Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 6, 2011

Menu wajib masa raya...

Assalamualaikum..

Menu wajib masa raya...

Menu wajib dalam keluarga aku masa raya samada raya puasa ataupun raya haji kecuali raya deepavali adalah lemang, rendang dan sup gearbox.. Kalau salah satu daripadanya takde, macam tak lengkap je raya terutama sekali raya puasa la. Mau meraung kalau semua ni takde... Banyak atau sikit, belakang kira.. Janji ada... :D

Raya haji kali ni kalau ikutkan memang tak nak buat lemang sebab hari hujan sokmo. Tapi, abang aku yang cikgu tu dah siap belikan buluh lemang berserta dengan daun pisangnya sekali. Lantas, mak akupun cakap la kat aku, kono buek jugak la lomang ni. Bang Lang kau dah siap boli buluh dah.. Daun pisangpun ado..

Apa lagi alasan yang ada untuk tidak membuatnya, kan... Maka, kami yang ada kat rumah ni pun bergabung la tenaga bagi menjayakan misi. Mak akupun tak terkecuali. Dah la dia macam nak pitam je sebab takde selera nak makan, tapi nak jugak buat kerja. Risau agaknya sebab tengok hari dah petang dah tapi lemang belum lagi dibakar.. Aku siapkan sup gearbox dengan rendang dulu. Dah setel kedua-duanya, baru mula buat lemang ni.. Mana yang leceh dan agak susah tu kena buat last sekali..

Dalam keadaan sekejap hujan, sekejap berhenti, terpaksa pulak buat atap tambahan untuk cover api tu dari basah. Mujurlah otak aku masih berfungsi dengan baik untuk segera berfikir mencari idea.. Syukur alhamdulillah sebab belum lagi sewel.. Amin3.. Dan syukur jugak sebab abang dan anak buah aku tu pantas mengikut arahan... :-)

Api, tugas abang aku untuk nyalakan dia.. Kayu api, tugas dorang berdua hangkut bawak naik ke atas.. 

Kali ni tugas mengisi daun pisang ke dalam buluh menjadi tugas aku sepenuhnya tanpa pengawasan dari mak aku. Siyesli, pada mulanya aku terkial-kial mencari rentak. Tak tau macam mana cara yang betul untuk masukkan daun tu walaupun dah selalu tengok mak aku buat. Kalau dulu pandai cakap je.. Sekarang padan muka, kena buat sendiri.. Baru tau macam mana susahnya.. hahaha... Asal masuk je, daun tu terkoyak. Dah mula nak givap dah ni. Tapi bila difikirkan semua benda dah sedia ada, tak kan aku nak berhenti macam tu je , kan... Syukur sebab tahap kesabaran aku tinggi masa buat semua kerja ni... :P

Akhirnya, berjaya jugak aku menghabiskan tugas paling mencabar ni.. hahaha... Malahan, mana-mana daun yang kurang elok yang dah diisi kat dalam buluh tu, aku keluarkan balik semula dan gantikan dengan daun yang baru. Betapa gigihnya aku berusaha... Silalah ikuti usaha kegigihan aku ni ya... kehkehkeh....

Ada 14 batang lemang saiz sederhana berjaya dibakar...


Inilah lemang yang 'kami' buat. Tengok la daun pisang yang terkucil tu.. hehehe... Lemang ni kurang padat sikit sebab kurang hentakan.. Abang aku kata tak ketuk.. Ada ke hentak lemang tu dia kata ketuk.. hahaha...


As usual, sup gearbox ni aku yang buat.. Tapi aku tak makanpun sebab takut pitam. Apatah lagi nak sentuh isi kat dalam tulang yang menjadi rebutan tu... Sedap ke, tak sedap ke, itu kena tanya tukang makan...

Lepas je siap susun lemang tu, aku mintak tolong anak buah yang darjah lima tu picitkan betis aku. Rasa macam tak boleh nak berjalan dah sebab seharian dari lepas subuh sampai ke malam dok ulang alik dari dapur ke luar.. Aku cakap nanti aku belikan aiskrim kalau dia urut kaki aku. Tadi dia mintak aiskrim tu dan aku bagi dia dua hengget...

p/s: Hari ni aku tak masak..  Makanan masih ada lagi kat dapur tu. Budak-budak pulak leka main game je.. Masing-masing bawak laptop balik.. Dorang ni kenyang main game dari kenyang makan.. huhuhu... Aku lak kenyang makan lemang je.. Balas dendam sebab raya puasa hari tu tak puas makan lemang... hehe..

Saturday, November 5, 2011

Mood baik datang lagi.. kehkehkeh...

Assalamualaikum...

Mood baik datang lagi.. kehkehkeh...

Esok dah raya dah iaitu aya korban atau disebut juga sebagai hari raya aidil 'adha. Memandangkan takde sumbangan kuih raya untuk raya korban ni, maka, aku rajinkan diri untuk buat sejenis dua biskut raya. Bukan apa, kesian kat anak-anak buah yang kecil ni haa.. Dorang mana tau nak bezakan raya puasa dengan raya haji ni.. Yang dorang tau, asal raya je mesti ada kuih raya dan duit raya.. huhuhu...

Duit raya..?? Kalau setakat nak bagi sorang singgit untuk anak-anak buah cilik aku ni takde hal punya la.. Budak-budak yang belum akil baligh ni tak sampai sepuluh orangpun. Jangan dorang demand dah la.. Kang langsung aku tak bagi satu sen pun... hahaha...

Ikut suka aku je nak letak apa kat atas tu... :P

Aku cuba buat biskut badam ni.. Main hentam je menerap. Tebal nipis belakang kira. Tapi, tengok gaya macam nipis je biskut tu.. Tak pandai aku nak meng-ejas ketebalan yang sesuai untuk menerap ni.. Nama je biskut badam sebab aku letak serbuk badam dalam adunan tu. Sepatutnya kena letak hiasan badam cincang kat atasnya tapi aku letak kuaci la pulak. Badam cincang tu ada, tapi aku nak buat biskut coklat chips.. Dah plan dah ni... hehehe...



Lepas tu, aku sumbatkan cornflakes yang digaul dengan madu dan butter cair ni kat dalam crust/kulit untuk bluberry cheese tart ni. Malas pulak aku nak isi dengan cream cheese. Kebetulan cornflakes stok raya puasa dulu belum terusik lagi. Tu yang aku main bedal je tu.. Manakala kulit tart tu lebihan raya puasa hari tu jugak yang anak buah aku bawak balik sini. Ada sikit je lebihan kulit tu..



Ni kalau budak-budak cilik tu yang makan, tak sampai setengah jam dah selamat dah agaknya... Tak kisah la kan, janji dorang makan dan bukannya dorang buang dalam longkang.. Kalau buang tu maknanya tak sedap la tu... ngehngehngeh...

Akupun cuma makan sebiji je sekadar merasa. Sanggup tinggalkan untuk budak-budak ni balik nanti.. 



Dan, aku baru je selesai buat biskut coklat chip ni... Macam biasa, buat dua adunan tapi dapat ciput je... huhuhu... Sekali pandang macam cokodok je kan... hehehe...

Sedap.. Rangup je.. 
(Sendiri buat, sendiri makan, sendiri puji sedap... kehkehkeh....)


Sempena kedatangan hari raya korban ni, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidil 'Adha kepada semua kawan-kawan followers + bloggers + stalkers dan semua umat Islam walau di mana anda berada.. Maaf zahir dan bathin yang aku pinta.. 

Semoga kakak aku dan suaminya serta seluruh jemaah haji yang lainnya sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sebaik mungkin.. Semoga mereka semua kembali dengan selamat.. 

p/s: Doakan sama kesejahteraan mereka ya kawan-kawan.. Amin...

Friday, November 4, 2011

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Assalamualaikum...

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Ini adalah komen yang masuk kat entry aku yang ini... Dah agak lama jugak komen ni berada kat situ.. Macam mana la aku boleh terlepas pandang.. Disebabkan itu, maka aku panjangkan komen tersebut kat blog ini dengan harapan agar ada yang prihatin dan simpati.. 


Semoga bantuan untuk Hairuman tidak terhenti di sini.. Semoga ada lagi hamba Allah yang prihatin untuk membantu beliau sebagaimana yang diharapkan oleh kakak beliau.. Semoga mereka semua semakin kuat dan tabah dalam mengharungi ujian Allah ini...

p/s: Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Memikul tugas dan menggalas tanggungjawab itu yang berat sebenarnya..

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #16: Mangkuk hayun betul laa... :D

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #16: Mangkuk hayun betul laa... :D


Apabila berhadapan dengan mangkuk hayun sebegini, apa reaksi awal anda..? 
:
:
:
:
:
Mahu mencari yang lain namun cuma itu je yang ada...
:
:
:
:
:
Kepunyaan awam pulak tu... ahahaha...
:
:
:
:
:
Dalam keadaan yang amat terdesak, tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah...
:
:
:
:
:
Sanggupkah anda masuk dan duduk dengan tenang atas mangkuk hayun macam ni untuk melepaskan hajat yang sangat membuak-buak tu...
:
:
V
Mesti ada yang berjoget-joget sambil terkepit-kepit kat depan pintu ni dulu... hahaha...
Tutup mata weiiii...Laugh 


p/s: Terbantut mood nak melepaskan hajat yang besar tu gamaknya... ihikk...

Tuesday, November 1, 2011

Entry tertunggak.. hahaha...

Assalamualaikum..

Entry tertunggak.. hahaha...


Entry ni aku taip masa aku kat Nilai hari tu. Namun disebabkan takde mood nak berblogging masa tu, maka entry ni aku simpan dulu kat dalam draft. Ni baru je nak publish. Kiranya ni entry basi la.. Kalau nak baca, silakan.. Kalau tak nak baca, takde hal punya.. Biar aku sorang je yang baca... kehkehkeh..

It's been a week aku kat Nilai ni. Dah rasa macam mendap je otak aku ni haa... Mujurlah sehari lepas sampai sini aku pergi cuci mata kat Nilai 3. Mendapat la tiga keping tikar terbang dengan dua helai karpet murah. Murah-murahpun , mendap jugak la duit mak aku. Mendapat la si Pakistan penjual tikar terbang tu... Lepas beli tikar tu, terus je balik. Niat memang nak beli tikar, so, jangan melencong dari tujuan asal.. Bahaya kalau tersasar... ahahaha...

Then, tikar-tikar tu semua ikut abang aku balik ke rumah dulu sebab kereta kosong. Rupanya, kakak ipar akupun beli sehelai tikar terbang tu jugak. Masing-masing dah ada plan untuk penuhkan kereta yang kosong tu. Bijaknya kepala otak kitorang.. Selalunya asal nak beli tikar je, kereta penuh dengan orang dan barang. So, masa kereta takde penumpang ni la kasi sumbat dengan tikar-tikar ni... kehkehkeh...

Lepas tu, dari hari Isnin sampai Rabu aku duduk kat rumah kakak aku ni je. Boringnya Tuhan aje la yang tau. Kalau kat rumah sendiri, takde la boring sebab dah namanya rumah sendiri. Kat sini boringnya lain laa... Boring sebab apa tau..? Sebab kat sini takde kedai yang berdekatan. Kalau nak beli barang, mesti kena pergi pekan Nilai tu haa.. Jauh la jugak sebab kena naik kenderaan. Kalau kat rumah aku, bersepah-sepah kedai. Nak jalan kakipun boleh.. Ni tak, nak beli telur satu sarangpun kena pergi Mydin kat Nilai nun... Tak berbaloi rasanya... huhuhu..

Khamis, aku pergi Kuala Lumpur dengan dua orang anak buah aku. Memang dah plan nak pergi hari Khamis tu sebab takde la ramai sangat orang kat area jalan TAR tu nanti. Aku nak pergi cari tracksuit tapi tak jumpa lak. Lepas tu adik aku kirim belikan baju untuk anak dara dia. Tak jumpa tracksuit yang aku berkenan, aku beli pulak sebuah beg galas. Lepas tu, budak berdua tu masing-masing beli selipar. Penuh la beg baru aku tu dengan empat pasang selipar... huhuhu...


Penat berjalan, pergi penuhkan perut kat Sogo walaupun aku sebenarnya tak suka makan kat sini. Masuk ni dah tiga kali aku makan kat atas tu dan makanannya sangat la tidak sedap. Kali ni aku makan laksa penang yang masam bercampur manis. Semangkuk lima hengget. Tak sedap tapi mahal.. Lepas tu tergigit daun apa tah. Ingatkan daun kesum tapi rasa dia semacam je.. Mungkin daun pudina kot... Makan jugak la laksa tu sebab perut dah lapar. Kang kalau aku pengsan, siapa lak yang nak angkat... :P

Budak dua orang ni laju je makan.. Berlendir je kuah mee tu aku tengok... Idok la aku nak makan benda cenggini... 

Sebelum balik, beli sedikit buah tangan berupa makanan untuk orang yang tinggal kat rumah. Balik awal sebab tak nak bertembung dengan orang balik kerja. Itupun aku terpaksa berdiri dalam LRT dari Sogo tu sampai ke Bandar Tasik Selatan dan berdiri pulak dalam komuter dari situ sampai la ke Nilai. Krem kejung betis aku ni... gggrrrr....

Ohh ya, masa pergi tu, kitorang turun kat TBS dan jalan-jalan kat dalam tu sekejap. Kalau singgah situ masa balik nanti, konpem badan dan kaki dah penat. Tu yang singgah masa pergi tu sebab tangan masih lagi kosong takde barang. Tempat pertama yang dituju ialah tandas... hahaha.. Bila lagi nak lepaskan hajat kat tempat yang canggih ni, kan.. Tapi.... Tapi.... Tapi... Tandas dia punya la jauh nun di hujung sana... Kalau siapa yang sistem penahanan dia tak kuat, mau ada yang terburai kat tengah-tengah laluan tu... Terburai kentut takpe sebab tak kan ada yang dengar sebab laluan tu lengang je.. Jangan terburai isi perut dah la... huhuhu...

Siap ada kerusi meja kat tempat salin pampers baby tu.. Kalau ada wifi free, boleh berfesbuk kat situ... Para ibu kan suka berfesbuk.. :P


Tanda aku dah sampai kat sini.. ahakkk...

p/s: Lepas ni kalau turun Nilai lagi, aku nak pergi Port Dickson lak.. Tapi sekarang ni musim hujan.. Ombak mesti besar.. Takutttttt... huhuhu...

**TBS = Terminal Bersepadu Selatan = Stesen bas untuk ke selatan (Melaka - Johor - Singapura).

Monday, October 31, 2011

Mood riang ria... :D

 Assalamualaikum..

Mood riang ria... :D

Seminggu aku berada di rumah kakak di Nilai/Labu...
Pelbagai mood yang keluar...

Kali ni aku cuma nak tempek beberapa gambar dalam mood riang ria sewaktu berada di rumah kakak aku tu. Banyak gambar sebenarnya, tapi malas nak upload. Sikit-sikit dah la. Sekadar buat syarat wajib tayang je... ahakk... 

Antara mood riang ria tu adalah:

-1-
Buat muffin coklat chip versi save badget. Guna je papercup yang sedia ada sebab malas nak beli yang saiz besar.. :D

-2-
Seronok bercampur takut melihat sekumpulan lembu semasa berada di stesen komuter Labu.. Meriahnya la haiihhh.. :P

-3-

Melihat keasyikan sepasang itik jiran yang tanpa segan silu keluar berdating kat lopak air kat belakang rumah.  Mula-mula tu sekor je yang datang. Esoknya dia bawak pulak makwe dia datang sekali. Terkedek-kedek je pasangan ni berjalan. Dengan tonggek bontot masing-masing, ke kiri dan ke kanan. Rasa macam nak lastik je bontot dorang tu... hehe... Pastu, siap berenang-renang lagi tu.. 

Sementara hujan ni, boleh la lepak situ sebab tempat tu air bertakung. Bila dah panas esok, ko pergi la main kejar-kejar kat longkang tu balik ya itik.. kehkehkeh...

-4-
Kena serbu dengan pencegah maksiat... Moncicit si jantan tu lari dulu.. Yang si betina tu terhegeh-hegeh nak menyelamatkan diri... Apa punya pakwe daaa... Pengecut....!!! Muahahahaa...

-5-
Meraikan kemenangan Negeri Sembilan... Suka sangat menang sampai naik atas meja.. Siap pegang kipas tu... :D


p/s: Meluat pulak dengan orang yang sensitif tak bertempat. Ko provoke aku boleh. Bila aku provoke ko, tau pulak ko melenting... Gila babun punya orang... Tak kuasa aku nak melayan haiihh...

angry
Kan dah bertukar jadi hijau dah.. Namun masih lagi dalam mood riang ria... hahaha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)