Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Resepi... Show all posts
Showing posts with label Resepi... Show all posts

Monday, June 26, 2023

Part 3: Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) KEMAS Cameron Highlands.

Assalamu'alaikum.

Part 3: Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) KEMAS Cameron Highlands.

Ni kursus hari yang ketiga iaitu hari terakhir. Kali ni kami belajar buat western food pula iaitu #beeflasagna atau lazania daging lembu. Gittew..

Jom tengok gambar dan video. Banyak ni sampai penuh dah memory handphone aku. Lepas ni boleh la delete semua gambar dan video tu. Banyak lagi slot lain nak masuk kat dalam tu. 🤭🤭🤭

































































p/s: Sedap oii lasagnia homemade ni. Tak percaya, cuba la buat sendiri. 🤭🤭🤭

.

Saturday, October 22, 2022

Percubaan kali pertama.

Assalamu'alaikum.

Percubaan kali  pertama.

Ni kali pertama aku buat benda alah ni. Aku tak tau apa nama dia. Haha. Aku nampak video orang buat benda ni kat tiktok. Tu yang aku cuba tu. Akukan jenis yang suka mencuba. 🤭🤭🤭








Sepatutnya, kena letak sos cili dan mayonis tapi aku malas nak prepare semua tu. Tu yang togel je tu tapi cepat je licinnya. Haha. Alhamdulillah. Lain kali boleh buat lagi dan buat elok sikit dari yang ini. 😊😊😊





p/s: Tak cuba, tak tahu. Kan....

.

Saturday, September 17, 2022

Buat inang-inang.

 Assalamu'alaikum.

Buat inang-inang.

Pulut yang tak habis dimakan, jangan terus dibuang. Kita boleh buat inang-inang. Jika tak sempat nak buat on the spot, kita simpan dulu pulut tu dalam freezer. 




Then, bila kita ada masa lapang, kita kukus balik pulut tu dan boleh la buat inang-inang tu. Yang penting, kita jangan membazir. 





p/s: Jom kita buat inang-inang pulak. Inang-inangpun dah mahal dah. 😊😊😊

.

Tuesday, August 16, 2022

Resepi dari tiktok.

Assalamu'alaikum.

Resepi dari tiktok.

Ni antara video resepi dari tiktok yang aku 'save' dalam handphone. Aku rasa baik aku simpan kat sini je la. Senang sikit aku nak cari. Nak simpan banyak video dalam handphone pun tak boleh sebab takut 'hang' pulak handphone tu.































Korang boleh follow semua tiktokers ni. Banyak resepi best yang dorang kongsikan. Yang penting, dorang tak kedekut berkongsi resepi. Korang follow tiktokers yang rajin letak resepi dalam video dorang. Mana yang kedekut nak kongsi resepi tu, korang tak payah follow. Takut nanti korang kena kecam bila minta resepi. 🤭🤭🤭

p/s: Terima kasih pada semua tiktokers yang ikhlas berkongsi resepi. Moga Allah luaskan lagi rezeki korang seisi keluarga. Aamiin.

.

Monday, October 18, 2021

Resepi roti Cik Azz.

Assalamu'alaikum.

Resepi roti Cik Azz.

Simpan kat blog pulak. 
Kot la ada followers blog ni yang nak cuba buat roti ni. 






p/s: Cuba la buat.
.

Saturday, October 16, 2021

Cara mudah rebus kerang.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah rebus kerang.

Ni cara aku rebus kerang, kupang, lala dan sebagainya. Mudah ya amat.



p/s: Cuba la..
.

Friday, July 9, 2021

Serunding kelapa yang sedap.

Assalamu'alaikum.

Serunding kelapa yang sedap.


Aku share dari channel youtube aku je la.. Senang punya kerja. Hahaha...




p/s: Rindu nak berblogging tapi mood melantun-lantun sampai tak dapat nak tangkap. Hehe. Harap korang semua sihat wal'afiat hendaknya. Aamiin.
.

Tuesday, April 20, 2021

Ramadan ke-8: Resipi kuih tepung bungkus.

 Assalamu'alaikum.

Ramadan ke-8: Resipi kuih tepung bungkus.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, impian aku nak buat sendiri kuih tepung bungkus terlaksana juga. Yesszaa...! Haha. Gigih aku pergi belakang rumah ambil daun pisang. Gigih jugak aku pi layur daun pisang tu walaupun terkial-kial tapi demi untuk merealisasikan impian, aku gagahkan juga diri ini. Cehh...! Haha.









Bahan A:
Inti kelapa secukupnya.
Daun pisang yang dah layur secukupnya.
.
Bahan B:
2 cawan tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan + 2 sudu makan air
=> Campurkan semua bahan dan uli jadikan doh. Buat bulat-bulat kecil. Leperkan dan masukkan inti kelapa di dalamnya dan tutup semula doh tu.
.
Bahan C (batter santan):
4 cawan santan
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam.
=> Kacau rata semua bahan. Pastikan tepung tidak bergentel. Kemudian masak atas dapur hingga menjadi sedikit kental. Masak sambil kacau. Guna api perlahan.
.
Letak sedikit batter atas daun pisang. Letakkan bebola yang dah isi inti tadi di atasnya. Tutup daun pisang tu. Buat sampai habis dan kukuslah sehingga masak. Anggaran masa 25-30 minit.





Ni aku kacau batter dia.


p/s: Alhamdulillah. Sedap rasanya. Terasa dia punya lemak, masin dan manis semua tu. Berbaloi dan puas hati buat sendiri.

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)