Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Bubur Nasi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Bubur Nasi Ayam. Show all posts

Tuesday, November 1, 2022

Bubur nasi sempoi.

Assalamu'alaikum.

Bubur nasi sempoi.

Kalau dulu, nak masak bubur nasi, punya la lama. Nak rebus beras tu sampai hancur memang makan masa dekat nak satu jam. Jenuh menunggu. Kalau tak tunggu dan biarkan, takut berkerak pulak nasi tu.






Telur masin tu aku buat sendiri. Pucuk ulam raja tu dari pokok yang aku tanam. 


Makan dengan telur masin dan pucuk ulam raja. Sedapnya. Alhamdulillah.


Tapi sekarang ni, mudah je nak buat bubur nasi ni. Ambil je nasi yang dah siap masak, tak kira la nasi sejuk atau nasi panas, lepas tu blend je nasi tu dengan air dan bahan lain seperti bawang merah dan ikan bilis. Lepas tu masak la macam masak bubur biasa tu. Jika kurang air, boleh je tambah. Jika nak letak santan, ayam, daging atau udang, boleh je letak. Kita yang buat dia, kan... Pandai-pandai la olah sendiri.




p/s: Yang ada anak kecilpun elok buat macam ni. Jimat masa nak merebus beras tu.

.

Sunday, September 4, 2022

Buat sendiri bubur asyura utara.

 Assalamu'alaikum.

Buat sendiri bubur asyura utara.

Hari tu, aku ada buat bubur asyura utara ni. Niat nak bagi sikit kat tiga empat orang kawan arwah Omak aku. Kiranya ni hajat aku la.































 

p/s: Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. 

.

Wednesday, August 31, 2022

Nasi lemak newbie. 🤭🤭🤭

 Assalamu'alaikum.

Nasi lemak newbie. 🤭🤭🤭

Aku memang tak pandai nak buat nasi lemak. Dulu, pernah buat sekali tapi nasinya lembik dan mentah. Sejak itu, aku tak buat dah nasi lemak ni. Namun, disebabkan teringin nak makan, aku beranikan diri untuk buat lagi sekali. Gigih tu cari resepi kat facebook. Haha.















p/s: Selagi ada umur, belajar aje la walaupun umur tu dah banyak. 🤭🤭🤭

.

Monday, August 29, 2022

Program mengacau bubur asyura.

 Assalamu'alaikum.

Program mengacau bubur asyura.

Semalam, hari Ahad bersamaan dengan 28 Ogos 2022, telahpun berlangsung program mengacau bubur asyura untuk masyarakat setempat di sini. Program di adakan di perkarangan masjid dan ia dihadiri oleh pelbagai agensi. Meriah sungguh. Mana taknya, 17 kawah bubur asyura versi manis dan berempah yang disediakan.

Aku seperti biasa, ambil gambar ikut sempat aku je. Turutan gambarpun tak tersusun. Asal letak, sudah. Janji masuk dalam entri  🤭🤭🤭 
































































p/s: Simpan semuanya di sini sebagai kenangan.

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)