Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Assalamualaikum...

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Alhamdulillah...

Pagi semalam, aku dengan mak dan abang berkesempatan singgah di sini.. Sebenarnya memang dah agak lama aku teringin sangat nak masuk kawasan ni. Asal ke bandar je, mesti mata aku pandang kawasan rumah tu tapi singgahnya tak pernah... huhuhu... Namun akhirnya rezeki itu datang juga hari ni.. Terasa lega di hati kerana hajat kecil aku yang selama ini aku simpan sudah aku lunaskan..

Kami tak jumpapun dengan budak-budak yang tinggal di sini.. Kami cuma jumpa pengurus pusat jagaan ni je, menyampaikan hajat dan bertanya serba sedikit tentang penghuni di situ.. Menurut pengurus tu yang nama diapun aku tak tau, kini terdapat seramai 47 orang kanak-kanak yatim yang menghuni asrama ini.. Masa mula-mula dulu penghuni asrama ni cuma 24 orang sahaja..


Aku masuk kat rumah pertama tu.. 
Mungkin rumah untuk menyambut tetamu kott....


Daripada 47 orang itu, 26 orang terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan selebihnya, 21 orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.. Umur mereka pula ialah dari 9 tahun hingga 17 tahun dan mereka semua bersekolah di enam buah sekolah yang berhampiran..

Menurut pengurus itu lagi, sasaran rumah jagaan kanak-kanak ini hanya dari kalangan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang sahaja.. Setakat ini anak yatim yang paling jauh tinggal di sini datang dari Bera. Kanak-kanak tersebut kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan jalanraya.. Sedih dengar kisah budak tu.. Mujurlah aku tak jumpa dengan dia.. Kalau tak, tak tau la nak kata apa..

Tadi aku nampak ada beberapa kampit beras, beberapa botol minyak masak dan barang-barang lain kat ruang menyambut tetamu tu.. Mungkin itu semua sumbangan atau sedekah dari orang ramai.. Aku ingat nak ambil jugak satu dua gambar kat situ tapi segan la pulak... Bukan tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk menyedarkan sahaja.. Mana la tau kalau-kalau ada orang yang baca entry ni terbuka hati mereka untuk menderma lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia yang penuh keberkatan ini.. 

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh la rujuk kat alamat kat bawah ni.. Tak pun call je dorang dan tanya macam mana nak sampaikan sumbangan tersebut jika sumbangan itu berupa wang.. Info tentang alamat ni aku ambil dari sini..


Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), 
Lot 4988, Jalan Cheroh Lama, 27600 Raub, Pahang.
No. Tel:09-3554241/03-42514975



p/s: Bukan senang nak ajak orang menyumbang untuk anak-anak yatim ni, kan... Nak kena pandai pujuk.. Kalau tak pandai pujuk alamat tak jalan la.. Tapi kalau ajak buang duit tengok wayang tu laju je masing-masing... huhuhu...

Sunday, July 29, 2012

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Assalamualaikum...

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Alhamdulillah...
Hari ni berbuka dengan mee sup buatan omak...
Simple je mee sup omak aku ni...
Just sup tulang-tulang ayam dan sayur sawi je...
Takde nak letak macam-macam bahan dalam tu...
Bawang gorengpun takde...
Cukup sekadar sambal kicap sebagai penambat selera...


Nyummm3....

Lepas tu, aku dok pulun sebiji buah kuinin...
Sedapnyaaaaaaaa la haiihhh....
Penetik buah kuinin memang macam ni...
Hehehe...
Terima kasih kat kakak ipar aku yang bagi kuinin ni...


Selamat berbuka puasa semua... :-)



p/s: Terima kasih mak... Lebiu wantutriporever... :D

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Assalamualaikum...

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Hari tu Lana ada tinggalkan mesej kat shoutbox.. Mesej dia ialah suruh aku letakkan gambar anak-anak kucing aku ni kat blog.. Sebelum ni aku cuma letakkan gambar kat wall page fesbuk aku je..

Jadinya, kali ni aku letakkan la beberapa keping gambar anak-anak kucing aku tu kat entry ni.. Cuma bezanya, kali ni dorang dah pandai bercakap.. Bukan setakat bercakap je, membebelpun dorang pandai... hahaha...











Banyak lagi gambar dorang adik-beradik ni.. Itu belum masuk gambar sepupu-sepapat dorang lagi.. Penuh dah folder aku dengan gambar anak-anak kucing je.. Kalau tak gambar kucing, gambar makanan.. Kalau tak gambar makanan, gambar pokok-pokok... Okay la tu.. Kang kalau aku letak gambar aku, habis semua followers blog aku ni lari... Baik tak payah letak... kihkihkih...

Kat bawah ni ada video budak kecik sedang bercakap dengan anak-anak kucing tu.. Siap nak bagi lolipop lagi tu.. Layankan aje la ya... hehehe...




p/s: Bila boring, baik layan anak kucing... Bulan puasa ni agak malas sikit nak layan karenah orang... ekekekeke...

Saturday, July 28, 2012

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Assalamualaikum...

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Hari tu aku potong kain untuk baju kakak aku.. Ada empat pasang semuanya dan dua pasang daripadanya kain dari jenis yang lembut.. Sebelum potong tu, aku cuak jugak sebab risau kalau kain tu melorot je.. Selalunya kain dari jenis lembut lembik dan degil ni susah sikit nak potong..

Namun, untuk baju kakak aku ni, senang pulak memotongnya.. Takde nak sangkut-sangkut ataupun melekat.. Senang nak ejas.. Kerjapun jadi mudah.. Takde la macam masa aku potong baju seorang kastemer aku hari tu.. Sampai jatuh merudum mood aku masa potong kain dia tu.. Rasa serik sangat.. Dah la mood menjunam, badanpun ikut sengal-sengal..


Separa siap...


Mungkin sebab kakak aku bukan jenis cerewet, maka kain diapun ikut tak cerewet jugak.. Senang nak potong.. Masa akupun tidak terbuang banyak nak belek-belek dan pusing-pusing kain tu.. Sekejap tadi baru je aku siapkan sehelai jubah kakak aku tu.. Lega sebab kain yang lembik dah selamat dijadikan baju... Alhamdulillah...


Siap sepenuhnya... Alhamdulillah...

Kalau upah kat kedai, mau kena caj lebih untuk kain lembik macam ni.. Tapi ni upah kat adik sendiri, kurang la sikit harga dia.. Dah untung kat situ dah, kan.. ehehhh.. Ingat nak poww lebih sikit la... Bila lagi nak poww kakak sendiri, kan... kehkehkeh...

p/s: Kakak aku kata nak belikan aku sepasang kain untuk buat baju kurung untuk dipakai masa kenduri bulan sembilan nanti.. Kalau dia jadi belikan kain tu, tak jadi la aku nak poww dia.. Boleh gitu...?? Boleh aje.. hehehe...

Friday, July 27, 2012

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Assalamualaikum....

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Alhamdulillah... 
Kalau orang lain sibuk membeli pelbagai jenis kuih-muih di bazaar Ramadhan, aku hanya menggoreng ubi kayu sahaja.. Ubi kayu ni kakak aku bawa masa dia balik sini Jumaat lepas.. Jauh datangnya ubi kayu ni tau.. Dari Labis tuuu.. Lepas tu singgah pulak kat Trolak, lalu sambung perjalanan ikut jalan Cameron Highlands dan seterusnya masuk ke dapur rumah ni... hehe.. Mujurlah ubi kayu ni masih lagi elok isinya.. Mungkin sebab ubi kayu ni muda lagi kot.. Tu yang lambat masuk angin tu.. hikk... Kalau tak digoreng sekarang, takut nanti dibuang macam tu aje.. Rugi je nanti...


Ni baru lepas angkat ni.. Panassss.....!!!


Laju je aku berbuka puasa dengan ubi kayu goreng ni.. Lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sambal kicap buatan kakak aku jugak. Ditambah pulak dengan air kopi panas buatan abang aku.. Pergghhh...!!! Betul-betul punya nikmat.. Cuma hari tak hujan je.. Kalaulah hari hujan, lagi la berganda-ganda terasa kenikmatannya... Alhamdulillah... :)

Sebut pasal ubi kayu ni, teringat balik kisah zaman Jepun yang mak aku selalu ceritakan.. Masa zaman tu, mak aku masih muda remaja lagi.. Masih belasan tahun.. Dan kerana kisah silam itulah yang buat aku lebih menghargai nilai secebis makanan dan sedetik keamanan...

p/s: Korang berbuka apa pulak..? Jangan cakap buka mulut yaaa.. Aku debik kang... hahahaha... 

Thursday, July 26, 2012

Almost done.. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Almost done.. Alhamdulillah...

Sekarang ni aku dalam proses menyembat kesemua baju yang sudah dijahit.. Sebenarnya masih ada lagi beberapa pasang baju yang perlu dijahit dan dipotong. Rimas pulak aku bila tengok banyak baju bergayutan yang belum diselesaikan .. Tu yang berhenti menjahit guna mesin sekejap tu.. Bila dah setel semua kerja menyembat ni, aku sambung pulak menjahit guna mesin.. Mudah-mudahan apa yang aku rancang tidak terganggu.. Amin..







Antara yang dah siap... Alhamdulillah... Lega rasa hati... 
(Nampak macam banyak, tapi percayalah, upahnya sikit je sebab upah murah... huhuhu...)

Masih ada sepuluh pasang lagi baju yang perlu aku sembat.. Letihnya la haiihh duduk lama-lama ni.. Naik lenguh kejung betis aku.. Tapi tu la kan, bukan mudah nak cari duit ni.. Kenalah usaha sendiri.. Sampai bila nak harapkan bantuan dari gomen je sedangkan kita masih mampu untuk berusaha.. Bak kata mak aku, duit ni kalau bagi berbuntil pun, tetap tak akan cukup... Lagi-lagi duit free, bagi sekali nak lagi.. Bagi betis nak peha, ya tak..? Ada je alasan masing-masing untuk dapatkan ataupun minta duit free tu.. Kita ni kenalah pandai mengatur perbelanjaan... Kalau belanja ikut nafsu, memang lesu la jawabnya... ehehh...

Orang kerja gomen dan pesara dapat duit raya, kan..?? Alhamdulillah, rezeki untuk mereka.. Yang tak dapat tu (macam aku ni..), tak perlu nak iri hati... Mungkin rezeki kita kat tempat lain... Bersyukur dengan apa yang ada, okay.. Gunakan tulang empat kerat kita untuk mencari rezeki yang halal.. Jangan gunakannya untuk membelasah atau menyepak orang.. huhuhu..

p/s: Okay la, aku nak sambung menyembat.. Tersengguk-sengguk dah ni haaa... Mata dah mula kelabu.. Mulut asyik menguap je.. adehh... Ni kalau tetiba ada orang main mercun, mau segar terus mata aku... hehe.. Dapat lelap sekejap-pun okay kot.. Cuma takut lelapnya jadi sejam dua je... hahaha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)