Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 30, 2012

Tak letih ke..?

Assalamualaikum...

Tak letih ke..?

Tak letih ke kalau hari-hari buat benda yang sama..
Bezanya cuma masa dan tempat benda tu dilakukan je...

Kat fesbuk, mengumpat...
Kat YM, mengumpat...
Kat chatroom, mengumpat...
Kat skype, mengumpat...
Kat twitter, mengumpat...
Kat blog, mengumpat...
Kat chat online, mengumpat...

Kat ofis, mengumpat...
Kat bus stop, mengumpat...
Kat stesen LRT, mengumpat...
Tunggu komuter, mengumpat...
Kat tandaspun mengumpat....

Kat pasar, mengumpat...
Kat dalam kereta dan kenderaan awam, mengumpat...
Kat atas motorpun mengumpat...
Bersaing naik basikal, mengumpat jugak...

Tengok tv, mengumpat...
Tengok showcase, mengumpat...
Dengar ceramah, mengumpat...
Makan kenduri kawenpun mengumpat juga tu...
Ziarah orang sakit dan orang meninggalpun sempat lagi mengumpat... aduhaiii...

Bulan puasa, mengumpat...
Hari raya, mengumpat...
Hari cuti, lagi la banyak aktiviti...
Haiihh, tak letih ke mulut tu dok mengumpat je...

Anak dara, mengumpat...
Anak teruna, mengumpat juga...
Janda dan duda nak join sekali...
Suami mengumpat isteri... (buruknya perangai... ehehh...)
Isteri mengumpat suami... (tak bau syurga tu...)
Apalah nak jadi mengumpat sana-sini...

Kesimpulannya, cuma baby yang baru lahir je yang tak pandai nak mengumpat... hehehe....


p/s: Saja je buat pantun yang tidak seragam.. kehkehkeh... Jangan terasa atau marah haaa... Just for fun.. Dan untuk ingatan bersama juga... Mana yang baik tu, ambil.. Yang tak baik tu, kita bako je.. hahaha...

Thursday, November 29, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara...

Assalamualaikum...

Nasi Lemak Buah Bidara...

"Tolong, Datin. Tolong jangan buat macam ini. Datin suruhlah saya buat apa saja sebagai hukuman, saya sanggup. Tolong jangan halau saya, Datin. Saya takde sesiapa di sini, Datin. Mana saya nak pergi? Kasihani saya, Datin. Saya mohon ihsan Datin..." - Siti Nur

Novel ni best.. Lari dari kebiasaan keluaran Kaki Novel.. Tiada adegan suami pukul isteri, isteri tengking suami, suami curang atau isteri main belakang.. Tiada senario suami terkejut melihat wajah sang isteri tanpa tudung di kepala.. ehehh..


Nasi Lemak Buah Bidara hasil karya April Snow..


 Sedih dengan nasib Siti Nur yang jadi mangsa kekejaman saudara sendiri namun dalam masa yang sama, teringin nak jadi watak Siti Nur tu yang lemah-lembut, sopan-santun lagi berbudi-bahasa serta disayangi oleh suami, ibu mertua dan anak tirinya..


Mata Ben terbeliak melihat Siti rebah ke lantai. Ben paut kedua-dua belah kaki. Tangan memeluk kepala lutut. Air hangat basah di seluruh wajah.. 

Siapakah Ben...?? Kena beli dan baca serta gali sendiri.. kehkehkeh...


Jatuh cinta dengan watak suami Siti Nur iaitu Akhmal. Bukan kerana jawatannya. Bukan juga kerana rupa parasnya. Bukan  pula kerana kekayaannya dan juga bukan kerana kecerdikannya.. Tapi kerana kebijaksanaannya menyelesaikan masalah dalaman dan merungkai segala persoalan yang melanda isterinya.. So sweet... :)


"Katakanlah. Sekarang Siti dah ada saya untuk berkongsi segala-gala. Jangan simpan. Jangan pendam semua duka lara Siti. Siti seorang diri. Saya akan tetap ada di sisi. Selamanya, insya-Allah..." - Akhmal


Apa yang menarik tentang novel ni, pada setiap bab, disertakan sekali sedikit petikan ilmu samada dari riwayat ataupun dari tafsiran ayat suci Al-Qur'an... Secara tak langsung, kita sebagai pembaca mendapat sedikit ilmu yang amat berguna untuk dijadikan panduan ataupun pegangan hidup..


Sabda Rasulullah SAW: 
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.."
(Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah r.a)


p/s: Okay, setakat ini dulu review novel NLBB atau Nasi Lemak Buah Bidara ni.. Kalau suka, cepat beli sebelum kehabisan stok.. Kalau dah habis dan nak kena tunggu cetakan seterusnya, alamatnya berjanggut laa... hehehe...

-----------------

UPDATE:



Komen dari penulis novel ni sendiri... Tak tau macam mana beliau boleh jumpa blog aku sebab aku cuma pingkan entry ni kat wall fesbuk aku dan wall page blog aku je.. Apapun, terima kasih atas kesudian beliau mengomen.. :)

Wednesday, November 28, 2012

Oscar yang ganas...

Assalamualaikum...

Oscar yang ganas...

BUCKINGHAMSHIRE 10 Nov. - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.

Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.
Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.

Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.

Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.





Kucing ni kalau kita garang dengan dia, diapun akan garang dengan kita.. Kucing akupun ada gak jenis garang ni tapi takde la nak main terjah je gigit orang.. Tapi kalau jenis kucing yang suka gesel-gesel kat kaki tu, memang nak kena la tu.. Sangat tidak suka kalau kucing dok gesel manjang.. Kalau setakat gesel sekali dua dan sekejap tu masih boleh tahan lagi la.. Ni selagi ada kaki aku, selagi tu nak gesel.. eeeiiiiiii....!!!


p/s: Asyik nak gesel je, sepak kang baru tau.. huhuhu...

Monday, November 26, 2012

Alhamdulillah, aku tumpang gembira... :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku tumpang gembira... :)

Beberapa bulan yang lalu, aku seronok tengok gambar dan video sekitar majlis pernikahan dan persandingan mereka berdua.. Kali ni aku seronok bila mendapat tahu si isteri tadi iaitu Irma Hasmie sudahpun berisi... Alhamdulillah, aku tumpang gembira.. :)

Tak tau la kenapa aku suka sangat tengok pasangan ni padahal ramai je artis lain yang meletup... Cerita yang meletup tu biarlah blogger lain yang hapdate... Aku nak hapdet pasal artis yang sejuk mata memandang je... ehehh...




p/s: Seronok tengok pasangan bahagia ni.. Semoga terus bahagia selamanya dan diberkati ALLAH selalu.. Amin...

Sunday, November 25, 2012

Pergilah Air Mata...

Assalamualaikum...

Pergilah Air Mata...

"Awak cakap ni mimpi buruk awak? Kalau awak nak tahu, ini malapetaka bagi saya! Awak cakap awak kehilangan segala-galanya, tapi saya musnah! Seluruh kehidupan saya dah musnah! Awak tahu tak...., saya hilang maruah diri. Saya hilang kerjaya. Saya hilang kekasih. Saya hilang seluruh kehidupan saya yang dulu! Semua yang saya usahakan, lenyap dalam sekelip mata. Jadi, awak jangan senang-senang nak tuduh saya yang menjadi punca semua ni..!!!" - Sabrina


Aku dah lama baca novel hasil tulisan Hanni Ramsul  ni...
Aku ingatkan aku dah buat post pasal novel ni...
Rupa-rupanya belum lagi... ehehhh...


Novel ini setebal 858 mukasurat...


Novel ni bagus sangat...
Kisah seorang gadis yang tertangkap khalwat dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.. Apatah lagi semua perancangan tangkap basah ni adalah rancangan daripada kawan baiknya sendiri.. Cuma, bezanya gadis itu tidak tertangkap dengan orang yang sepatutnya gara-gara dia tersalah masuk bilik. 


"I miss you. Aku jadi macam orang gila bila kau pergi macam tu aja. You have promised me..., kau tak akan tinggalkan aku. Tapi, kau pergi jua...." - Badrul


Bermula dari situ, hidup gadis tadi terus menerus diuji oleh orang yang berada di sekelilingnya.. Selebihnya, pergilah cari dan beli segera sebelum kehabisan stok.. Siapa tak beli memang rugi.. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat terutama sekali kesabaran.. Kenapa kesabaran? Kerana kesabaranlah yang paling sukar untuk kita kawal... :)

p/s: Nak baca sedikit pasal novel ni..? Sila pergi kat sini ya... Lepas baca, cepat-cepat cari novel ni kat kedai ataupun oder je online.. Jangan nak meminjam je kerjanya... ehehh...

No idea...

Assalamualaikum...

No idea...

Takde idea dah nak merapu... 
Otak dah mula membeku dah... haha...
Mungkin sebab sekarang ni aku lebih kepada menumpukan perhatian dengan membaca novel... 

Nanti kalau ada lagi novel yang bagus untuk dikongsi, akan aku kongsikan kat sini...




p/s: Ahh, seronoknya...!!! Lagi seronok kalau dapat novel free... hahahaha... Siapa pulak nak bagi, ya tak... ehehh... 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)