. Rupanya sampai kat tangan akupun mati jugak ikan ni..
p/s: Kalau ikan ni mati lagi, nanti aku mintak lagi kat akak tu.. Buat je muka tak malu... heeee.....
2 Tukang Tembak:
Cantik pokok hiasan terbaru kak azz...ada letak air klorin sikit x dlm pasu tuh sis? ermmm ikan mati takut x cukup ruang oksigen...bila buh klorin sikit sng oksigen nak masuk ke dalam pastu wpun x pakai alat oksigen utk ikan..
Masa akak bela ikan dulu...air paip tu lepas isi biar semalaman...then baru masukkan ikan.....
Tapi ikan jenis kecil tuh..elok duk dalam pasu, gelap2, sejuk2...cepat membiak...
x0x0 ^_^
Post a Comment