Assalamu'alaikum.
Tart gulung nenas untuk raya.
Hari ni dah syawal yang keempat dah. Salam aidil fitri buat semua. Maaf zahir batin. 🙏🙏🙏
Aku baru ada masa untuk post fasal tart gulung nenas ni. Ini je satu kuih raya yang aku buat. Itupun lagi tiga hari nak raya baru aku buat. Ikutkan hati, malas dah nak buat tapi buat jugak la sekadar meraikan suasana. Buat raso-raso jah..
Aku buat dua adunan je iaitu dua buku buttercup je. Dapat la tart gulung ni lima botol kecil. Jadi la tu. Alhamdulillah.
Dua adunan ni pun aku buat pada hari yang berlainan. Tak larat nak buat sekali harung. Puasa kali ni letih dia lain macam. Dengan keadaan cuaca yang panas dan berbahangnya lagi, mana la daya aku nak buat sekali gus.
p/s: Penat sangat. Maklum la, umurpun dah makin banyak. Tapi tu la, gagahkan jugak untuk buat semua benda.
.
2 Tukang Tembak:
selamat hari raya..maaf zahir batin
wah..wat kuih tart, kuih wajib ibu MA buat dulu ni but 3-4 tahun lepas, ada geng opis jual sedap & lebih kurang rasa mcm yg ibu buat, terus ibu pencen buat.. MA beli jer
he he he..
Selamat hari raya juga buat MA dan family. Maaf zahir batin jugak. Akak dah lama tak buat biskut raya sejak Mak uzur. Ni dah masuk tahun ketiga Mak meninggal, baru la akak buat balik.
Post a Comment