Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Rumah Terbuka Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka Hari Raya. Show all posts

Tuesday, April 25, 2023

Tart gulung nenas untuk raya.

Assalamu'alaikum.

Tart gulung nenas untuk raya.

Hari ni dah syawal yang keempat dah. Salam aidil fitri buat semua. Maaf zahir batin. 🙏🙏🙏

Aku baru ada masa untuk post fasal tart gulung nenas ni. Ini je satu kuih raya yang aku buat. Itupun lagi tiga hari nak raya baru aku buat. Ikutkan hati, malas dah nak buat tapi buat jugak la sekadar meraikan suasana. Buat raso-raso jah..

Aku buat dua adunan je iaitu dua buku buttercup je. Dapat la tart gulung ni lima botol kecil. Jadi la tu. Alhamdulillah. 

Dua adunan ni pun aku buat pada hari yang berlainan. Tak larat nak buat sekali harung. Puasa kali ni letih dia lain macam. Dengan keadaan cuaca yang panas dan berbahangnya lagi, mana la daya aku nak buat sekali gus.

























p/s: Penat sangat. Maklum la, umurpun dah makin banyak. Tapi tu la, gagahkan jugak untuk buat semua benda.

.

Sunday, June 23, 2019

Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang.

Assalamua'alaikum.

Rumah terbuka Menteri Besar Pahang.


Siang tadi, buat pertama kalinya, aku berkesempatan menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka hari raya bagi kawasan Jelai yang diadakan oleh Menteri Besar Pahang. Aku pergi tumpang kereta jiran. Kalau nak harap aku pergi sendiri naik motor, memang takde la aku nak pergi oiii...!


Seperti biasa, gambar aku main ambil je ikut suka hati aku. Yang penting, gambar aku jangan harap la nak ada. Keh.






 Jenuh beratur tunggu ais krim calung ni. Tak kira, nak jugak makan ais krim. Haha.




Alhamdulillah. Makanan sedap belaka. Tapi perut dah tak boleh nak sumbat semua. Makan semampunya sahaja. Tapi sedih sebab masih ramai yang yang punya sifat tamak. Ambil makanan banyak-banyak tapi apabila tak habis, ke tong sampah la perginya.


p/s: Lagi satu sikap jelik orang kita adalah suka biarkan bekas makanan (polisterin) tu di atas meja. Apa salahnya pergi buang sebab bekas sampah banyak disediakan. Penuh meja dengan sampah sarap. Dah la makan macam kucing kebuluran. Bersepah-sepah makanan tak habis dalam pinggan tu. Sedih sungguh menengoknya.
.

Tuesday, July 11, 2017

Rumah terbuka: Makan sungguh aiiihh..!

Assalamu'alaikum.

Rumah terbuka: Makan sungguh aiiihh..!


Hari ni ada rumah terbuka raya anjuran JKKK kat kawasan rumah aku. Makanya, akupun pergilah dengan berkonvoi naik motor kapcai dengan geng-geng mak cik jiran aku ni. Kalau nak harapkan aku pergi sendirian naik motor, memang tak pergi la jawabnya. 


Aku ni dah la penakut nak naik motor ikut jalan utama tu dan aku jugak segan nak datang sorang-sorang. Aku ni sebenarnya tak suka orang pandang aku. Jadinya, bila ramai-ramai tu, takde la orang nak pandang aku sangat. Akukan pemalu. Heh.





Tapi dalam bab makan, aku makan sungguh. Hahaha. Takde pembaziran langsung. Takde la macam sesetengah orang tu. Ambil makanan punya la banyak tapi lepas tu tak habis makan. Ada la alasan lepas tu. Tak sedap la. Masin la. Tawar la. Padahal perut masing-masing dah kekenyangan. Tak baik tau membazir. Kepantangan aku tu. 




Tengah harinya aku tak masak. Perut dah kenyang, buat apa nak masak lagi? Siapa je yang nak makan? Petangnya baru aku masak. Itupun sekadar goreng ikan siakap je. Jadi la buat alas perut untuk makan malam.


p/s: Alhamdulillah, makanan yang aku ambil semuanya sedap dan menepati selera. Jika tak, takkan la aku buang pinggan kosong je, kan? Lain kali jemput la aku lagi. Hahaha.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)