Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Thursday, January 19, 2023

Cara mudah buat ikan pekasam.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah buat ikan pekasam.

Pagi tadi, aku pergi la pekan sehari. Tup-tup ternampak ada orang jual ikan sungai ni. Akupun terus la ke tepi. Haha.

Mulanya nak beli selonggok je iksn tu. Selonggok tu RM10. Tapi bila penjual tu kata kalau beli tiga longgok, harga dia RM25, terus aku beli tiga longgok. 🤭🤭🤭 Masa ni dah mula terbayang nak buat ikan pekasam untuk stok lauk bulan puasa nanti. 🥲🥲🥲

Jom tengok cara aku buat ikan pekasam ni. Senang je buatnya. Yang ambil masa sikit tu masa nak menyiang ikan tu. Tapi, mujur la ikan ni tadi semua dah buang isi perut dia. Tinggal nak buang sisik je lagi. Kerja senang aiihh buang sisik ikan tu. 😁😁😁




















p/s: Minggu depan nak beli lagi jika ada. Kakak aku suruh beli. Dia kata senang buat stok jika lauk takde.

.

Thursday, November 3, 2022

Mengait lagi.

Assalamu'alaikum.

Mengait lagi.

Alhamdulillah, dah nak siap dah tempahan dari customer aku ni. Daripada lima buku benang, sekarang dah tinggal sebuku je. Rasa tak sabar pulak nak siapkan sebab apabila dah siap, boleh la sambung kerja menjahit pulak.







Bunga kait ni katanya nak tampal kat beg kait. Customer aku tu tak sempat nak kait bunga kecil macam ni. Tu yang dia minta aku kaitkan. Mujurlah skill mengait aku masih ada. Itupun terkial-kial jugak menggayakan jarum kait tu masa mula-mula mengait hari tu. 🤭🤭🤭







Kait bunga kecil macam ni nampak je mudah tapi rasa kebas jugak la jari jemari aku ni. Harapnya aku tak jemu la buat kerja macam ni. Tapi incase jika jemu sekalipun, aku kena kuatkan semangat demi mencari sedikit rezeki. Moga Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal. Aamiin.







p/s: Ada yang nak tempah ke? Sediakan benang sendiri la ya sebab aku cuma ambil upah kait je. Aku takde masa nak beli benang. Karang tersalah beli, aku jugak yang rugi. Tak kuasa la aku nak menanggung kerugian itu. 😊😊😊

.

Tuesday, October 25, 2022

Majlis Penyampaian Notis 5A Skim Tanah Rakyat.

Assalamu'alaikum.

Majlis Penyampaian Notis 5A Skim Tanah Rakyat.

Pada hari Ahad bersamaan dengan 23.10.2022, berlangsungnya satu majlis bagi penyampaian notis 5A bagi skim tanah rakyat. Akupun tak tau nak cerita panjang fasal ni. Jadinya, aku tepek aje la gambar dan video yang ada sebagai bukti.

















Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Seri Wan Rosdy dan diiringi oleh YB Cameron Highlands.

 



p/s: Moga Allah permudahkan segala urusan kami untuk memiliki rumah sendiri. Aamiin.

.

Sambung lagi mengait.

Assalamu'alaikum.

Sambung lagi mengait.

Alhamdulillah. Aku dah siapkan tempahan mengait dari customer. Dia dah ambil dahpun dan akupun dah terima upah mengait tu. Walaupun sikit, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya ada juga sedikit rezeki yang Allah berikan. 





Sekarang, aku sambung lagi mengait sebab customer tu bagi lagi lima buku benang. Aku ambil upah mengait sahaja. Benang tu customer yang sediakan.







Ni aku kongsikan cara aku keluarkan isi perut benang kait tu. Aku buat macam ni untuk elakkan benang tu bergolek-golek masa mengait.






p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Kita usaha sahaja selagi terdaya. Moga Allah berikan kita rezeki kesihatan yang baik agar kita dapat bekerja mencari rezeki yang halal dan berkat. Aamiin.

.

Saturday, September 11, 2021

Kacang panjang merah.

 Assalamu'alaikum.

Kacang panjang merah.

Alhamdulillah, dapat lagi hasil dari kebun mini aku ni. Jadi la kan.. Jimat jugak dua tiga ringgit. 😊







Asal benih kacang panjang merah ni aku dapat dari seorang ahli grup kebun bandar. Lama dah. Tapi sebab aku biasa tak petik semua, tu yang benihnya ada je. Jika boleh, aku nak kekalkan kacang ni kat kebun aku.

Okay la. Tak reti dah nak celoteh panjang-panjang. Tambahan pulak guna handphone. Asyik typo je. Letih dibuatnya. 

p/s: Sampai jumpa lagi ya. Harap korang semua sihat dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.
.


Tuesday, August 31, 2021

Cara buat jeruk petai versi 2021

 Assalamu'alaikum.

Cara buat jeruk petai versi 2021.


Petai ni aku beli di pasar. Aku beli empat ikat. Satu ikat tu ada lima papan. Lima papan tu harganya lima ringgit. Kiranya empat ikat tu dua puluh ringgit la. Belajar mengira pulak yaa.. Hahaha..


Ni cara aku buat jeruk petai tu. Tengok aje la video tu sampai habis. Hik...



p/s: Okay, sampai jumpa lagi di lain entri.

.

Tuesday, April 20, 2021

Ramadan ke-8: Resipi kuih tepung bungkus.

 Assalamu'alaikum.

Ramadan ke-8: Resipi kuih tepung bungkus.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, impian aku nak buat sendiri kuih tepung bungkus terlaksana juga. Yesszaa...! Haha. Gigih aku pergi belakang rumah ambil daun pisang. Gigih jugak aku pi layur daun pisang tu walaupun terkial-kial tapi demi untuk merealisasikan impian, aku gagahkan juga diri ini. Cehh...! Haha.









Bahan A:
Inti kelapa secukupnya.
Daun pisang yang dah layur secukupnya.
.
Bahan B:
2 cawan tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan + 2 sudu makan air
=> Campurkan semua bahan dan uli jadikan doh. Buat bulat-bulat kecil. Leperkan dan masukkan inti kelapa di dalamnya dan tutup semula doh tu.
.
Bahan C (batter santan):
4 cawan santan
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam.
=> Kacau rata semua bahan. Pastikan tepung tidak bergentel. Kemudian masak atas dapur hingga menjadi sedikit kental. Masak sambil kacau. Guna api perlahan.
.
Letak sedikit batter atas daun pisang. Letakkan bebola yang dah isi inti tadi di atasnya. Tutup daun pisang tu. Buat sampai habis dan kukuslah sehingga masak. Anggaran masa 25-30 minit.





Ni aku kacau batter dia.


p/s: Alhamdulillah. Sedap rasanya. Terasa dia punya lemak, masin dan manis semua tu. Berbaloi dan puas hati buat sendiri.

.

Thursday, November 19, 2020

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

 Assalamu'alaikum.

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

Alhamdulillah. Pertama kali aku buat kek pisang yang elok kejadiannya iaitu gebu dan lembut sangat. Selalunya kek pisang yang aku buat tu sama ada bantat ataupun kurang gebu. Terima kasih pada yang berkongsi resepi. Aku ambil resepi kek pisang ni dari page Ina Azlina yang viral tu.








Ni resepi kek pisang gebu lembut tu ya. Aku pisahkan kepada tiga bahagian supaya senang nak susun atur.

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
=> Ayak semua bahan ni dan ketepikan sekejap.

Bahan B:
3 biji pisang berangan 
=> Lenyek dan ketepikan sekejap.

Bahan C:
4 biji telur gred A atau B
1 cawan gula castor - Kalau guna gula biasa, kena kurangkan sukatan.
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
=> Masukkan semua bahan ni  ke dalam blender dan blend dalam masa 3-5 minit. Dah siap blend, tuangkan ke dalam bekas besar.

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan. Kacau sebati guna spatula atau senduk. Lepas tu, masukkan pula campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil kacau rata.

Lenserkan loyang dengan minyak masak. Lenser bagi rata ya. Kemudian, tuangkan adunan tadi. Boleh la bakar hingga masak. Aku bakar atas dapur gas je. Takde masa yang praktikal. Asal dah masak je, okay la tu. Nak tau dah masak atau belum, cucuk kek tu dengan lidi yang halus. Kalau tak melekat, kira dah masak la tu. Ataupun kalau dah mula berbau wangi tu, kira dah dekat nak masak la.
.








p/s: Alhamdulillah..
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)