Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 24, 2013

Be Careful With My Heart (BCWMH)..

Assalamualaikum....

Be Careful With My Heart (BCWMH)..


Be Careful With My Heart ni adalah drama bersiri Filipina yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga hari Khamis, bermula jam tiga petang.. Ia disiarkan selama lebih kurang satu jam.. 




Sekarang ni aku tengah dok follow cerita ni.. Dah lama tak beria follow drama Filipina ni.. Masa episod pertama hari tu, aku cuma tertengok sikit je.. Dah nak habis baru tertengok.. Lepas tertengok yang sikit tu, terus je aku sangkut dengan citer ni.. hehh.. 




Aku tak reti la nak cerita lebih-lebih pasal drama ni.. Tapi aku memang suka tengok lakonan dorang terutama sekali watak si Maya yang sweet, watak Sir Chief yang sejuk beku, watak si Abby yang manja dan kuat merajuk, juga watak sampingan yang sangat menghidupkan jalan cerita..


Aku jugak suka dengar percakapan dorang yang diselang-selikan dengan BI.. Aku rasa lenggok percakapan dorang ni lebih lembut sikit jika nak dibandingkan dengan lenggok percakapan dalam drama Korea yang pada aku agak kasar.. Mungkin sebab tu aku tak berapa minat nak melayan siri Korea ni.. 


p/s: Nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh la tanya atok google.. Atok yang sorang ni serba serbi dia tau.. Jangan tanya aku sebab aku ni serba tak tau.. hehh...

0 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)