Assalamu'alaikum...
Percubaan membuat topi...
Hari tu, aku ternampak la gambar topi berserta dengan ukuran polanya.. Maka, akupun save la gambar tu.. Dalam hati memang dah niat nak cuba buat tapi tak tau bila..
Tup-tup, datang pulak mood aku nak potong pola tu ikut ukuran yang sedia ada.. Lepas tu, ehhh, rajin pulak pergi selongkar kain dan terus potong kain tu pulak.. Ini semalam punya cerita la..
Sebelum tu aku pergi kat Youtube nak tengok macam mana cara cantum topi ni.. Video youtube kat bawah ni pulak aku tengok selepas topi aku siap.. Rasanya cara kat dalam video ni lagi mudah difahami dari video yang mula-mula aku tengok tu.. Dalam video ni topi tu boleh digunakan both side tapi topi yang aku buat cuma untuk kegunaan one side je..
Dan sekejap tadi, aku baru je siap buat topi ni... Ye la, ikutkan, dah boleh agak dah caranya tapi jika boleh, nak lagi terperinci la, kan..? Lagipun ni pertama kali cuba buat topi ni.. So, kenalah rajin tengok dan belajar..
p/s: Takpe, lepas ni boleh perbaiki lagi mana yang patut.. Kena rajin try and error la, kan..
2 Tukang Tembak:
cantikkk :))
hijau..sweetnye..
Post a Comment