Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 4, 2012

A trip to Port Dickson...


Assalamualaikum....

A trip to Port Dickson... 

Hari Isnin yang lalu, bersamaan dengan 28 May 2012, aku pergi Port Dickson dengan mak dan tiga orang anak buah.. Seorang anak buah tu tukang bawa kereta la, kan.. Nak harap aku bawa, haremmm... ehehh...

Aku memang dah rancang nak ke Port Dickson tu sebab anak buah aku tu bercuti seminggu.. Dah berzaman rasanya aku tak jenguk laut Port Dickson.. Bukannya aku nak mandi, cuma nak tengok laut je.. Sambil-sambil tu, main air kat gigi pantai.. 


Tapak kaki mak gajah.. :D


Disebabkan pakai tudung segera saiz L dan pakai pulak sarung tangan untuk mengelakkan sunburn, kaki seluar yang basah tu melekat je la kat situ.. Segan la pulak nak lipat kaki seluar tu.. Kang nampak pulak betis sebesar pokok kelapa ni.. Lagi segan kalau ada orang yang curi-curi ambil gambar.. Kang tak pasal-pasal keluar pulak kat fesbuk gambar pompuan separuh abad yang bertudung lengkap dengan sarung tangan, tapi betis gajah dia terdedah... kehkehkeh... Kalau pakai tudung kecik, konpem aku lipat kaki seluar tu... :D




Bertolak dari rumah kakak dalam pukul 10.30 pagi. Singgah tinted cermin kereta dulu kat Seremban. Pukul duabelas lebih baru siap dan terus la menuju Port Dickson tu. Pukul satu lebih baru sampai.. Cun-cun je azan zohor ke udara.. Aku suruh anak-anak buah makan dulu sebab paginya masing-masing tak sempat nak sarapan yang berat-berat.. Dorangpun dah bising kata laparrrr... huhuhu... Aku masakkan dorang ayam masak kicap dengan telur mata kerbau je.. Budak-budak ni tak kisah, janji ada ayam.. Kalau nak makan kat kedai kat situ, tak tau la berapa ringgit kena caj.. Lepas makan, aku suruh dorang solat zohor dulu sebab lepas tu boleh la main air puas-puas..




Hajat hati nak tunggu sampai matahari terbenam.. Teringin sangat nak tengok matahari tu jatuh di gigi laut.. Tapi mak aku dah ajak balik dah.. huhuhu.. Lagipun, masa nak balik tu dah pukul lima lebih dah.. Berat je kaki nak melangkah pulang.. Nampak gayanya, hajat untuk mengambil gambar matahari terbenam di pantai tidak kesampaian.. Takpe la.. Sekurang-kurangnya hajat nak tengok laut tu dah tercapai... Alhamdulillah..


Kat hujung tu rumah api.. Mula-mula  aku ingatkan masjid... adehh...


Aku tanya anak buah aku, nak naik jet ski tak? Yang kecik dua orang tu kata tak nak sebab takut.. Yang besar tu pulak kata daripada naik jet ski, baik naik bot pergi snorkeling. Naik jet ski kena caj RM70 seorang untuk jangkamasa selama 15 minit (kalau tak silap aku la...). Akhirnya, dorang bertiga naik bot untuk pergi ke tempat snorkeling dengan bayaran RM150.. Kalau aku dengan mak aku ikut sekali, caj tu tetap sama... Ni anak buah aku yang berurusan dengan budak punya bot tu... Aku siap pesan kat budak bot tu, jaga dorang bertiga ni baik-baik sebab dorang ni tak pandai berenang.. Diapun jawab la, akak jangan risau kak... Semua lengkap.. Jaket keselamatan dengan gugel ada disediakan.. Saya akan jaga dorang... Lega aku dengar... ehehh...


Dah mula nak gerak pergi snorkeling...


Tapi aku tak ikut sebab mak aku tak nak naik bot.. Mak aku suruh je aku pergi sekali dengan budak-budak tu.. Dia kata takpe je dia tunggu kat bawah khemah tepi pantai tu.. Tapi aku la pulak yang cuak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ.. Sudahnya, akupun tinggal la.. Lagipun kalau aku pergi, nanti kena masuk dalam air jugak sebab nak snorkeling tu, kan.. Tu yang aku segan nak buat tu.. Dah la badan aku ni macam gajah bunting sepuluh bulan, pastu nak berendam dalam air la pulak.. Terasa macam badak air je nanti.. huhuhu.. Lain la kalau pergi dengan cik abang sayang.. Nanti dia boleh tolong cover badan gajah aku ni... auuuwww... hahahaha...




Anak buah yang sorang tu kata dia takut nak snorkeling lama-lama.. Dia kata dia takut sebab dia nampak ikan-ikan kat dalam air tu macam nak gigit perut dia je.. Punya la aku bantai gelak dengar cerita dia.. Pastu aku cakap la kat dia, lain kali jangan makan banyak sangat.. Kuruskan sikit badan tu... Terus dia moncong.. Alahh, sekejap je moncongnya pun... kekehkeh...



Pantai Port Dickson dah cantik dah.. Takde sampah sarap yang bersepah-sepah di persisiran pantai.. Sedap mata memandang... Keep up the good work.. :)




Okay la.. Tak larat dah nak taip panjang-panjang... Somput napeh den.. Main skip-skip je ni.. adehh...

p/s: Sewa khemah RM 20.. Ada satu meja + 3 kerusi  + 2 kerusi malas .. Okay la tu.. Tak payah susah-susah nak bentang tikar.. Gambar selebihnya di sini.. :)

Friday, May 25, 2012

Hantaran - Gubahan - Door Gift - Pelamin - Tetamu...

Assalamualaikum...

Hantaran - Gubahan - Door Gift - Pelamin - Tetamu...

Dah dekat sebulan gambar ni kat dalam folder.. Asyik tak sempat je nak masukkan kat entry.. Tak kisah la haiihh.. Bukannya basi pun, kan... ehehh...

Ini semua adalah gambar masa kenduri anak jiran aku yang berlangsung pada hari yang sama dengan hari perhimpunan yang tak berapa nak bersih hari tu... Bezanya, gambar ni sedap mata memandang jika nak dibandingkan dengan gambar yang lagi satu tuuuuu.... :D

Layan je la gambaq ni... Malaih nak cerita banyak-banyak.. Ceq letih...


The Hantaran...





The Gubahan...


Gubahan bentuk burung merak... Pandangan dari depan dan sisi...


Gubahan yang ini aku yang buat.... Wahahaha... Togel semacam je... adehh...


The Door Gift...
(Yang dalam kotak tu kek marble.. Sangat lembut, gebu dan sedaaappp...)




The Pelamin...
(Hasil rekaan Baby Elle...)



The Tetamu...
(Tak tau anak siapa... Main candid je.. )



p/s: Okay, ini saja ya.. Terima kasih pada semua kawan-kawan yang sudi tinggalkan komen kat entry yang lepas-lepas.. Maaf la tak sempat nak balas.. Takde idea... huhuhu...

Wednesday, May 23, 2012

The version of my ayam goreng kunyit.. :D

Assalamualaikum...

The version of my ayam goreng kunyit.. :D

Nak kata sedap sangat tu, takde la kotttt...
Tapi boleh laa... ehehh...
Yang penting, tekak tu jangan la cerewet sangat, ya tak..?
Kalau cerewet, mesti semua tak kena dengan selera...




p/s: Nak resepi..? Sila la jenguk sini.. Tak perlu tinggalkan komen sebagai ucapan terima kasih.. Cukup la sekadar klik mana-mana iklan yang keluar tu... kihkihkih...

Monday, May 21, 2012

Terlalu banyak pilihan dan tiada pilihan...

Assalamualaikum...

Terlalu banyak pilihan dan tiada pilihan...

Kadang-kadang kita ni sampai tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan... Sudahnya kita termenung berfikir di hadapan makanan yang pelbagai itu... 




Sedangkan ada insan di luar sana yang langsung tiada makanan untuk dimakan.. Jadi, apa pilihan yang mereka ada..? Sudahnya mereka termenung merenung masa depan yang semakin kelam... Mereka bukannya malas atau cuma berserah.. Mereka sebenarnya memang tiada pilihan..


We are desperately hungry


Semoga kita membuat pilihan yang tepat.. Sambil-sambil menyuap tu, ingatlah kesengsaraan orang lain.. Fikir dulu nak makan apa.. Fikir juga samada mampu atau tidak untuk kita menghabiskannya agar semua makanan itu tidak dibuang begitu saja..




p/s: Tak kena pada diri sendiri, memang la boleh cakap apa sahaja, ikut suka nak cakap apa... Bila rezeki dah kena tarik, barulah tau macam mana rasanya jika tiada pilihan untuk memilih...

Saturday, May 19, 2012

Jumpa Siti Nurhaliza... ;)

Assalamualaikum...

Jumpa Siti Nurhaliza... ;)

Malam tadi aku jumpa Siti Nurhaliza.. Dia datang kat kampung aku, nun kat Rembau tu.. Entah apa yang dia buat kat situ, akupun tak pasti.. Yang pasti, aku betul-betul duduk kat sebelah dia.. Siap berborak sakan lagi macam dah bertahun jadi jiran.. ehehh....

Dan yang paling tak boleh nak percaya, aku siap main laga-laga pipi lagi dengan dia..!!! Padahal, kalau ikutkan aku yang sebenarnya, memang tak berapa suka nak berlaga-laga pipi ni... Tak kira la samada pipi tu licin ataupun sebaliknya... Aku geli + malu... huhuhu... 




Lagi satu, aku tak nampak kelibat suami dia.. Bagus jugak dia takde kat situ... Kalau tidak, mana mungkin aku dapat duduk sebelah dengan Siti tu, kan... Masa ni la peluang aku nak ambil aura Siti.. kehkehkeh...

Bangun pagi ni aku masih lagi tersenyum.. Masih teringat-ingat lagi senyuman manis Siti.. Masih terbayang lagi kulit muka dia yang mulus tanpa sebarang mekap.. Teringat nak tanya dia, apa rahsia dia yang buat kulit muka dia tu gebu dan lembut.. Tapi takut la pulak kalau dia kata, semua ini adalah kerana produk Simplysiti.. Cuba laa.... Adehhhh... 


p/s: Orang kata, mimpi hanyalah mainan tidur... huwawawaaaa...

Friday, May 18, 2012

Antara kemampuan dan ketidakmampuan...

Assalamualaikum...

Antara kemampuan dan ketidakmampuan...

Kita tidak mampu untuk memenuhi semua hajat atau permintaan orang pada kita walaupun kita telah cuba semampu yang boleh.. Tapi, kita mampu untuk mendoakan mereka semua.. Walaupun jauh, namun tetap di hati...

p/s: Doalah yang baik-baik untuk orang lain.. InsyaAllah, mereka juga akan doakan yang terbaik untuk kita.. :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)