Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

SALAM MUHARRAM....SALAM MA'AL HIJRAH 1431H...


Assalamualaikum......

Doa awal tahun...

Selamat menyambut awal Muharram untuk semua. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih mendekatkan kita ke jalan yang diredhai... Pada 1 Muharram, hendaklah dibaca doa yang berikut:



[doa1.jpg]


Di kala melihat Awal bulan (tiap-tiap bulan, bukan Muharram sahaja), maka adalah Nabi s.a.w. mengucapkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami bulan dengan keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan, keafiatan dan rezeki yang baik serta taufig kepada apa yang Engkau sukai dan redhai, Tuhan kami dan Tuhanmu (hai bulan) adalah Allah"...(riwayat Atthabrany'an Ibnu Umar).

p/s: Apakah azam anda untuk tahun baru ini? Sudahkah tercapai segala apa yang dirancangkan ataupun masih lagi tidak berganjak2. Tahniah untuk anda yang sudah berjaya menggapai impian. Teruskan usaha bagi anda yang sedang bertungku-lumus dalam mengorak langkah menuju kejayaan. Aku...?? Masih lagi mencari-cari arah tujuan...


Tuesday, December 15, 2009

HARGAI MATA ANDA.....

Assalamualaikum....

Semalam aku ke klinik mata lagi. Kali ni untuk susulan je. Mata mak aku masih belum pulih. Lagipun baru seminggu je laser, masih kabur lagi. Doktor tu bagitau mata mak aku mungkin lambat sikit nak pulih sepenuhnya. Lagipun dengan umur mak aku yang dah lanjut, pastu ditambah lagi dengan penyakit diabetes yang dia ada tu, memang agak mustahil la nak sembuh cepat... Kena banyak2 bersabar la....


Pesakit yang baru selesai menjalani laser mata diberi penerangan oleh doktor yang ensem tu......hehehe...(doktor tu tak pasan aku amek gambar ni....hahaha...)


Sedikit info pasal penyakit yang menyerang mata ni ya...

GLAUKOMA:

Sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar mata seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Bagi mata Glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf.

Ada 2 jenis Glaukoma:

1) Glaukoma Akut:
~> Menyerang secara tiba2, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Ianya memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap akut ini.

2) Glaukoma Kronik:
~> Melarat secara perlahan2 tanpa merasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap glaukoma ini tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah kronik sehinggalah keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

Di antara tanda2 glaukoma kronik adalah ruang penglihatan yang menjadi semakin sempit yang menyebabkan penglihatan semakin kabur dan rabun. Sukar untuk menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap(rabun ayam). Juga kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.


Mak aku sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik yang bertutup tu.... Aku tau masa ni jantung dia dup...dappp...dup...dappp....


KATARAK (selaput):

Merupakan sejenis kerosakan mata yang akan menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.

Penyakit ini berlaku secara perlahan2 dan biasanya melibatkan kedua2 belah mata dan menyerang tanpa mengira jantina. Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini adalah dari mereka yang mengidap diabetes, warga emas, perokok, mengambil alkohol yang berlebihan juga mereka yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya ultraviolet.

Klinik Pakar Mata Bentong,
No 15, Bentong Point,
Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.
Tel: 09-2223844
HP: 012-6011628/012-9470717/019-9333689
(Isnin dan Selasa - 9.00 am - 5.00 pm)

p/s: Semasa aku buat entry ni, abang long aku telefon mak aku dan bagitau yang makcik Khairil Rashid@Krill baru je meninggal. Al-Fatihah untuk arwah... Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau.. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.....
.

Saturday, December 12, 2009

MARI BERSENAM.......Mohh la wehhh......

Assalamualaikum.....

Memandangkan hari ni dan esok merupakan cuti hujung minggu untuk korang yang bekerja, apa kata korang luangkan sedikit masa dengan bersenam. Kat sini aku tempekkan beberapa panduan sebelum melakukan senaman yang aku copy paste dari majalah JELITA keluaran Jun 1999. Tapi aku olah sedikit isi kandungannya ya...

1~> Mula2 lakukan senaman ringan selama 3-5 minit agar tidak berlaku kekejangan otot.

2~> Pilih hari atau waktu yang sesuai untuk bersenam. Anda boleh melakukannya selalu tanpa perlu berselang beberapa hari untuk memulakannya semula. (Kena buat jadual supaya senang nak ingat)

3~> Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Sentiasa simpan di dalam beg khas supaya senang untuk di bawa ke mana2 agar tiada alasan malas nak bersenam.

4~> Beri rangsangan kepada diri anda sendiri. Gantung baju idaman di dalam bilik sebagai pencetus semangat untuk anda menurunkan berat badan dengan harapan anda dapat memakai baju tersebut. (Gantung baju cutting model hehehe....)

5~> Carilah teman untuk sama2 melakukan senaman kerana masing2 boleh memberi rangsangan/sokongan antara satu sama lain.

6~> Jika anda jenis yang suka bersenam bersendirian, anda perlulah mendapatkan seorang jurulatih peribadi yang boleh mengawasi perkembangan anda.

7~> Jangan terlalu ghairah atau memaksa diri untuk melakukan senaman sehingga menjejaskan pergerakan anda.

8~> Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman untuk anda yang mempunyai sakit jantung, lelah atau sedang hamil.

9~> Lakukan senaman sekurang2nya 2 jam selepas makan.

10~> Sejukkan dahulu badan selepas bersenam dan jangan berhenti secara tiba2. Ini kerana darah masih lagi merangsang otot dan tidak sempat sampai ke otak yang akan menyebabkan anda berasa pening.

11~> Jangan melakukan senaman sekiranya anda berada di dalam keadaan selsema atau batuk kerana ianya akan memburukkan lagi kesihatan anda ketika itu.

12~> Berhenti dari bersenam sekiranya anda berasa pening2 atau kejang otot. Mandi air panas dan sapu minyak urut pada bahagian yang kejang/sakit.

13~> Minum lebih air masak selepas setiap kali bersenam untuk menggantikan peluh yang keluar.

14~> Pakai kasut sukan yang bertapak lembut dan menyerap peluh untuk membolehkan peredaran udara berlaku dengan mudah.

15~> Pilihlah senaman yang bersesuaian untuk membakar kalori anda seperti berenang (300 kalori sejam), mengayuh basikal (500 kalori sejam), berlari2 anak (700 kalori sejam), berjalan kaki (450 kalori sejam), dan yoga (100 kalori sejam).

p/s: Wahhhh......berlari2 anak boleh bakar 700 kalori sejam. Banyak tuu..!!! Agak2nya la kan, kalau orang tu ramai anak, mesti body dia solid molid je kan. Ya la, mesti penat dok kejar2 anak je kerjanya. Kalau kejar laki yang kawen lagi satu, lagi laaaa banyak kalori yang terbakar!!! Kita lihat siapakah lelaki yang kena kejar ittewww..... ekekekeke..... Larikkkkkk....
.

Friday, December 11, 2009

Fuhhhhh!!! PENATNYA MENGGENTEL...kehh3...

Assalamualaikum....

Aku baru je selesai buat kuih siput. Aku tak jadi nak gunakan mesin tu sebab adunan untuk kuih siput ni lembik sikit dan ianya tak sama dengan adunan untuk kulit karipap hari tu. Nasib baik la kat rumah ni ada 2 ketul acuan untuk menggentel tu. Maka kekal la nama kuih siput dengan nama asalnya....kuih guntingpun tidak....apa lagi kuih mesin....hakhakhak....

Korang tengok je la gambar2 yang baru aku ambil ni. Gelap sikit la gambar2nya sebab satu lampu je yang menyala, yang lagi satu tu tak nak pulak menyala. Macam tau2 je kuih siput aku ni buruk rupanya... huahuahua....


Nasib baik la ada anak dara cilik 2 orang ni. Seronok betul dorang menenyeh dan menggentel......hehehe...



Beginilah caranya untuk menenyeh dan menggentel ya kawan2.... (Gentel aje la....cantik ke buruk ke....tak kisah....janji sedappp......ahakk....)



Kakakaka.....dan inilah rupanya kuih siput yang telah siap digoreng. Akupun tak tau la ni siput sedut ataupun siput gondang. Tapi bukan siput bab* hoccay....no...no...no......



Bila dah masukkan dalam balang ni takde la nampak buruk sangat rupa kuih siput aku ni kan....kan...kan....ekekekeke....


p/s: Biar buruk rupa asal sedap rasanya. Apa bendanya yang sedap tu...?? Lu fikirlah sendiri.....!!! Muahahahahaha.....
.

GENTEL dan TENYEH......muahahahaha.....

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak kongsi satu lagi resepi. Aku rasa korang patut cuba resepi ni sebagai kudapan sambil lepak2 depan tv tengok bola ataupun sambil mengadap pc masing2. Nak buat bekal pergi deting kat dalam panggung sambil tengok citer 2012 pun bolehhh....... Muahahahaha....

KUIH SIPUT

Bahan2:

1 cawan planta
1/2 kilo tepung gandum (2 1/2 cawan)
3 sudu makan udang kering yang telah siap dikisar
1 sudu makan bawang putih yang telah siap dikisar
3 sudu makan bawang merah yang telah siap dikisar
3 sudu makan cili kering yang dikisar (ikut suka pedas)
1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil ketumbar (dikisar)
sedikit garam
sedikit daun kari
minyak masak secukupnya

Cara2:

1) Gaulkan tepung gandum bersama dengan planta sehingga sebati.

2) Masukkan kesemua bahan2 yang lain.

3) Adun sehingga adunan/doh boleh digentel dan tidak melekat dijari (pandai2 korang la nak buat apa kalau adunan/doh tu melekat yaa...)

4) Ambil sedikit doh, gentel dan tenyehkan pada acuan kuih siput. Ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.

5) Goreng sehingga masak/garing. Sebelum kuih siput tu masak, jangan lupa masukkan daun kari ke dalam kuali.

p/s: Aku plan nak buat kuih gunting je menggunakan resepi ni. Tapi aku nak gunakan mesin yang hari tu. Jadi lepas ni kuih gunting dah tukar nama kepada kuih mesin.....hakhakhak...

(Stok biskut kat rumah ni dah kehabisan. Maka terpaksalah aku mencari jalan alternatif untuk mengisi kekosongan perut anak2 buah ni....hohoho.....)
.

Thursday, December 10, 2009

Nilai RM sekarang....BERBALOI TAK..???

Assalamualaikum....

Hari ni Khamis. Ada pekan sehari kat tempat aku ni. Oleh sebab mak aku baru je laser mata, maka tugas untuk ke pasar tu jatuh kat aku. Dan inilah yang dapat aku beli dengan rm110....huhuhu...

1 ekor ayam + hati/pedal = rm19.60
1 ekor ikan tongkol = rm14.50
7 ekor ikan kembung = rm13.50
6 keping ikan tenggiri = rm19.00
2 ikat kacang panjang = rm2.00
2 peket tempe = rm3.00
6 ketul tauhu = rm2.00
2 tin susu cili padi = rm6.00
ikan bilis = rm8.00
kentang = rm4.00
bendi = rm1.40
cili merah = rm5.00
3 bungkus serbuk kunyit = rm3.00
1 bungkus garam halus = rm1.00

Jumlah keseluruhan = rm102.00.

Agak2 berbaloi tak jumlah RM dengan jumlah barang yang dibeli tu? Samada berbaloi ataupun tidak, tetap kena beli jugakkan. Abeh tu
camno...!! Kalau nak murah pergi la tangkap sendiri ikan2 tu. Lepas tu, rajin2kan lah diri tu berkebun. Jangan pulak asyik berkebun kat Farmville je.....muahahaha....


Balik je dari pasar, terus masak hati ayam/pedal dengan kacang panjang ni. Lapooo wehhh.....hikhikhik....


p/s: Makin lama makin kecil nilai RM ni. Agak2 tahun depan apa yang dapat dibeli dengan rm100 tu ya....(Baju kecik je dah rm42.90 sehelai....arrggghhhhh.....tensen.....tensen....huahuahua...)
(Kaum lelaki atau para suami yang tak pernah ke pasar tu, janganlah asyik bebel je, pastu kata..."bagi 50 henggetpun tak cukup lagi ke....?" Kang ada jugak yang kena serkup kepala tu dengan jabir gelenya.... hakk3...)
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)