Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 7, 2012

Bila si Utih mula bertatih... :)...

Assalamualaikum...

Bila si Utih mula bertatih... :)

Siapakah si Utih ini...?
Siapa lagi kalau bukan anak kucing aku... ehehh...

Kenapa letak nama dia Utih..?
Ehh, suka hati la nak letak nama apapun..., kan....
Kehkehkeh...

Bengkek je...
Ya tak..?
Hahaha...

Dah lama tak post gambar kucing..
Nak post gambar sendiri, malu..
Sedar kekurangan diri.. :)

Pagi tadi saja lepaskan si Utih ni..
Pastu letak dia atas pokok rambutan tu..
Punya la bising mulut dia..
Takut la tu... :D

Pastu letak balik dia kat atas tanah..
Ehh, tak lama lepas tu dia sendiri pergi panjat pokok rambutan tadi..
Biarkan je dia belajar memanjat..

Dan ini sebahagian daripada gambar aksi dia memanjat...
Panjat punya panjat, sampai jatuh dalam pasu okid...
Mujur tak jatuh kebabom..
Hahaha...















Gambar selebihnya kat sini... :)

Thursday, September 6, 2012

Kesinambungan: Trilogi Cinta 2...

Assalamualaikum...

Kesinambungan: Trilogi Cinta 2...

Aku suka drama ni.. Drama terbitan Suhan Movies.. Pelakon dalam drama ni pada aku semuanya hebat-hebat belaka.. Tak perlu nak bermekap tebal untuk menghidupkan watak.. Cukup dengan emosi yang dilahirkan menerusi wajah dan tutur kata menjadikan cerita ini berbeza.. Itu pandangan aku laa.. eheh...

Dulu, masa musim pertama drama ni, aku tak pernah miss tengok.. Kalau blackout je baru aku tak dapat nak tengok.. Tapi masa tu siap la mulut dok bebel-bebel marahkan TNB.. Laju je call dorang bagitau takde letrik.. Bagitau awal tapi letriknya tak jugak ada.. Tak pasal-pasal dah terlepas beberapa episod.. Pespespes, ampes.. 

Kalau tak silap aku, malam ni akan bermula episod pertama untuk musim kedua drama Trilogi Cinta 2 ni.. Bermula pada pukul sepuluh malam setiap hari Khamis dan Jumaat dan disiarkan di TV1.. Harap-harap info ni betul la.. Bukan apa, RTM ni kadang-kadang tak berapa nak betul jadual dorang tu.. Ada masanya lain yang diberitahu, lain pulak yang disiarkan.. Yang kita ni dok tercongok la menunggu tapi tak jugak keluar.. Rupa-rupanya jadual sudah ditukar di saat akhir.. Sangat la lems...

Kat bawah ni ada sedikit promo untuk musim kedua ni.. Tengok promo je dah tak sabar nak tunggu.. Kalau korang peminat drama melayu macam aku, jom la kita sama-sama tengok apa yang bakal berlaku untuk musim kedua ni.. Pastinya lebih gempak dan mendebarkan... Agak-agaknya boleh bekerja dengan Suhan Movies tak aku ni ehh... Muntah Rosyam Nor dengar agaknya... kehkehkeh...




p/s: Hari tu promot novel.. Kali ni promot drama pulak.. Boleh jadi promoter agaknya aku ni.. Tapi aku tak berminat la pulak nak meng-expose-kan diri.. Akukan low profile gitteww... :P

Wednesday, September 5, 2012

Itu king control namanya, bukan sayang...

Assalamualaikum...

Itu king control namanya, bukan sayang... 

Baru-baru ni ada sepupu datang beraya ke sini.. Dia datang dengan isteri dan dua anak yang masih kecil.. Tu la satu-satunya anak buah mak aku yang datang beraya kat sini walaupun anak buah dia punya la ramai.. Hmmm...

Malam tu sepupu aku tu bersembang la dengan abang dan mak aku kat dapur.. Aku memang jarang masuk campur dalam sembang-sembang ni.. Entah la... Macam malas je nak masuk korum.. :)

Perbualan dah tentulah berkisar dalam hal kekeluargaan.. Sepupu aku tu memang rapat dengan keluarga aku.. Mak aku dah anggap dia macam anak sendiri.. Sebab tu dia boleh cerita perihal keluarga dia dengan mak aku..

Disebabkan dorang berbual dengan suara yang agak kuat, maka akupun tak dapat la nak melelapkan mata.. Dok golek ke kiri, tak jugak lelap.. Golek ke kanan, dok macam tu jugak.. Terlentang sampai tutup muka dengan bantal sebab silau cahaya lampu dari dapur tu pun ikut menyumbang kepada ke-tidak-lelapan mata aku ni.. Aduhaii.. Masuk tidur punya la awal, tapi dok pi dok mai, dok tang tu jugak... Terkebil-kebil sudahnya..

Dari apa yang aku dengar, sepupu aku tu bagitau mak aku yang adik perempuan dia tak pernah balik beraya kat kampung selama lima tahun berturut-turut.. Padahal bukannya duduk oversea.. Bukan juga sebab masalah kewangan.. Duduk kat Penang je sebab adik dia tu kawen dengan orang sana. Raya kelima atau keenam baru balik kampung.. Siapa je yang ada kat kampung kalau macam tu..? Cuma mak dia je yang jumpa adik dia tu tapi dia dengan adik beradik yang lain tak dapat la nak jumpa sebab masing-masing dah balik bekerja..




Akhirnya dorang adik beradik bersuara jugak.. Sampai bila suami adik dia tu nak kongkong isteri dia.. Kalau sayang sekalipun, jangan la sampai control macam tu.. Memang la adik dia tu jenis tak banyak suara, ikut je cakap suami dia.. Tapi dalam hati dia dah tentu meronta-ronta nak balik kampung, jumpa dengan anak-anak buah dan keluarga sendiri.. Sepupu aku tu tau adik dia sedih tapi nak buat macam mana kalau dapat suami yang jenis tak bertimbang rasa.. Langsung takde kompromi.. Kalau tak nak bertolak-ansur, kawen je la dengan jiran sebelah rumah.. Tak payah susah-susah kawen dengan orang jauh.. Geram betul bunyi suara sepupu aku tu..

Susah nak cakap, kan.. Aku yang mendengar cerita secara tak langsung ni ikut geram.. Mujurlah kakak-kakak aku dapat suami yang bertimbang-rasa.. Kalau dorang tak dapat nak balik lama, dapat semalam duapun tak mengapa.. Sekurang-kurangnya dapatlah mak aku menghilangkan rindu kat kedua kakak aku tu..

Pernah sekali dulu mak aku cakap kat aku yang kakak aku sorang tu sekejap je duduk kat rumah.. Belum sempat nak borak panjang, dah kena balik dah.. Pastu akupun jawab la, sebab tu orang maleh nak kawen... kehkehkeh.. Diam terus mak aku... huhuhu...

p/s: Bukan semua wanita noghogi queen control.. Kena control lagi ada laa.. Jadi, tolong buang persepsi bongok korang tu.. Ehh, tetiba je.. ;)

Monday, September 3, 2012

Pasang... Siap... Kumpul...

Assalamualaikum...

Pasang... Siap... Kumpul...

Papan-papan ni anak buah aku yang punya...
Memula tu aku tak tau pulak papan ni adalah rak buku...
Ingatkan papan rak kasut...
Dia tinggalkan kat rumah aku, suruh abang aku pasang balik...
Tapi aku tengok benda alah ni dok camtu je, tak berusik..


Pasang...


Siyesli, mata aku sakit kalau tengok benda bersepah-sepah ni...
Mujurlah aku tanya dulu papan tu papan apa...
Kalau tak, memang dah selamat dah kena bawak dek lori angkut sampah...

Lepas tu, akupun mula la menjalankan tugas sebagai minahgyver... hahaha....
Tengok-tengok skru pulak tak disertakan sekali... 
Lubang skru ada...
Takpe la, skru kat rumah ni banyak la jugak...
Boleh je guna kottt...


Siap...


Akhirnya siap jugak aku pasang rak ni...
Lepas tu aku cakap la kat abang aku yang aku nak rak tu...
Abang aku kata ambil je...
Peduli la walaupun rak tu anak buah aku yang punya...
Hahaha...

Dan, lepas tu terus aku susun novel aku kat rak tersebut...
Baru la nampak cantik, kan.. kan.. kan... *sambil kelip-kelip mata...
Sebelum ni semua novel tu aku simpan dalam kotak ajaib... haha...
Bila dah ada rak yang sesuai, baru la ada mood nak kumpul novel.. 
Ni yang rasa tak sabar nak beli novel baru lagi ni..
Wahai duit, silalah jatuh kat atas riba aku...
Kehkehkeh...


Kumpul...
Masih ada ruang kosong yang mintak dipenuhkan.. hikk....

p/s: Daripada empat buah novel yang aku beli hari tu, tiga daripadanya menepati piawaian... Boleh ulang baca banyak kali walaupun airmata merembes bagai air hujan.. Banyak memberi pengajaran dan erti kesabaran.. Bukan sekadar novel cinta yang jiwang tidak ketahuan... ehehh..

Sunday, September 2, 2012

Punctuation is powerful...!!!

Assalamualaikum...

Punctuation is powerful...!!!




p/s: Perempuan boleh bernafas tanpa lelaki.. Lelaki boleh ke..?? Lagi sesak nafas ada laa... :D

Friday, August 31, 2012

Macam mana nak tolong dia ehh...??

Assalamualaikum...

Macam mana nak  tolong dia ehh...??

Macam mana kita nak tolong kawan kita yang hidupnya agak susah dengan suami yang tak bekerja dan panas baran..? Lepas tu kawan kita tu tidak dibenarkan langsung untuk berhubung dengan keluarganya sendiri. Si suami seakan mahu memutuskan perhubungan dengan keluarga pihak isteri..

Ini yang terjadi kat seorang kawan aku.. Kawan yang sama-sama bekerja kat JB dulu.. Dari apa yang aku dengar, suami kawan aku tu masih lagi angkat tangan pada isteri dia.. Dan kawan aku tu seakan-akan takut kalau terserempak dengan sesiapa yang dia kenal termasuk saudara-mara dia sendiri..

Kalau terserempak sekalipun, dia seolah-olah ingin melarikan diri.. Mungkin dia malu dengan keadaan dia sekarang.. Ya la, dulu dia cantik dan menjadi rebutan.. Tetapi kini dia dah jauh berbeza.. Mungkin sebab terlalu banyak menderita dan makan hati telah menukar fizikalnya menjadi kurus dan kulit putih gebu dia turut menjadi gelap.. Itu yang diceritakan oleh seorang kawan masa dia terserempak dengan dia secara tak sengaja...

Ataupun mungkin juga dia sudah diberi amaran oleh suaminya agar tidak membuka mulut.. Sedangkan masa bercinta dulu, kawan aku tu nak senyum kat lelaki lainpun dah kena marah... Apa lagi sekarang bila kawan aku tu dah jadi hak mutlak dia.. Rumah dan kereta yang dibeli suatu ketika dulu kini sudah terjual.. Kini mereka menyewa entah kat mana.. Berapa la sangat gaji bekerja kat kedai textile.. Mana cukup untuk menampung kehidupan seharian jika dia seorang je yang bekerja.. Mana dengan anak dua orang yang masih sekolah rendah lagi.. Dengan segala bil yang perlu dilangsaikan.. Nak bayar sewa rumah lagi... Aduhaiii...

Walaupun adik-beradik ramai, namun sampai bila mereka nak membantu..? Lain la kalau adik-beradik tadi bergaji tinggi.. Even bergaji besar sekalipun, mana mungkin mereka dapat menolong sepanjang masa sebab mereka juga ada kehidupan sendiri yang perlu diuruskan..

Sejak kebelakangan ni, aku asyik teringat kat kawan tadi.. Nak contact dia, tak tau macam mana.. Kalau dia bagi nombor contact sekalipun, aku tak yakin dia boleh menjawab segala panggilan yang masuk.. Silap haribulan dia makan penampar suami dia lagi ada... Aku tanya pada sepupu dia dan mintak no enpon dia jika ada.. Tapi sepupu diapun tak tau... Kalau dapat nombor akaun dia, nak jugak aku bantu sikit-sikit.. Tapi takut pulak kalau-kalau suami dia dapat tau.. Kawan aku tu dah la jenis takut kat suami.. Susah kalau dapat pasangan yang cemburu melampau ni.. Dah la cemburu tahap gaban, pastu panas baran lak tu... 

Macam mana nak buat ehh...? Kita nak bantu dia, tapi kalau dia sendiri membatukan diri dan tak mau bukak mulut, macam mana kita nak tolong..? Ada sesiapa nak beri pandangan tak..?




p/s: Sayang apanya kalau isteri tu dijadikan punching bag.. Gila punya suami.. Macam tu ke sikap seorang suami yang faham erti kemerdekaan...?? 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)