Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Resepi inti karipap...

Assalamualaikum...

Resepi inti karipap...


Pagi tadi aku buat lagi inti karipap.. Kali ni intinya adalah gabungan ayam dan kentang dan bukan lagi inti ikan kembung atau ikan sardin..


Biasanya inti yang aku buat memang out untuk tekak aku.. Boleh terima tapi takde la sedap mana.. Selalunya aku memang suka dok tambah-tambah bahan lain dalam resepi inti karipap ni.. Kadang-kadang aku letak lada hitam la, kiub pati ayam la dan sebagainya.. Konon-kononnya nak bagi sedap la inti tu padahal........ tetttt... hahaha...


Tapi pagi tadi aku hanya gunakan resepi asas je untuk buat inti karipap ni.. Takde dah nak menderhaka kat resepi sedia ada.. ahahh... Apa kata kita tengok bahan yang aku gunakan walaupun bahan kita puratanya sama je.. heeeee....




Bahan-bahannya:

6-8 biji kentang - kupas kulit, potong dadu dan bersihkan
1 mangkuk hirisan isi ayam - 1/2 bahagian dada ayam
3 sudu makan serbuk kari ayam Adabi - bancuh dengan sedikit air
4 labu bawang besar - dipotong dadu atau mayang
3 ulas bawang putih - dicincang
3 tangkai daun kari - dilurutkan daunnya
Secubit aji-no-moto
Garam secukup rasa - aku guna garam kasar sebab dah biasa
1 1/2 cawan minyak untuk menumis


Inti yang dah masak.. Kuak-kan inti ke dinding kuali.. Biarkan minyak bertakung kat tengah-tengah. Nanti kaut inti je.. Jangan kaut minyak tu..



Cara nak masak inti karipap ayam + kentang:

1) Masukkan kentang yang telah didadu ke dalam periuk. Isikan sedikit air dan rebus hingga kentang agak separa empuk. Air rebusan jangan banyak sangat.. Bila dah separa empuk, matikan api dan biarkan kentang tu dalam periuk tadi.. Ketepikan..

2) Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama dengan daun kari hingga naik bau..

3) Kemudian, masukkan pula bawang besar. Tumis lagi hingga bawang besar layu.

4) Lepas tu, masukkan pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi.. Masukkan garam dan aji-no-moto. Kacau rata.. Biarkan naik bau dan mendidih seketika.

5) Kemudian, masukkan pula isi ayam. Kacau sebati..

6) Lepas tu, masukkan pula air rebusan kentang tadi untuk melembutkan isi ayam.. Jangan masukkan semua air tu.. Masukkan dalam anggaran satu mangkuk sahaja.. Kacau sebati hingga mendidih..

7) Akhir sekali barulah dimasukkan kentang yang telah direbus tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil teruskan mengacau. Jika kentang macam keras tapi air dalam kuali macam dah nak kering, boleh tambah lagi air rebusan kentang tadi..

8) Masak inti hingga kering sedikit kuahnya.. Kuak-kan inti ke dinding kuali untuk mengelakkan inti berminyak. Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas..




Okay, ini saja yang aku nak kongsi.. Rasanya kali ni macam puas hati sikit la dengan inti karipap aku ni.. Lain kali gunakan resepi ni je la.. Tak payah dah nak pening-pening kepala cari resepi lain lagi dah.. hehh...


p/s: Kita yang buat dia.. Pandaai-pandai la nak ejas macam mana, kan.. ahahh...

0 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)