Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Dalam seronok, ada juga yang tak seronoknya... ggrrr....

Assalamualaikum...

Dalam seronok, ada juga yang tak seronoknya... ggrrr....

How's your holiday..? Ada baik ke tara baik..? Seronok tak cuti-cuti Malaysia..? Pergi mana je korang cuti raya cina hari tu...? Aku tak ke mana-manapun, just stay at home like usual.. Terbaik punya percutian.. kehkehkeh... Takde bajet nak jalan-jalan makan angin macam korang.. Nak jalan-jalan naik keretapun tak cukup bajet, apa lagi nak naik belon.. huhuhu..

Cuti hari tu rumah aku penuh dengan sepupu sepapat iaitu anak-anak arwah makcik aku (kakak mak aku..) bersama keluarga masing-masing. Dua keluarga tu datang pada hari Ahad manakala empat keluarga lagi datang pada hari Isnin. Adik-adik aku dengan keluarga dorangpun ada balik jugak. Kakak aku yang duduk kat Labis tu pun balik jugak tapi dia dari jalan-jalan ke Terengganu dan Rantau Panjang. Banyak jugak keropok losong yang dia bawak. 

Memang havoc la sekejap rumah ni.. Penuh kiri-kanan jalan dengan kereta. Dah macam ada kenduri merisik la pulak.. hehe.. Paling seronok dah semestinya mak aku la.. Macam-macam yang dia masak dengan bantuan kakak aku tu sampaikan sepupu aku cakap, duduk sini asyik makan je.. Ada rezeki, makan je la, kan.. Lagipun dorang ada jugak bawa kuih-kuih frozen serta sayur yang dibeli di Cameron Highlands. Aku cuma masak air dengan masak nasi je dan sediakan bahan.. hehehe... 

Kesemua sepupu aku dan keluarga dorang balik petang Isnin tu jugak.. Kakak aku balik lepas zuhur hari Selasa. Adik-adik aku balik waktu subuh sebab nak mengelakkan dari tersangkut jammed.. 

Dalam keadaan ramai-ramai macam ni, ada je benda yang tak diingini berlaku. Ibarat rezeki, datang tanpa kita duga. Begitu jugak halnya dengan musibah, datang tanpa kita minta... huhuhu.. Masa terdesak ni la dapur gas dengan mesin basuh kat rumah ni rosak. Mana nak masak lagi.. Mana nak mencuci kain baju yang melambak lagi.. Memang menyakitkan hati betul.. Ggrrr....

Mujurlah kat rumah ni ada dapur spare dan boleh la digunakan. Tapi mesin basuh, mana nak cekau..? Adik ipar aku dah siap bawak balik dua plastik hitam yang penuh dengan baju kotor sebab mesin basuh kat rumah diapun rosak jugak. Punyalah jauh bawak balik baju-baju tu dengan harapan yang menggunung. Tup-tup sampai je kat rumah, terus lemah semangat sebab mesin basuh tak boleh nak berfungsi. Tak kan nak bawak balik semula kain baju kotor tu, kan.. Nak mencuci manual..? Tak sanggup dia.. 

Mujur juga rumah abang aku dekat dengan rumah mak aku ni. So, adik aku tadi pergilah bawak kain baju dia ke rumah abang. Menumpang mencuci kat sana.. Selepas dorang semua balik, jadi tugas aku la pulak mencuci kain baju yang menimbun yang ditinggalkan kat bilik mandi. Aku malas nak pergi rumah abang, so, aku cuci sendiri je la. Dah berzaman tak mencuci baju banyak-banyak macam ni. Rasa macam nak patah pinggang aku mencuci tiga besen besar kain baju.. Huwaaaaa....

Semalam, mak aku pergi ke bandar. Beli dapur dan mesin basuh baru.. Nampak gayanya tak dapat la nak menyimpan lagi untuk kenduri besar lepas raya nanti. Musibah, kenapa la kau datang kat orang yang tak berduit macam kami.. Kan elok kalau ko pergi kat orang kaya-kaya yang dah tak tau nak buat apa dengan duit dorang tu... ehehh....

p/s: Cukup la cerita sikit-sikit je... Ni pun dah panjang jadinya.. adeiii... Bukannya seronok baca cerita merapu panjang-panjang ni, kan.. Mesti rasa nak skip je... kehkehkeh...

Wednesday, January 25, 2012

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..

Assalamualaikum...

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..


Bosan, bila mengadap benda yang sama setiap hari namun masih lagi boleh bertahan.. Bertahan atas sebab yang tertentu, yang hanya kita sendiri lebih tahu.. Orang boleh nampak airmuka 'bosan' kita namun mereka tidak akan dapat menyelami rasa kebosanan tersebut..



Bosan menanti namun terpaksa juga meneruskan penantian... 
Penantian satu penyiksaan yang sangat membosankan...




Bosan buat kerja yang sama namun terpaksa buat demi tuntutan kehidupan... 
Takde kerja takde duit... Takde duit, hidup merempat dan tersepit... Ko nak ke hidup macam tu..?





Bosan sampai tak boleh nak buka mulut... 
Diam adalah lebih baik daripada berkata yang bukan-bukan sebab orang yang sedang bosan ni boleh create any words..




Bosan sampai keluar semua taring.. Manjang nak marah je..
Dah kira macam naik hantu dah.. Bahaya ni... huhuhu...





Bosan tahap cipan sehingga mengambil langkah penyelesaian dengan tidur... 
**Macam aku... kehkehkeh...


Bertambah bosan bila mengadap orang yang tak reti bahasa ni. Memang susah nak kawal perasaan tatkala berhadapan dengan golongan sebegini. Kadang-kadang sampai satu tahap dah tak boleh nak tahan dah.. Betul-betul menguji kesabaran yang semakin hari semakin menipis... 



Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang tak reti bahasa dan tidak memahami hingga menyebabkan kita sendiri menangis.. huhuhu...


Dalam apa jua aspek bosan tadi, kita terpaksa akur dan kenalah pandai memujuk hati. Jangan biarkan emosi menguasai akal fikiran walaupun kita tahu emosi yang tidak terkawal ni memang sukar untuk dibendung.. Berkata sabar itu mudah, just say it. Melaksanakan sabar itu yang sukar... 

Akupun tengah bosan jugak ni.. Dalam bosan-bosan aku tu, siap jugak la laksa Penang aku.. Tapi gambar takde kat sini.. Malas nak tepek sebab mee laksa sedang direbus atas dapur.. Kalau rajin, aku tepek kat fesbuk aku je laa.. ehehh... 

p/s: When we say don't, they do.. When we say do, they don't.. Degil atau bebal..?

Sunday, January 22, 2012

Berasap la korang... adehh...

Assalamualaikum...

Berasap la korang... adehh...

Asal ada cuti je, semua kejar nak balik kampung. Asal cuti je, semua dok pakat pergi holiday.. Asal cuti je, semua sibuk buat gathering.. Asal cuti je, jalanraya mulalah penuh dengan asap yang luar biasa... 


Gambar ni aku cilok dari fesbuk orang.. :-)

Anak sedara aku balik ikut jalan dalam sebab dia tau jalan memang akan jammed teruk punya. Dia masuk kat RnR Genting Sempah dan keluar kat Bentong. Dulu aku pernah ikut jalan tu masa ada tumpahan minyak kat highway Gombak.. Jalan lama tu sempit sikit dan sunyi. Tidak digalakkan ikut jalan tu tanpa teman, lebih-lebih lagi di waktu malam.. Tapi kan, kat laluan jalan lama tu ada air terjun dengan kolam air panas.. Pastu suasana nyaman dan redup serta sedikit menyeramkan.. Serius, ada satu-satu masa tu bulu tengkuk aku meremang semacam je.. huhuhu...

Dua tahun lepas aku ada ikut jalan tu dan nampak la kolam air panas tu sebab masa tu hari siang. Cuma yang sedihnya, kolam tu nampak macam tak berjaga je sebab banyak daun-daun gugur kat dalamnya.. Sayang dan kesian pulak menengoknya.. Sekarang ni aku tak tau macam mana keadaannya. Harap-harap sudah dibaik-pulih.. 

p/s: Berasap la ponggong... Berasap la hati... Berasap la muncung... Berasap la kereta.. Ehh, kereta memang berasap pun... hehe.. Sabar banyak-banyak ya sayang.. Banyakkan istighfar.. Jangan pulak memaki hamun. Kesian kat hati tu. Makin sakit jadinya kalau selalu memaki hamun ni..



Berzikir adalah lebih baik daripada mengeluh... La ila haillallah...

Saturday, January 21, 2012

Berderau sekejap jantung aku... huhuhu...

Assalamualaikum...

Berderau sekejap jantung aku... huhuhu...

Semalam, usai je solat Zuhur, tiba-tiba mata aku terpaku kat satu benda ni. Masa mula-mula solat tu takde pulak aku nampak kelibat dia. Bila aku dah separuh berdoa, terus je mata terpandang kat situ. Serta-merta berderau jantung aku. Cepat-cepat aku aminkan doa. Cemas seketika.. huhuhu...

Lepas tu, akupun mula la terhendap-hendap. Perlahan-lahan aku tengok apakah benda tadi. Dari jauh tak berapa nak jelas sangat. Cuma nampak cara dia 'terbaring' kat atas lantai tu yang menjadikan aku cuak tu..

Aku semakin mendekat. Dalam debaran jantung yang semakin kencang, aku beranikan diri menghampiri.. Dup dap dup dap je jantung aku ni.. adoyaiii... 


What do you think when the first time you see this..? What's on your mind...? 
Cehh.., dah macam update status fesbuk lak... hahaha...


Akhirnya, setelah bertarung seketika dengan debaran yang menderaukan jantung aku, maka akupun dapat la menangkap benda yang 'terbaring' tadi. Rupa-rupanya aku tertipu dengan mata aku sendiri.. Mujurlah aku tak terpengsan dulu masa mula-mula tengok dia tadi.. huhuhu...


Cisssssssss....!!!  Gara-gara engkau, aku hampir pengsan... adehhh....


Nasib baik masa mula-mula ternampak tu aku tak terus sembur ridsect macam biasa.. Kalau tidak, lagi la haru.. Buek malu yoo sombur ridsect kek tali loop yang disangka anak ular... hahaha...

p/s: Malunya... Mana aku nak nyorok ni.. hehehe....

Thursday, January 19, 2012

Apa ada kat belakang rumah dan dalam rumah..?

Assalamualaikum...

Apa ada kat belakang rumah dan dalam rumah..?

Belakang rumah mak aku ni dah macam hutan kecil sebab banyak pokok. Ada pokok yang dijaga seperti pokok pisang dan ada juga pokok yang tidak diberi perhatian seperti pokok rambutan. Musim buah je baru nampak pokok tu.. hehe.. Itu pokok rambutan kat belakang rumah. Kalau pokok yang kat depan rumah, hari-hari tengok.. 


Nampak tak..? Ada dua tandan pisang menghitung hari untuk ditebang... Suka la mak aku tuu... ehehh...


Pisang lagi.. Yang ni dalam kawasan berpagar. Tanah macam tak sesuai sebab rendah dari jalanraya dan terlalu lembab. Kalau hujan, air boleh bertakung... 


Sejak abang aku balik sini, dia la yang selalu bersihkan kebun kecil ni dengan mak aku. Aku kurang suka pergi kat belakang rumah ni.. Pertamanya, sebab dulu aku pernah ternampak ular hitam. Ada la beberapa kali nampak, tu yang aku fobia tu. Keduanya, tanah kat sini banyak sangat semut hitam. Pantang silap pijak je, dah penuh merayap kat kaki. Nampak je kecil semut ni. Tapi bila menggigit, mau bengkak dan meninggalkan parut. Yang ketiga pulak sebab banyak nyamuk. Aku tak suka nak dermakan darah aku kat dorang.. kehkehkeh.. So, aku jaga bahagian depan dan dalam rumah manakala abang aku jaga bahagian belakang rumah.. Barulah adil, ya tak..?


Rama-rama atau kupu-kupu..? Entah, akupun tak pasti.. Dia asyik ikut aku je.. 


Menumpang... Macam aku jugak la yang menumpang rumah mak aku ni.. Harus sedar diri.. :-)


Okay, habis dah part belakang rumah. Malas nak cerita banyak sangat. Bahaya... ehehh.. Sekarang ni yang ada kat dalam rumah pulak.. Saksikan la wahai duniaa... huhuhu...


Hamboii... Hamboii.. Hamboii... Sedap betul dia bergulung.. Dah macam tenggiling dah... 


Dia lagi...? Dia memang suka tidur kat atas ironboard ni. Tak tau la kenapa.. Bajet manja tapi kena jugak lepuk dengan aku.. Siapa suruh tak dengar kata... kehkehkeh...



Itu je kot entry yang berkaitan. Sekarang ni aku nak tambah sikit.. ehehh....

Mood aku sekarang ialah melayan drama Korea kat Maaduu.. Dah berzaman aku tak tengok Korean ni. Last sekali aku tengok Boys Over Flowers kat astro dulu. Lepas tu dah tak tengok dah.. Dulu pernah tengok kat maaduu ni tapi line streamyx masa tu selow ya amat, then aku stop sekejap. Ni baru nak mula balik sebab line dah macam okay sikit, so, boleh la mula melayan .. At least, aku boleh belajar perkataan baru menerusi subtitle yang ada kat situ.. Bagus jugak dorang buat subtitle dalam BI ni, kannn...

Maaf banyak-banyak sebab aku dah jarang tinggalkan komen kat blog kawa-kawan. Tak komen bukan bermakna tak baca. Aku baca jugak la, cuma takde mood nak mengomen. Tersalah komen nanti ada pulak yang kata bukan-bukan. Kata aku nak ngorat dia la.. Kata aku ni gedik la.. Kata aku ni laser la.. Kata aku ni perasan bagus la.. Kadang-kadang tuan punya blog tak kisahpun kita nak komen apa. Cuma, ada kalanya kawan-kawan yang perasan 'rapat' dengan dia yang banyak songeh dok jadi batu api. Masing-masing bajet 'hot stalker''... haiiyaaa... Malas nak layan orang macam ni.. Buang masa aku je..

p/s: Terima kasih banyak-banyak pada yang rajin singgah kat blog aku ni.. Jangan serik ya datang sini.. O__o

Monday, January 16, 2012

Done..!!! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Done..!!! Alhamdulillah...

Tengahari tadi cermin tingkap bilik jahit aku dah siap dipasang. Ala, cermin biasa je, untuk rumah kampung macam rumah mak aku ni. Tapi kerja dorang belum setel lagi. Rel langsir dorang tak pasang balik semula. Lepas tu dinding dorang belum cat. Nampak gayanya aku tak boleh lagi nak kemas beria bilik ni. Nanti kalau dah susun semua barang, konpem dorang alihkan balik. Tak tau la bila dorang nak setelkan semua kerja ni. Takpe la, at least aku dah bebas dari tinggal dalam gua. Tak lama lagi dah boleh mengundi kat PRU-13.. kehkehkeh...


Malam ni aku nak try mengintai dari luar... Sebelum aku kena intai, baik aku yang mengintai dulu... wakakakaka...


Dalam pada duduk dalam gua tu, kerja menjahit aku kena buat jugak. Kalau lambat buat, lambat la pulak dapat upahnya. Walaupun upahnya cuma seco'et, namun aku tetap bersyukur sebab ianya adalah hasil titik peluh aku sendiri. Boleh simpan untuk beli apa yang ada dalam perancangan. Sikit-sikit lama jadi bukit. Masalahnya, baru jadi busut dah runtuh dah. Camner nak jadi bukit agaknya tu.. hahaha...


Baju kurung kedah... Nak letak selai berapa henggetpun aku tak tau... huhuhu...


Okay la, takde idea dah nak merapu. Aku akhiri entry kali ni dengan pantun dua kerat ciptaan sendiri:

Merapu meraban..
Aku malu, aku segan..


p/s: Dah lama tak buat biskut.. ehehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)