Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, May 15, 2011

Tayang lagi...??

Assalamualaikum...

Tayang lagi...?? 
Ishhh... ishhh... ishhh....

Sekali lagi aku nak menayang gambar makanan. Jangan ada yang cemuih dah la ya. Sian aku, penat buat semua ni semata-mata nak menayang. Ya la kan, nak bagi korang rasa, jauh la pulak. Meh duduk kat sebelah rumah meh.. Boleh gak aku bagi sepiring sorang. Tapi sepiring tu takat tiga empat ketul je dah la. Kang jiran lain tak merasa pulak... kehkehkeh...




Apsal macam gaya orang nak uuukkkk... uuukkkk.. je... hahaha...

As usual, you can get this receipe at my blog dapo. This receipe is so simple. All you need is focus with what you're doing... ecececehhh... Perasan macam chef kat cenel AFC lak... ahakkk...


p/s: Sedih sebab si Gemuk aku mati setelah 3 hari aku tak nampak dia. Puas cari-cari tapi tak jumpa. Sebelum tu dia memang sakit tak lalu nak makan. He's gone a day before my birthday.. R-I-P for you Gemuk.. :'( .Gonna miss the moment that we're sharing together...

Saturday, May 14, 2011

Perjalanan ini...


Perjalanan hidup kita tidak sama antara satu dengan lain. Semuanya berbeza-beza. Semuanya mempunyai liku, bucu, selok dan belok. Semuanya bergantung kepada cara kita sendiri bagaimana untuk meneruskan perjalanan yang terbentang di depan mata. Mahu pilih jalan yang lurus ataupun yang bengkang-bengkok, terpulanglah..

Sedari kecil perjalanan hidup kita diatur oleh orang tua iaitu ibu bapa kita. Ada yang kurang bernasib baik, yang terpaksa meneruskan perjalanan sendiri tanpa bimbingan keluarga. Ada juga yang menumpang kasih dengan orang lain dan seterusnya akur pada perjalanan hidup yang telah dijadualkan untuk mereka. Dalam apa bentuk sekalipun perjalanan hidup kita ini, berfikirlah dengan sewaras-warasnya jika ingin membuat keputusan tanpa dibelenggu rasa terhutang budi.

Hari ini merupakan hari menyambut kelahiran seorang adik 'angkat' aku. Satu-satunya orang luar yang aku angkat sebagai adik. Sebetulnya, aku kurang menggemari perkataan 'angkat' ini. Ianya seperti menjerumuskan aku ke dalam perumpamaan 'isi bakul angkat sendiri'. Jika tidak mampu untuk mengangkat bakul berserta diri kita itu, kenapa mesti nak berangkat-angkat dengan orang lain..?

Aku menganggap dia sebagai kawan. Kawan rapat walaupun jarang ber-sms. Kawan akrab walaupun cuma dua kali atau tiga kali setahun mendengar suara melalui telefon. Aku hormati dia yang sehingga kini menganggap bahawa akulah yang menjadi punca pertemuan antara dia dan suaminya yang kini mencecah usia hampir 17 tahun perkahwinan mereka. Segala-galanya adalah ketentuan. Aku hanyalah sebagai 'orang tengah' sahaja. Itu sudah jodoh kamu dik. Tak perlulah terus-menerus melahirkan rasa terhutang budi kamu itu.


p/s: Semoga perjalanan hidupmu diberkati Allah selalu. Semoga tiada kesakitan yang mengiringi perjalananmu itu. Andaikata perjalanan kamu diuji, kuatkanlah hatimu, teguhkanlah imanmu, kerana sesungguhnya Allah sayang akan kamu...

Thursday, May 12, 2011

Cara untuk tambah ADD A GADGET kat atas HEADER..

Assalamualaikum....

Cara untuk tambah ADD A Gadget kat atas HEADER..

Kali ni aku nak cuba bagi tutorial untuk menambahkan ruang ataupun add a gadget kat atas header bagi sesiapa yang ingin meletakkan iklan Nuffnang kat situ. 

Sebelum buat apa-apa perubahan, sila backup template korang dulu ya. Bila dah buat perubahan, jangan terus tekan SAVE, tapi tekan PREVIEW dulu. Jika takde ERROR yang keluar, barulah tekan SAVE.

Sepertia biasa, masuk kat Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Ctrl + F > dan tulis perkataan showaddelement kat tetingkap yang keluar tu seperti gambar kat bawah ni:


Lepas tu, korang hanya perlu tukarkan angka '0'  dan perkataan 'no' tu iaitu yang bernombor 2 dan 3 seperti gambar di bawah:


Tukarkan '0' tu kepada angka yang dikehendaki. Kalau nak tambah dua (2) ruang kat atas header tu, maka gantikan '0' tu dengan '2'. Manakala perkataan 'no' tu ditukarkan menjadi 'yes' dan ianya akan kelihatan seperti gambar di bawah:


Bila dah PREVIEW dan takde ERROR, boleh la tekan SAVE. Lepas tu barulah boleh drag gadget atau alihkan iklan Nuffnang tu kat atas header. Perlu diingatkan bahawa hanya iklan Nuffnang berbentuk LEADERBOARD (728 X 90) yang perlu berada samada di atas ataupun di bawah header.

Semoga ini dapat membantu. Kalau tak menjadi, cuba dan cuba lagi. Jangan malu untuk bertanya kepada Encik Google ya.. Jangan tanya aku sebab akupun tak pandai sangat bab-bab tutorial ni. Sikit-sikit tu bolah la...

p/s: Sekadar berkongsi sahaja. Kalau tak menepati apa yang dicari, maafkan aku ya..

Wednesday, May 11, 2011

Kalau panas, kita tolonglah sejukkan... :-)

Assalamualaikum...

Kalau panas, kita tolonglah sejukkan... :-)

Panas betul sekarang ni kan..? Aku ingatkan kat tempat aku je yang panas. Rupa-rupanya semua tempat panas. Duduk dalam rumahpun dah berbahang dah. Rasa macam ada bara api kat sebelah badan. Pegang lengan sendiri rasa macam pegang buluh lemang yang baru masak.. 

Macam mana la dengan orang yang kerja bina bangunan tu ehh. Kesian kat mereka yang terpaksa berjemur di bawah pancaran matahari demi mencari sesuap nasi. Orang yang kerja kat tempat yang ada aircond tu patut bersyukur sangat-sangat...

Bagi mengurangkan tahap kepanasan ni, apa kata kita pakat ramai-ramai pindah dan tinggal kat pinggir sungai. Kalau dapat bina 'rumah' macam kat bawah ni, okay jugak, kan... Asal panas je, boleh celup kepala kat dalam air tu. Kalau nasib tak baik, terus kepala tu kena ngappp dengan sang buaya... kehkehkeh...

Semuanya percuma kat sini. Tak payah bayar 30 sen kalau nak melepas... hakhakhak..

p/s: Gambar ni aku cilok kat page Ujang... heeee... Jom pakat ramai-ramai Like page Ujang ni. Dia sempoi dan tak sombong.. Orang noghori manade sombong, kan.. kan.. kan... :-D

Tuesday, May 10, 2011

The great moment for me.. weeee...

Assalamualaikum....

The great moment for me.. weeee....

**Belasah je la.. Betul ke tidak BI aku ni.. Kalau ada yang nak tolong betulkan, boleh aje... =)

Memang sengaja aku post lambat pasal ni. Bagi chance kat blogger lain yang post dulu. Buat apa la nak terburu-buru. Aku bukannya giler kejar traffic.. Apa yang penting, I feel good..!!! 


I really enjoy watching this game. Tak tau la kenapa. Maybe aku dah terhidu akan kemenangan Manchester United ni kot... Glory Glory MU.. kehkehkeh...

Aku jugak tak faham kenapa ada orang yang suka bergaduh, berperang mulut, memaki hamun hanya kerana bola. Orang yang main bola dapat ganjaran. Awak yang gaduh-gaduh tu satu apapun tak dapat. Konon-konon dapat kepuasan la tu... Euuuwww....!!!



p/s: Don't leave your comment if you don't like this entry... =D

Melayan selera yang tak pernah puas..

Assalamualaikum...

Manusia ni memang tak pernah merasa puas. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan selera. Melayan selera yang tak pernah puas ni amatlah menyakitkan dan meletihkan serta memudaratkan. Betul tak..? Hahaha...

Malam tadi mak aku masak lauk sambal tempoyak petai ni. Sempoi je menu makan malam kitorang. Biasa la selera orang kampung, ni je yang termampu.... Alhamdulillah...

Disebabkan aku macam takde mood nak makan nasi, maka akupun tak makan la lauk ni. Tak kan la nak ratah pulak, kan.. Tak baik moncolungap ni... ngehngehngeh.. Nampak gayanya esok je la aku makan ko ehh... hehehe...

Cuba korang tengok kepekatan sambal tempoyak petai ni. Pergghh...!!! Kalau orang yang memang jenis suka makanan kampung camni, mesti menambah nasi punya la. Aku pulak tak tahan pedas, tak berani nak makan banyak sangat. Sia-sia je jadi orang Negeri Sembilan tapi tak tahan pedas. Dulu aku makan la pedas-pedas ni. Sekarang ni je tak makan sangat sebab ada gastrik. Takut gastrik tu menyerang kembali. Tu yang kena tahan nafsu tu. Kalau tak, dah lama dah sambal tempoyak ni selamat aku bedal.. hahaha...

Wallaaaa....!!!

Sebagai gantinya, malam tadi aku makan sate warisan ni haa.. Aku mintak tolong abang aku yang belikan 20 hengget. Bukan aku makan sorang tau. Abang dengan mak akupun makan sama. Melampau la tu nak kata aku yang makan sate sampai 20 hengget tu.. caaiittt... Ni pun masih ada balance lagi. Tak larat dah nak makan padahal bukannya banyak manapun 20 hengget tu. Satu cucuk 60 sen. So, kira sendiri la ehh berapa cucuk yang dapat dengan harga 20 hengget tu. Aku tak pandai nak kira. Aku pandai makan jeww... kehkehkeh...

Ni balance sate yang tak cukup kuah... huhuhu... Nak kena komplen ni... wahahaha...

p/s: Seperti biasa, siapa yang nak cuba resepi sambal tempoyak tu, boleh la usha blog dapo aku tu ehh.. Korang boleh jugak pergi kat tab RESEPI ni untuk mencari resepi yang lain untuk dicuba. Tenkiu ya... =D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)