Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Bajet..... Show all posts
Showing posts with label Bajet..... Show all posts

Friday, February 14, 2020

Laksam: Impian terlaksana. 😁😁😁

Assalamu'alaikum.

Laksam: Impian terlaksana. 😁😁😁

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat laksam homemade ni. Bertahun-tahun nak belajar buat laksam tapi tak jugak buat-buat. Tak jugak belajar. Resepi silih berganti tapi buatnya, nan hado. 😂😂😂 


Jadinya, pada 11/2 hari Selasa hari tu, lepas je balik dari pasar, lepas je balik dari pos opis, aku terus memerap kat dapur. Dari pukul 9.30 pagi sampai la ke pukul 12.20 tengah hari, baru siap sepenuhnya laksam aku. Naik gigil dah sebab tak makan apa-apa lagi sejak pagi tu. Sekali hadap laksam ni, licin semangkuk. 🤭🤭🤭 Lepas tu, ulang lagi makan. Licin lagi semangkuk. Patut la perut makin maju ke depan. 😁😁😁.






Untuk buat kuah laksam ni, aku gunakan tujuh ekor ikan sardin saiz yang agak besar. Rebus dengan 4 keping asam keping. Dah rebus, kisar isi ikan tu dengan dua biji bawang besar, dua sudu makan lada hitam biji dan seinci halia. Kisar gunakan air rebusan ikan tadi. Tuang semua bahan ke dalam periuk. Lepas tu, masukkan santan dalam tiga cawan. Tengok pada kepekatan isi ikan tu jugak la. Aku tak suka kuah yang terlalu pekat sebab aku ni jenis yang suka menghirup kuah laksam tu. Tu yang kuah laksam aku tak pekat sangat.


Masak sampai kuah laksam mendidih. Masa masak tu, masukkan balik asam keping yang masa rebus tadi. Perisakan dengan garam. Dah mendidih lama sikit, baru tutup api. Aku tak letak gula sebab aku tak suka kuah yang letak gula. 











Mee laksam aku ni, lepas gulung, aku kukus balik semula sebab nampak macam tak masak dan melekit padahal dah masak dah. Untuk puaskan hati sendiri, tu yang aku kukus lagi sekali. Dah kukus untuk kali kedua, barulah okay sikit mee laksam tu.






Selepas dikukus lagi sekali.


Masa untuk makan...! Jemput makan semua. 😀😀😀





Sedapnya la haiihhh...! Kalau tak sedap, takde la sampai licin macam ni. Haha.


Selalunya aku beli je sebungkus kat pekan sehari tapi hari tu mood rajin nak cuba buat sendiri. Lagipun, dah niat nak makan ulang-ulang sampai malam. 😝😝😝



Resepi dan cara nak buat laksam ni, aku google je. Up status kat facebook pun bukannya ada yang nak share cara dorang buat. Mujurlah ramai yang share dan aku tinggal search je kat facebook tu.


p/s: Omak aku kato, sapo ghajin masak, konyang la poghut kau. Sapo maleh masak, lapar la poghut kau. Haha.
.

Wednesday, February 5, 2020

Cara baiki blender Panasonic yang mati tiba-tiba.

Assalamu'alaikum.

Cara baiki blender Panasonic yang mati tiba-tiba.

Ingat lagi tak pada entri aku yang ini? Ala, entri kisah blender aku yang tiba-tiba je mati tu. Ada baca tak? Ke, takde bacapun? Huhu, sodih den takdo oghang baco. 😂😂😂


Image may contain: indoor
Ini blender lama yang mula-mula rosak dan yang ini la yang aku repair. Model Panasonic MX-800S. Blender yang baharu, yang baharu rosak tu, pun model yang sama jugak.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi, sekali lagi kejadian yang sama berlaku pada blender aku. Masa aku dok kisar bawang, dia pusing sekali je. Lepas tu, dah tak boleh pusing lagi dah. Alahai, apa masalah pulak ni? Dah la blender yang ini baru je kakak aku beli kat Segamat. Dia baru je bawak balik masa cuti raya cina hari tu. Baru je pakai dua tiga kali. Takkan dah rosak lagi? Takkan nak kena beli blender baharu lagi sekali? Mana aku nak korek duit? 


Aku cepat-cepat call abang aku yang kebetulan ada kat bandar sebab nak servis kereta. Aku suruh dia beli blender baharu. Takkan nak suruh kakak aku belikan lagi? Dah la diapun sibuk nak uruskan hal umrah dia sekeluarga hujung bulan ni. Tak nak la aku menyusahkan dia lagi walaupun aku bayar duit blender tu.


Maka, disebabkan geram sangat, akupun mulakan pencarian di Youtube. Habis la juga lima enam video dan website aku tengok. Sadisnya, semua tu dalam versi Indonesia. Orang kita yang Malaysia ni, takde ke yang buat video fasal repair blender ni? 


Akhirnya, aku berjaya membaiki blender aku tu dengan ikut tunjuk ajar dari video yang ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jimat duit aku seratus lebih oii..! Tiga empat kali aku cuba dulu blender tu. Lepas dah puas hati, barulah aku call balik abang aku dan bagitau dia supaya jangan beli blender baharu. Tiga empat kali jugak aku remind dia. Takut la pulak kalau dia terlupa. 


Ini dia videonya. Aku repair blender yang mula-mula rosak dulu tu. Blender yang baharu rosak tu masih lagi dalam guarantee. Nanti masa raya, aku kirim kat kakak aku suruh hantar balik kat kedai yang dia beli tu.






Aku cuma bengkokkan bahagian yang aku bulatkan tu. Aku tak keluarkanpun bahagian button tu sebab susah sangat nak tarik keluar. Kang tak memasal, ada pulak bahagian yang patah. Jadi, aku cuma tolak je besi yang kat jari telunjuk tu, lepas tu, aku bengkokkan besi yang kecil tu dengan playar. Aku fokus betul-betul kat video tu. Takut jugak kalau tersalah nanti. Kang lain pulak jadinya.





Apabila dah repair, blender ni dah takde lock dah. Maksudnya, takde la kita beria-ia pusing sampai ada bunyi 'kluck' baru boleh tekan on. Yang ni, tetap kena pusing jugak, tetap ada bunyi jugak tapi dia takde la lock kuat sangat. Tak kisah la ada lock ataupun tidak. Yang penting, blender yang rosak tu dah boleh berfungsi balik semula. Leganya la haiihhh... Alhamdulillah sangat-sangat. Terima kasih Allah kerana memberikan aku kekuatan untuk berani mencuba. Sebabnya, aku ni kalau bab barang letrik, memang la penakut ya amat tapi disebabkan dah terdesak, maka akupun beranikan diri. Haha.


Cuma, aku nak pesan satu je. Disebabkan selepas repair, dia dah takde lock yang kuat, maka, janganlah main tinggal je masa blender tu sedang berfungsi. Kena pegang bekas blender tu sebab kalau dibiarkan macam tu, takut nanti dia bergegar dan dibimbangi bekas tu akan terkeluar dari putaran. Boleh fahamkan apa maksud aku? Ni sekadar untuk peringatan kita bersama.


Terima kasih banyak-banyak pada Pak Sugiarto atas perkongsian video yang bermanfaát ini. Moga Allah murahkan rezeki yang luas buat bapak dan seisi keluarga. Aamiin.


p/s: Terus aku subscribe channel youtube beliau.😁😁😁 Yang baik, kita follow aje. Tak gitu?
.

Friday, August 2, 2019

Moh ler kita kucai mengucai.

Assalamu'alaikum.

Moh ler kita kucai mengucai. 


Ini perkongsian aku dalam grup #KBJTS. Ada tips dan info fasal penanaman pokok kucai. Ada dari aku dan ada juga dari ahli grup. Kita kan dalam satu grup. Seharusnya saling bekerjasama dan bantu-membantu serta tidak kedekut ilmu. Gitu... 😀😀😀


Aku kongsikan semula gambar yang aku post kat grup KBJTS tu  ya. Harap tak jemu la asyik tengok pokok kucai je. Haha.









Aku tanam pokok kucai guna tanah macam kat bawah ni. Tanahnya jenis peroi dan mudah digembur. Tanah hitam tapi dah siap campur dengan bahan organik yang lain. Satu kampit besar tu, harga dia RM12. Ni harga kat tempat aku la. Mungkin kat tempat lain harganya lagi murah ataupun lagi mahal. Ini hanya tanah sahaja ya. Baja tetap kena letak. Jangan pulak ingat tanah ni dah siap campur baja.




Sebenarnya, untung tanam pokok kucai ni sebab dia tak banyak songeh. Dia mudah sangat hidup dengan syarat tanah kena sesuai dan rajin letak baja. Siram tu memang kena buat selalu la. Dah namanya pokok hidup, tentulah kena siram. Kalau tak nak siram, baik beli pokok plastik yang viral tu. Dah la harga mahal kedaruk tapi tak beri apa-apa manfaat pada bumi dan alam sekitar. Buat bazir duit je. Opppss...! 




Pokok kucai ni, cepat je naik balik daun dia selepas dipotong. Kalau pagi kita potong batang dia, menjelang tengah hari, dah naik dah daun yang baharu. Macam gambar bawah ni, pagi aku potong, tak sampai tiga jam, dah keluar daun baharu. Sekarang, dah panjang jari telunjuk dah daun tu. Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki.




Dah tiga hari berturut-turut aku masukkan daun kucai dalam sayur yang aku goreng. Mula-mula, aku campurkan dalam taugeh kasar. Esoknya, aku masukkan pula dalam sayur pak choy. Dan tadi, aku masukkan dalam kobis bunga pulak. Tapi yang ni aku tak ambil gambar. Malas pulak asyik ambil gambar je. Heh.






So, tunggu apa lagi. Jom la tanam pokok kucai. Mudah je hidup pokok ni. Aku jual daun dan anak pokok kucai ni tapi jual untuk orang yang dekat kawasan rumah aku je la. Nak jual anak pokok secara pos, takut pulak pokok tu rosak. Kang tak memasal orang kata aku tipu. Dah la kos pos mahal. Sebelum kena kecam, baiklah hentikan. Tapi kalau ada yang sungguh-sungguh nak beli anak pokok kucai ni dan sanggup tanggung kos serta risiko, aku boleh je jual. Dapat jugak aku sedikit income. 😛😛😛


Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki aku dan kita semua semakin murah dan melimpah ruah. Aamiin.


.

Saturday, July 27, 2019

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋

Assalamu'alaikum.

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋


Secara jujurnya, aku adalah seorang perempuan yang sangat tidak pandai untuk membuat sambal. Sebutlah sambal apapun, memang aku akan gagal untuk mencapai piawaian. Sedangkan tekak sendiripun tak lepas, apatah lagi tekak orang. Haha.


Aku selalu gagal apabila membuat sambal. Sambal ikan bilispun aku tak pandai nak buat, apatah lagi nak buat nasi lemaknya. Heh.


Maksud aku tak pandai tu, bukannya tak pandai masak atau tak pandai buat. Boleh je masak. Boleh je buat. Maksud aku, aku tak pandai untuk mendapatkan rasa yang wallah..! Selalunya sambal yang aku buat tu rasanya, alahaii... Sendu di tekak sendiri. Kah..!




Jadinya, kelmarin akupun buat la sambal udang ni. Ikutkan nak buat masak lemak cili padi je macam biasa tu tapi dah kerap sangat pulak aku masak macam tu. Tak mencabar la kalau asyik masak menu yang sama aje, kan?


Masak punya masak, akupun makan la nasi dengan berlaukkan sambal udang mabeles aku ni. Sayur takde, makan aje dengan salad yang aku beli di pekan sehari. Petai fresh takde, apa susah, aku masukkan aje petai jeruk yang ada kat dalam peti sejuk tu. Kalau tak buat macam ni, tak luak jugak petai jeruk tu. Dah dia duduk dalam tu, memang sokmo la aku lupa nak makan. Haha.


 Tengok gambaqpun dah kecoq liuq oiii....!


 Satu contoh menu sihat. Itupun kalau nasi tak bertambah la. Maunya tak bertambah? Kahkahkah..



 Tu dia aihhh...! Licin hingga menjilat jari. Jilat pingganpun aku sanggup aiihh.. Hahaha..


Akupun pelik jugak, pasaipa sambal udang aku kali ni sedap ya amat walhal aku masak macam biasa je. 😘😘😘 Bukan senang tau aku nak puji masakan sendiri. Malu oii nak isi bakul angkat sendiri sebab memang tak terangkat punya la. 😁😁😁




p/s: Amacam? Kecoq liuq dak? Dah tu, tunggu apa lagi? Tak gheti-gheti lagi ke nak pi masak sendiri. 😝😝😝
.

Wednesday, July 24, 2019

DIY: Buat sendiri patung atau mannequin.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri patung atau mannequin.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat sendiri patung atau mannequin ni ikut cara aku. Dah lama dah nak cuba buat sendiri tapi manjang la dok tangguh-tangguh je. Tak sangka pulak mood nak DIY tu datang dengan tiba-tiba. Kebetulan, bahan kasarpun ada. So, aku proceed aje la.


Jom la tengok gambar. Gigih tu nak kongsi ilmu. Ilmu la sangat. Kah..!


Mula-mula tu, aku buat macam ni. Aku main lipat-lipat je span dan lepas tu, sumbat lebihan span dan gumpalan surat khabar ke dalam t-shirt tu. Siap aku pakaikan bra yang dah lusuh. 😂😂😂 Lepas tu, bersungguh pulak aku pi pakaikan dia baju. Hahaha.






Kemudian, aku tengok macam tak proper la pulak. Makanya, aku buka balik dan aku buat yang baharu yang lebih proper. Kiranya, elok la sikit kejadiannya. Gigih tu pi selongkar pola dan pi cari kadbod. 😝😝😝


 ^
Tekap pola atas span yang besar dan potong. Buat depan dan belakang. Aku gunakan pola yang lebar bahu dia 15 inci. Rasanya, pola untuk saiz M kot.
v

 ^
Dah siap potong, jahit jelujur keliling badan dan bahu. Tinggalkan bahagian lubang tangan dan bahagian bawah tu dulu. Lepas tu, terbalikkan perlahan-lahan.
v

 Potong kadbod macam ni. Lubang tu untuk kita masukkan span kat dalam badan patung tu.


 Disebabkan kadbod tak cukup lebar, maka kenalah potong kat tengah dan tampal sikit.


 ^
Okay, dah ngam dah saiz dia. Boleh la kemaskan dan stapler rapat-rapat. Dalam tu, ikut suka kita la nak sumbat apa tapi jangan letak benda yang berat macam kekabu ataupun kertas surat khabar. Kang patah pulak hanger sebab berat sangat. Elok letak kapas, span ataupun batting. 
v

Tak berapa kemas. Maka, aku operate lagi bagi kemas sikit. Bahagian span kat leher tu aku stapler untuk elakkan hanger tu bergerak-gerak. Ikut la cara masing-masing macam mana nak buat supaya mannequin tu stabil.


Dan, inilah hasilnya diy mannequin aku tu. 😁😁😁


^
Aku pakaikan dia bra lusuh tapi gambar bra tu tak payah la aku kongsi. Mampuih nanti aku kena kecam. Kahkahkah..! Dalam bra tu aku sumbatkan span. 😊😊😊
v

Barulah nampak kemas sikit, kan? Ke, tak kemas lagi? 
Lantak la haiihhh.. Kakakaka.


 ^
Boleh la kot.. 😐😐😐
v


Aku boleh je beli mannequin secara online tapi aku malas nak bazirkan duit. Baiklah aku cuba buat sendiri. Aku kan jenis yang suka berjimat-cermat dan suka DIY. 


p/s: Benda boleh buat sendiri, buat apa nak bazir duit pi beli? Kan..?
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)