Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Friday, July 14, 2023

Masak udang goreng dengan asparagus.

Assalamu'alaikum.

Masak udang goreng dengan asparagus.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masak asparagus yang aku tanam ni dengan udang. Mudah je masak lauk ni dan rasanya sudah semestinya sedap hingga menjilat jari. 🤤🤤🤤

Cara masak ada dalam video last tu. Cuba la buat. Sedap sangat dengan rasa manis dari udang tu. Walla!!















p/s: Aku masak lauk takde letak gula ya. Muak la kalau laukpun manis. 

.

Wednesday, February 8, 2023

Jom petik sayur.

Assalamu'alaikum.

Jom petik sayur.

Alhamdulillah, dapat la sikit sayur hasil dari kebun mini aku yang seco'et ni.


Cili padi bara.




Kailan.














Kucai.



p/s: Berbudi dengan tanah, ada hasilnya. Alhamdulillah.

 .

Wednesday, January 25, 2023

Pertama kali pokok tomato berbuah.

Assalamu'alaikum.

Pertama kali pokok tomato berbuah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, dapat juga aku tengok buah tomato dari pokok yang aku tanam sendiri. Dia punya seronok dan teruja tu lain macam sikit. Sengih sampai ke telinga. 😁😁😁





Maklum la, sebelum ni pernah juga tanam pokok tomato tapi apabila berbunga je, pokoknya layu dan terus mati. Tu yang kali ni rasa seronok tu sampai rasa nak lompat ke bintang walaupun buah tomato tu cuma ada sebiji. Hahaha.




p/s: Baru la bersemangat nak tanam lagi pokok tomato. 🤭🤭🤭

.

Thursday, November 10, 2022

Cerita kebun mini lagi.

Assalamu'alaikum.

Cerita kebun mini lagi.

Alhamdulillah. Kebun mini aku nampaknya elok dan baik-baik sahaja di musim hujan ni. Cumanya siput dan semut sentiasa ada. 













 





p/s: Jom la kita berkebun.

.

Monday, September 26, 2022

Hajatnya nak buat raised bed.

Assalamu'alaikum.

Hajatnya nak buat raised bed.

Pagi tadi, gigih la aku bersihkan kawasan nan sekangkang katak ni. Kononnya nak buat raised bed untuk tanam sayur. 

Sebelum tu, aku buat asap dari sarang telur ni untuk halau nyamuk dan serangga yang lain.











Akupun ada buat baja organik yang orang kongsikan di tiktok. Benda baik, tak salah untuk kita tiru dan cuba.











Bunyi macam senang je tapi dia punya penat tu tak boleh bawak bincang. Habis sakit segala sendi dan pinggang aku.

p/s: Nak, seribu daya. Begitulah.

.

Thursday, September 1, 2022

Hasil dari kebun mini Azyma. 🥰

Assalamu'alaikum.

Hasil dari kebun mini Azyma. 🥰

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Walaupun kebun mini aku tu cuma sekangkang cicak tapi ada juga hasilnya. Pokok ulam tu yang aku suka. Hari-hari makan ulam. 







p/s: Jom berkebun!

.

Friday, August 5, 2022

Cerita fasal kebun lagi. 😁

 Assalamu'alaikum

Cerita fasal kebun lagi. 😁


Aku nak clear-kan gambar tanaman aku dalam handphone. Jadi, aku letak la gambar tu kat dalam blog ni. Ni la untungnya bila ada blog. Haha.

Macam-macam pokok ada. Jom la tengok sama-sama. Hiks.


Cekur.


Kucai.


Pucuk putat.



Jambu batu dah mula nak keluar bunga. Tak pasti buahnya isi putih atau pink.


Nenas.


Jambu batu lagi.


Inai.


Tomato.


Macam-macam ada.



Ulam-ulaman. Kacang panjang merah, pucuk serai kayu dan daun sambung nyawa batik.





Sambung nyawa batik.



p/s: Okay, dah boleh delete gambar dan video dalam handphone tu. 🤭🤭🤭

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)