Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Ubat-ubatan untuk kucing...

Assalamu'alaikum...

Ubat-ubatan untuk kucing...


Hari tu aku ada letakkan satu gambar barangan kucing kat entry yang ini..  Jadinya, kali ni aku nak kongsikan serba sedikit info yang aku dapat masa aku beli barangan tu.. 


Shampoo kutu Machiko Flea untuk kucing dan cara nak guna:
~>Basahkan atau semburkan badan atau bulu kucing keseluruhannya. Kemudian titikkan shampoo atas tapak tangan dan ratakannya pada badan kucing tadi.. Biarkan begitu selama 5-8 minit. Jangan bagi kucing jilat shampoo kutu ni. So, kena pantau dan tengok la ya.. Kemudian barulah mandikan dengan shampoo kucing dan bilas macam biasa.. Ini cara yang diberitahu kat aku..


Cara aku pulak.. 
~>Aku masukkan dua titik shampoo kutu ni ke dalam besen yang berisi air. Air tu jangan la banyak sangat.. Kemudian aku masukkan kucing tadi ke dalam besen tu sambil ratakan shampoo kutu ni pada keseluruhan badan kucing.. Biarkan lebih dari 5 minit sambil perhatikan samada kutu dah pengsan atau masih lagi bergerak-gerak.. Lepas tu baru aku mandikan dengan shampoo kucing, bilas, lap dan keringkan badan kucing tadi..




Shampoo mandian biasa:
~>Ni guna macam biasa la.. Cukuplah sekadar dua tiga titik yang dimasukkan ke dalam besen atau baldi.. Cara mandikan kucing tu ikut cara masing-masing la ya... Ada kucing yang tak takut dengan air dan ada kucing mengalahkan kambing, punya la takut dengan air.. hehe..





Ubat cirit kucing:

~> Bagi ubat cirit ni dengan menggunakan picagari.. Sukatannya adalah 0.5 ml jika berat kucing tu 1 kilo dan 1 ml jika berat kucing tu 2 kilo.. Bagi selama tiga hari berturut-turut.. Sehari bagi sekali je.. Satu bekas ubat cirit ni harga dia RM5..





Vitamin kucing:

~> Vitamin untuk kucing ni berperisa coklat.. Bau dia sedap.. Sebiji macam bau coklat yang jadi filling dalam roti.. haha.. Just picitkan sikit kat hujung jari.. Kemudian sapukan pada bibir kucing dan biarkan kucing tu jilat vitamin coklat tadi.. Seronok tengok aksi kucing menjilat vitamin bercoklat ni.. Rasa macam nak tumpang sekaki.. hahaha...

Diingatkan, jauhkan vitamin ini dari pandangan mata anak-anak.. Kang tak pasal-pasal dorang pulak yang berebut menjilat coklat tu.. hehh...





Ubat kurap Fungotek Cream:

~> Ubat kurap untuk kucing ni nama dia Fungotek Cream.. Ianya sejenis krim. Harganya RM15.. Boleh tahan jugak harga dia.. Sebelum sapu krim kurap ni, kopek dulu segala kurap yang ada kat cuping telinga kucing.. Biar berdarahpun tak apa.. Janji kurap yang ada kena buang habis.. 

Lepas tu, cuci cuping telinga kucing tadi dengan tisu atau kapas yang dibasahkan dengan cairan dettol.. Jika takde dettol, guna air suampun takpe.. Bersihkan betul-betul.. Lepas tu barulah sapukan krim kurap ni perlahan-lahan pada cuping telinga kucing tadi.. Sapuan krim tak perlu tebal sangat.. Just sapu nipis sahaja... Krim ni tak bahaya.. Jangan risau bila tengok kucing tu jilat krim kat telinga dia..





Ubat cacing kucing:

~> Ubat cacing kucing jenis pil ni ada sukatan dia jika nak bagi kucing tu makan. Kena ikut berat kucing tu jugak.. Tak boleh bagi sebarangan sebab nanti lama-lama ubat ni tak memberi kesan jika terlalu kerap diberikan.. Kucing yang besar dan berat 3 kilo ke atas, bagi 1/2 daripada sebiji pil.. Manakala jika kucing tu masih kecil atau berat di bawah 3 kilo, kena bagi 1/4 daripada sebiji pil.. Maknanya, sebiji pil tu potong empat la.. 

Bagi pil cacing ni tiga hari berturut-turut. Lepas tu, berhenti selama dua minggu. Selepas dua minggu berlalu, ulang kembali proses yang sama iaitu bagi dalam masa tiga hari berturut-turut semula.






Ubat sakit mata Chloramphenicol:

~> Ubat sakit mata kucing ni macam gel.. Just picitkan pada mata kucing, kemudian tutupkan mata kucing tadi sambil mengurut pelipis mata kucing tu supaya ubat ni rata dan meliputi keseluruhan mata tersebut. InsyaAllah, sehari dua lepas tu sakit mata kucing dah okay dah.. Selalunya kucing yang sakit mata ni dikaitkan dengan cacing yang banyak yang ada dalam perut si kucing..



3 daripada 5 ekor kucing yang ada kat rumah ni...


p/s: Rasanya ini je kot info mengenai ubat-ubatan kucing yang dapat aku kongsikan.. Jika ada yang tersilap info tu, harap maaf la ya.. Ini info yang aku dapat masa pergi klinik veterinar hari tu.. Jika ada rasa sangsi, kenalah pergi sendiri klinik berkaitan kat kawasan masing-masing.. Itu lagi baik untuk dapatkan lebih kepastian..

1 Tukang Tembak:

AMIIZAA@Mieja said...

Salams Cikaz, excited nak tgk
Meow Cikaz😃😃😃ubt last tu anak2 saya pon pakai tau...Kalau alergi
Mata.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)