Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, August 31, 2022

Nasi lemak newbie. 🤭🤭🤭

 Assalamu'alaikum.

Nasi lemak newbie. 🤭🤭🤭

Aku memang tak pandai nak buat nasi lemak. Dulu, pernah buat sekali tapi nasinya lembik dan mentah. Sejak itu, aku tak buat dah nasi lemak ni. Namun, disebabkan teringin nak makan, aku beranikan diri untuk buat lagi sekali. Gigih tu cari resepi kat facebook. Haha.















p/s: Selagi ada umur, belajar aje la walaupun umur tu dah banyak. 🤭🤭🤭

.

Wednesday, February 6, 2019

Saja nak pesan...

Assalamu'alaikum.

Saja nak pesan...


Saja nak pesan terutamanya pada diri sendiri agar tidak terbabas dari landasan. Maklum la, ada ketikanya tingkah laku dan tutur kata tak dapat nak dikawal. 







p/s: Takut juga nanti jika ada yang berdendam di dalam diam. Moga dijauhkan hendaknya. 
.

Friday, October 28, 2016

Jalan terus!

Assalamu'alaikum.

Jalan terus!


Never beg someone to be in your life. If you text, call, visit and still get ignored, walk away. It's call self respect - Steve Wentworth.




Betul. Janganlah kita terhegeh-hegeh hingga merendahkan harga diri kita. Seburuk dan semiskin manapun kita, kita tetap punya harga diri. Dan, jagalah ia dengan sebaiknya. 


Jalan terus! Keep moving! Allahkan ada! Yakinlah dengan Allah! 


p/s: Pinggan dalam kotak, nasi di bawah saji. Orang tak hendak, untuk apa dikenang lagi. Pantun baru dari aku. Haha.

Wednesday, October 26, 2016

Kadang-kadang serba salah dibuatnya.

Assalamu'alaikum.

Kadang-kadang serba salah dibuatnya.


Kadang-kadang tergerak jugak di hati nak buat entri semasa yang hot dan terkini atas tujuan nak naikkan rating blog. Namun, apabila difikirkan kembali natijah dan saham yang bakal dihadapkan di kemudian hari, ehh, tak jadi la aihh. Haha.




Kena kaji balik semula pada niat asal jadi blogger. Nak asah bakat dalam bidang penulisan atau nak jadi ahli neraka? Pahala dah la tak seberapa. Lagi nak tambah dosa dengan berita atau entri yang panas macam tu? Biarlah orang lain yang buat kerja sebegitu. Biarlah blog suam takde pengunjung. Heh.




Aku lebih rela letak gambar kucing-kucing aku kat blog aku ni. Tujuan aku buat blog dulupun sebab nak simpan segala kenangan selain daripada minat menulis dan berkongsi sedikit ilmu jahitan yang aku ada. 




p/s: Do good and good will come to you. Tak perlu nak memburuk-burukkan orang lain semata-mata mahukan perhatian.

Saturday, September 24, 2016

Tinggalkan aje la. Tak rugipun jika tinggalkan 'dia'.

Assalamu'alaikum.

Tinggalkan aje la. Tak rugipun jika tinggalkan 'dia'.


Zaman dulu, orang mengumpat guna mulut tapi zaman sekarang ni, orang mengumpat dekat grup whatsapp. Lagi banyak isu panas, lagi ramai yang suka melepak kat grup tu. Ishhh. Ishhh. Ishhh. 


Kau ingat Allah tak nampak apa yang kau buat? Kau ingat malaikat tak catit apa yang kau dok umpatkan? 





Kau buatlah grup rahsia macam mana sekalipun, Allah tetap nampak apa yang kau buat dan malaikat tetap catit semua perbuatan kau tu. Sebelum penyakit suka mengumpat ini menjadi semakin teruk, baiklah kau leave aje mana-mana grup yang takde faedah tu. 


Orang kata, jika kita tak mahu terjebak dengan perkara yang tak baik, eloklah kita jauhkan diri kita sedari awal lagi. Sebabnya, jika kita dah terjebak, memang agak susah untuk kita mengundurkan diri. Jalan terbaik, tinggalkan aje semua tu.


p/s: Mujurlah aku takde WhatsApp. Kalau tak, terasa sentap jugak dengan ayat-ayat kat gambar tu. Tak kisah la orang nak kata aku ketinggalan zaman sekalipun. Yang penting, hidup aku aman damai dan tenang. Heh.

Saturday, September 3, 2016

Takut tak?

Assalamu'alaikum.

Takut tak?

Serius, aku takut tengok gambar hujung jari yang ada mulut ni. Tak dapat digambarkan bagaimana keadaannya nanti apabila jari-jari kita yang berkata-kata. 




Sebab tu la aku kurang sangat kongsi cerita atau video yang jadi viral kat fesbuk tu. Mana kisah atau video yang baik, boleh je aku kongsi tapi kalau cerita bab artis cerai berai, datok gatal nak berbini lebih dan sebagainya atau kisah politik yang melampaui batasan, memang aku susah nak kongsi. Baca komen orang kat ruangan komen tu pun dah buatkan aku beristighfar panjang. Takut aku tengok komen yang mencarut memaki semua tu. Nau'zubillah. 


Nak komen, boleh tapi biarlah setakat memberi pandangan mengikut apa yang kita rasa. Tak salah nak bagi pendapat. Yang salah tu sebab suka sangat gunakan bahasa caci maki semua tu. Kesat sangat bahasanya. Tak takut ke tulis bahasa yang kesat tu, nanti ia balik semula kat kita? 


Biarlah tak ramai yang jadi pengunjung blog aku ni. Apa gunanya buat kisah yang mengundang fitnah semata-mata nak naikkan traffic blog. Zaman itu sudahpun berlalu. Hidup ini hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata.


p/s: Nak maki, maki je dalam hati. Takpun, maki je sorang-sorang. Tak perlu nak maki kat ruangan komen fesbuk tu. Jom sama-sama muhasabah diri kita.

Tuesday, August 23, 2016

Rileks-rileks sudah!

Assalamu'alaikum.

Rileks-rileks sudah!


Aku dah malas dah nak ambil port sangat fasal  semua ni. Aku nak buat rileks je. Kalau beria-ia aku layan, makin sakit pulak jiwa aku nanti. Aku tak nak rosakkan jiwa aku dengan benda-benda macam ni. Life is too short. Jadinya, manfa'atkan kehidupan ini dengan sebaik mungkin. 




Sekarang ni, aku nak happy-kan diri aku je. Kalau bukan diri kita yang bagi motivasi pada diri sendiri, siapa lagi yang kita nak harapkan? Sebab tu kita kena kuatkan semangat. Jangan cepat sangat melatah tak tentu hala lagi-lagi berkaitan dengan perkara yang tak penting. Heh.




p/s: Kita kenalah sentiasa cool. Barulah nampak matang. Tak gitu? Kehkehkeh.

Thursday, August 18, 2016

Ikut apa yang mak pesan!

Assalamu'alaikum.

Ikut apa yang mak pesan!


Mak aku selalu pesan macam ni -> Kita ni bukan orang senang. Jangan suka ikut lagak orang. Orang makan gajah, biarlah kita makan kancil je. Maksudnya, orang makan besar, kita makanlah ikut kemampuan kita. Kita ni tak ada harta, buat cara tak ada. Yang penting, jangan suka meminta-minta. Bukan apa, takut nanti orang meluat dengan kita. 





Buat apa nak tipu diri sendiri? Dah la tipu diri sendiri, lepas tu tipu orang lain pulak. Berapa banyak menipu daaaa. Konsepnya mudah je iaitu ukur baju biarlah pada badan sendiri. Barulah selesa nak pakai baju tu


Dengan aku ni mudah je. Nak kawan, kawan je. Tak nak kawan, sudah! Ramai lagi orang lain yang ikhlas dan jujur nak berkawan dengan kita tanpa memandang status, kerjaya, pangkat, rupa, kereta besar dan sebagainya. 


p/s: Ikut apa yang mak pesan, bukan sekadar dengar je tapi tak ikut. 

Saturday, August 13, 2016

Jika mahu hidup tenang...

Assalamu'alaikum.

Jika mahu hidup tenang...


Semua orang mahu hidup dalam ketenangan tanpa ada gangguan yang merimaskan. Banyak cara yang boleh kita buat untuk mendapatkan ketenangan dalam jiwa. Mungkin kita boleh tambah lagi dengan mengamalkan petua di bawah.




p/s: Jom sama-sama cuba dan berubah ke arah kebaikan. Moga hati dan jiwa kita menjadi semakin tenang. Aamiin.

Friday, August 12, 2016

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.

Assalamu'alaikum.

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.


Hidup kita ini hanya sementara sahaja. Banyak lagi perkara penting yang kita kena kejar daripada kita buang masa kejar perkara yang sia-sia.




Kita buat je kerja kita. Selagi kerja kita tidak memudaratkan, tidak menyalahi hukum hakam, kerja yang berkat lagi halal, buat je kerja kita tu. Jika semua kata-kata orang kita nak ambil kira, percayalah, masa selama 24 jam tu memang tak akan cukup punya la. 


p/s: Kita punya banyak masa tapi masa kita tu seakan tidak mencukupi kerana banyak dihabiskan dengan melayan umpat keji orang. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. 

Wednesday, August 10, 2016

Kita sering terleka dan terlupa.

Assalamu'alaikum.

Kita sering terleka dan terlupa.


Sebagai manusia, kita memang sering alpa dan leka hingga terkeluar kata-kata yang berbaur istidraj. 


Kita juga terlupa bahawa segala kesenangan kita itu juga merupakan satu ujian dari Allah. Allah nak tengok diri kita. Adakah kita ini jenis manusia yang suka membanggakan diri dan riak tanpa mengira tempat.




p/s: Moga Allah jauhkan kita dari bersikap istidraj samada dengan sengaja atau tanpa disengajakan dan moga Allah ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran kita dalam berkata-kata. Aamiin.

Tuesday, August 2, 2016

Tegur sebab sayang.

Assalamu'alaikum.

Tegur sebab sayang.


Betul. Orang tegur kesalahan kita sebab dia sayang kat kita. Kalau dia tak sayang kat kita, dia buat tak tau je kat kita. Lantak kau la nak jadi apa! Nak jadi hantu ke. Nak jadi buaya ke. Apa dorang nak peduli. Kubur asing-asing, kan? 






Contohnya, orang tegur kita sebab mewah berbelanja sedangkan kita bukannya jenis orang kaya atau orang berada. Dorang tegur kita bukan sebab dorang jeles atau dengki tapi sebab dorang nak ingatkan kita supaya sentiasa fikirkan masa depan yang kita sendiri tak pasti macam mana.


Buatnya tiba-tiba kita jatuh sakit atau kena buang kerja, mana kita nak cekau duit jika kita tiada simpanan? Sekurang-kurangnya, jika kita ada simpanan, takde la nanti kita terkial-kial mengagau ke sana sini. Jika kita ada simpanan, mungkin kita boleh bertahan untuk sebulan dua sementara kita usahakan mencari sumber kewangan atau kerja lain.


Maka, apabila kita kena tegur, kita kena sentiasa berfikiran positif. Fikir. Fikir. Fikir. Pasti ada kebaikan di sebalik setiap teguran tersebut. 


Dulu, aku jenis mudah sentap jugak. Pantang kena tegur, mula la nak balas balik. Tapi apabila bersendirian, aku fikirkan balik apa yang orang tu kata kat aku dan ada betulnya apa yang mereka tegur. So, sekarang ni aku lebih cool dan senyum sokmolah! Ahaha.


p/s: Berterimakasih dan bersyukurlah kerana masih ada yang sudi menegur kesilapan kita.

Sunday, November 22, 2015

Beringat sebelum kena...

Assalamu'alaikum...

Beringat sebelum kena...


Aku sangat tidak faham kenapa kita perlu berkongsi semua perkara rahsia kepada dunia apatah lagi kita ni cuma orang-orang biasa sahaja.. Kita nak apa sebenarnya..? Perhatian? Nama..? Kadang-kadang apa yang kita kongsikan itu mengundang bahaya kepada kita dan keluarga kita.. Itukah yang kita mahu..? 



Mana yang perlu dirahsiakan, eloklah kekal sebagai rahsia.. Tak perlulah nak diheboh-hebohkan.. Biarlah orang nak kata kita macam-macam.. Yang penting kita selamat dari segala ancaman..




p/s: Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah.. Masa tu dah tak boleh buat apa dah sebab kepalapun dah berdarah..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)