Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

View As ____?

Assalamualaikum...

View As ____?



Sekadar cerita kosong jika ianya dianggap kosong..  Dah lama rasanya aku tak buat cerita merapu pasal fesbuk.. Entry kali ni sedikit sebanyak mungkin ada kena mengena dengan diri kita, dan mungkin juga ada kaitan dengan orang lain.. Who knows..? Pokoknya, kita tak perlu nak terasa ataupun sentap jika kita tak buat benda ni.. Betul tak..?


Contoh yang mungkin pernah berlaku kepada diri kita.. Ataupun kita melakukannya kepada orang lain.. 


A - Macam dah lama je ko tak hapdet status kat fesbuk ko... Naper ehh..?

B - Bukan tak hapdet, tapi ko sudah di-Hide-kan dari melihat status terkini...

A - Apsal pulak..?

B - Tanya la mulut dengan jari ko tu.. Lain kali mulut tu jangan la jahat sangat.. Habis semua benda kat situ ko nak cerita kat orang luar.. Ko letak status ko baik-baik je, tapi dalam masa yang sama ko burukkan orang lain, ko busukkan nama orang... Talam sungguh...

A - Laaa.. Biasa la tu..

B - Biasa untuk stalker busuk macam ko.. Nasib baik ko tu tak kena remove..

A - Ek elehh.... Ada aku kesah kalau ko nak remove aku.. Macam bagus je ko tu..

B - Memang aku tak bagus.. Akupun tak pernah cakap yang aku ni bagus.. Yang ko tu dah tau aku tak bagus tapi sibuk jugak nak add aku.. Marah-marah bila aku tak approve.. Bila dah approve, lain pulak yang ko buat..

A - Blah laa...!!! Nak remove tu remove je la... Banyak mulut pulak...

B - Okay, selamat jalan busuk... Jaga mulut baik-baik ya... Babaiiiii....


Buat baik berpada-pada.. Buat jahat jawabnya selamat jalan laa... Mula-mula Hide.. Lepas tu Remove... Lepas tu bla.. bla... bla... Merapu meracau macam orang gila bila kena remove..


p/s: Tak perlu nak pakai perfume yang mahal, yang wangi kalau hati tu busuk, penuh dengan dendam dan prasangka.. Perbetulkan dulu niat samada nak cari kawan ataupun nak cari musuh... 

Friday, June 22, 2012

Gullppp....!!! Nak redah ke tak ni..??

Assalamualaikum...

Gullppp....!!! Nak redah ke tak ni..??

Kita kat Malaysia ni boleh dikatakan dah selesa dah dengan pelbagai jenis sistem jalanraya yang serba baru dan canggih. Cuma kadang-kadang kita ni seringkali lupa akan keselesaan itu bila timbulnya satu-satu musibah atau perkara yang kita rasa membebankan rutin harian kita seperti kesesakan jalanraya.. Jalan sesak, lambat sampai rumah, ketinggalan nak tengok drama kat TV3 pukul 7 malam tu.. Siap marah-marah, pastu hapdet status guna blekberi dan sebagainya kat fesbuk... Contoh je ni... ehehh...

Pada aku la, dah molek benar dah jalanraya atau lebuhraya kita ni.. Mana yang banyak bengkang-bengkok, sudahpun diluruskan bagi mengelakkan kecelakaan jatuh ke dalam longkang atau gaung dan juga mengelakkan muntah-muntah bagi mereka yang tak tahan dengan jalan yang berpusing-pusing ni seperti jalan kat Bukit Putus tu.. Tapi ada jugak manusia yang menjadikan jalan lurus itu sebagai satu landasan untuk merempit.. Memang sengaja nak masuk dalam gaung la tu, kann... huhuhu...


Jalanraya dari Islamabad ke Skardu, Pakistan..

Bagi orang yang jarang keluar dari bawah tempurung macam aku ni, mungkin akan fikir semua jalan kat dunia ni lebih kurang macam kat sini je.. Mujurlah ada sistem internet yang boleh membuka luas mata kita bagi melihat keadaan jalanraya kat luar Malaysia.. Tak terfikir langsung akan keujudan jalanraya sebagaimana gambar kat atas tu haa.. Kalau jalan macam tu ada kat Malaysia ni, agak-agaknya berani tak kita nak redah ehh..? Kalau ada laluan lain, rasanya mesti semua orang akan ikut laluan tersebut.. Tapi kalau cuma jalan ini je yang menjadi penghubung, rasanya mau terkencing dulu sebelum melaluinya... hahaha... Dah terburai baru redah.. Boleh gitu..?

Sebelum ni aku ada jugak tengok beberapa gambar jalan kat negara luar yang sangat-sangat menakjubkan dan memerlukan keberanian serta kesabaran untuk melaluinya.. Namun, bagi pengguna jalanraya di negara kita ni, jalan yang sesak sikit je pun dah membuatkan mereka menyumpah-seranah.. Langsung takde sifat sabar.. Macam mana la nak masuk dalam kategori pemandu berhemah... 

p/s: Jalan nak pergi Cameron Highland tu pun dah buat aku seriau.. Inikan pulak jalan macam ni.. Mau meraung aku suruh berhenti dan mulakan berjalan kaki.... hahaha...

Thursday, June 21, 2012

Panduan hidup berbudi...

Assalamualaikum...

Panduan hidup berbudi...


Orang dulu-dulu ada berkata, biarlah muka tak lawa, asalkan ada budi-bahasa.. Orang sekarang lain pulak katanya.. Pada mereka, muka mestilah cun.., budi-bahasa belakang kira.. Itu kata orang... Kata kita, macam mana pula..? Hmm..., susah jugak nak jawab ni, kan... ehehh...

Kalau dah susah sangat nak cari jawapan, apa kata kita tengok je jawapan yang telah aku buat ni... :D

Ombak, lautan berombak...
Mengapa mengubah pasir di pantai...
Bayu, bertiuplah bayu...
Mengapa menjadi ribut dan badai...

Begitu kita merancangkan...
Belum pasti hadirnya kebahagiaan...
Fahamlah apa itu takdir...
Akan berseri hidup yang ditadbir...

Hidup menggadai harta...
Agar diri berharga...
Janganlah kau salah mengerti...
Kelak kau menggadai diri...

Mencari penghormatan...
Janganlah sampai terkorban...
Yang mulia pasti kita hormatkan...
Yang rendah jangan dihinakan...

Tenang, di air yang tenang...
Janganlah disangka boleh direnang...
Kail panjanglah sejengkal...
Janganlah lautan hendak diduga...

Itulah pesan orang lama...
Menjadi bekal pada yang berusaha...
Ingatlah pepatah ini...
Menjadi panduan hidup berbudi...


Gabungan mantap daripada Ramli Sarip dan Jay Jay... 

Orang lama ada berkata, budi-bahasa tidak dijual-beli.. Kata orang sekarang, kalau jual mahal, alamatnya takde siapa yang nak membeli.. Tak laku la sampai ke tua... Hmmm...

p/s: Harga diri bukan untuk dijual beli.. Jika ada yang berfikir begitu, memang ada something wrong la kat otak dia..

Wednesday, June 20, 2012

Cerita di sebalik pengkerepekkan pisang nangka...

Assalamualaikum...

Cerita di sebalik pengkerepekkan pisang nangka...

Pisang nangka ni aku beli masa dalam perjalanan balik dari makan kenduri kat bandar hari Sabtu lepas.. Disebabkan sekarang ni cuaca panas, kebun pisang tu aku tengok agak suram dengan daun-daun yang mulai kering kekuningan.. Dan kat pondok tempat pisang-pisang ni digantung, takde banyak pilihan seperti selalu.. Kali ni banyak pisang yang muda je yang diikat mengikut sisir.. 




Satu sisir pisang nangka seperti yang dalam gambar kat atas ni harga dia cuma seringgit.. Murah je, kan..? Dan jikalau yang masak, harga dia hanya dua ataupun tiga ringgit mengikut saiz sisir tu.. Bagi aku, ianya masih lagi murah.. Kalau ada yang nak lagi murah, silalah tanam sendiri.. kehkehkeh...




Aku cakap kat mak aku yang aku nak buat kerepek.. Tiba-tiba teringin pulak makan kerepek pisang.. Mengalahkan orang mengandung la pulak dok mengidam... hahaha... So, aku beli la dalam enam sisir dengan harga tujuh ringgit sebab ada satu sisir tu harga dia dua ringgit.. Yang lain-lain tu semuanya seringgit sesisir.. 




Mak aku bagi pisang ni kat kakak ipar aku dua sisir.. Abang aku suka makan pisang mentah ni.. Kena tunggu masak la dulu baru boleh ngappp... Selebihnya lagi empat sisir tu masuk dapur rumah aku la.. eheh..




Beli pisang hari Sabtu, tapi baru malam tadi aku buat kerepek.. Penat balik kenduri, penat tengok rumah yang bersepah, penat tengok dapur yang berkecah membuatkan hasrat untuk segera mengkerepekkan pisang ni terbantut.. Mana tidaknya, pukul tiga pagi aku dok kemas dapur, siap dengan mop lantai yang melekit.. Mana la aku nak larat lagi...




Akhirnya, siap jugak aku kerepekkan pisang nangka ni... Aku cuma buat dua sisir je... Tinggalkan sesisir untuk mak aku goreng.. Mak aku memang suka makan goreng pisang ni.. Aku ni kureng sikit.. Tengok keadaan pisang tu jugak.. Kalau keras atau lembik sangat, memang aku tak makan la... Aku suka yang sedang-sedang saja... Macam lirik satu lagu tu - aku suka dia mak, aku sayang dia mak, yang sedang-sedang saja.. Yang penting, dia setia... haha...




Dapat la kerepek pisang dalam tiga balang macam kat atas ni.. Satu balang aku dah selesaikan.. Tinggal lagi dua balang.. Dan dalam dua balang tu, satu balang lagi aku dah bawa masuk kat bilik jahit aku.. Kalau keluar nanti, cuma bawa balang kosong je.. kehkehkeh...


p/s: Kelmarin cerita pasal durian. Semalam cerita pasal jagung.. Hari ni pasal pisang pulak.. Esok lusa nak cerita pasal apa pulak ehh.. Habis idea dah ni... ehehh... Kalau buat cerita merepek-pun best jugak, kan... hahaha...

Tuesday, June 19, 2012

Entah bila nak mula, tak tau laa.... hmmm...

Assalamualaikum...

Entah bila nak mula, tak tau laa.... hmmm...

Dah lama beli tapi masih seperti itu..
Tak buka.. Tak tengok..
Baca instruction kat belakang peket itupun tak buat jugak...
Macam malas je rasa..
Berat pungkoq sungguh...!!!

Ater, kalau malas, bila masa nak menanamnya..?
Bila tahun pulak nak menuai hasilnya..?
Deghoyan dah mula gugur dah, tapi benih tu tak jugak disemai..
Lama-lama esok benih tu mati pucuk kat dalam peket tu...




Cuaca panas sangat la sekarang ni..
Takut bantut je nanti semua ni...
Buat rugi je, kan...
Dah la benih-benih ni mahal...
Ehehh...

Tak payah la nak buat alasan..
Kalau dah namanya malas tu, memang susah la nak diajak berunding..

Ye laaaaaaaaaaaa......!!!
Memang aku tengah malas sekarang ni..
Nak keluar rumahpun malas... 
Mengelupas kulit aku kena panas...
Makin banyak keduts yang menggarisi wajah..
Inikan pulak nak terbongkok-bongkok buat lubang untuk tanam biji benih tu...

Tunggu la time rajin aku datang.. 
Dengan kome-kome sekali aku tanam...
Kan aku dah mula merapu dah...
Kehkehkeh..


p/s: Siapa rajin, tolong la semaikan biji benih jagung tu... ehehh... 

Monday, June 18, 2012

Walaupun jumlahnya kecil, ianya tetap rezeki.. :)

Assalamualaikum...

Walaupun jumlahnya kecil, ianya tetap rezeki.. :)

Alhamdulillah...
Dapat jugak cek dari Nuffnang..
Terima kasih banyak-banyak.. :)

Ada kisahnya kenapa jumlah tu tak sampai RM50.. Selalunya mesti kena lebihkan sikit dari RM50, baru boleh cash out, kan..? Tapi tu la, kesilapan teknikal yang tak sengaja aku lakukan.. Lepas je menyedari akan kesilapan tu, terus je aku hantar emel kepada pihak Nuffnang tu.. Huhuhu...

Ini adalah emel yang aku hantar... Segan jugak nak kongsi kat sini.. Tapi takpe la.. Mungkin boleh dijadikan pengajaran di lain kali.... ehehh...

Siap mintak maaf lagi tu.. Baiknya aku, kan... hikkk...


Dan ini pula merupakan jawapan dari pihak Nuffnang.. Lega rasa hati bila dapat jawapan ni.. Tenkiu Nuffnang.. Lebiu laa.. ahahaa...



Dan inilah cek yang sudahpun sampai kat aku minggu lepas.. Cuma aku belum lagi pergi ke bank untuk masukkan ke dalam akaun.. Tunggu bila ada hal baru aku keluar ke bandar... Lagipun tempoh sah cek ni lama.. Setahun tu.. Banyak lagi masa...



p/s: Kecil ke.., besar ke.., sikit ke.., banyak ke.., itu semua rezeki.. Alhamdulillah.. Semoga rezeki sebegini diberkati..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)