Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 19, 2013

Whoot...!! Whoot..!! Let the pictures talk..

Assalamualaikum...

Whoot...!! Whoot..!! Let the pictures talk..


Okay, takmo cakap banyak.. Just nak share gambar ni je.. Suka tengok, silakan.. Tak suka tengok, abaikan.. 








p/s: Masam-masam manis tapi sedaaaapppppp... 

Pilihan itu ada di tangan kita..

Assalamualaikum...

Pilihan itu ada di tangan kita..


Selagi diberi peluang untuk memilih, disusuli pulak dengan kemampuan yang sedia ada, pilih la mana yang berkenan, pilih la mana yang ada kaitan, pilih la ikut selera dan keinginan masing-masing.. 


"I am who I am today because of the choices I made yesterday.." - Eleanor Roosevelt




Kita sendiri yang memilih.. Kita sendiri yang membuat pilihan.. Maka seharusnya kita tidak mempertikaikan jika berlaku sebarang kegagalan.. Lain la jika kita langsung tidak diberi peluang untuk memilih.. 


p/s: Terlalu banyak pilihan pun susah jugak sebab sukar nak pastikan mana satu yang bagus.. Silap haribulan, tersalah pilih yang lagi teruk.. huhuhu...

Tak hadap...

Assalamualaikum...

Tak hadap...


Aku ni peminat drama Melayu kita.. Tapi bukan semua drama tu aku layan.. Hanya drama yang kena dengan selera aku je yang aku layan.. Selalu aku perhatikan, dalam drama kita ni, banyak bebenau menggunakan perkataan tak hadap ni.. Sikit-sikit tak hadap.. Sikit-sikit tak hadap.. 


Bila ada scene bertindas pendapat je, mula la timbul ungkit-ungkitan.. Mula la keluar perkataan tak hadap tadi.. Contohnya;

  • Aku tak hadap la duit kau tu.. 
  • Aku boleh promot diri aku sendiri la.. Tak hadap aku dengan promosi yang kau buat tu..
  • Tak hadap aku nak buat baik dengan orang macam tu.. Tak hadap nak jadi kawan diapun...
  • Kalau kau tak hadap dengan aku, banyak lagi orang lain yang suka nak hadap aku laa..
  • Dan banyak lagi contoh yang ada...

Pada aku, macam kasar je bunyi perkataan tak hadap ni.. Ye la, tengah marah, memang la semua benda kita tak nak hadap.. Makanan yang sedap pun kena baling ke dinding.. Semua benda menyakitkan.. 


Cuma, pernah tak kita terfikir bahawa apa yang kita kata tak hadap tu nanti akan kita hadap hari-hari..? Malahan, mungkin benda itu akan kita hadap sepanjang hayat kita..? Masa kita sihat, punya duit, punya segala-galanya, memang kita 'terlupa' untuk menjaga ayat, menjaga bahasa.. 


Cuba kita fikir jika ditakdirkan kita ditimpa musibah.. Musibah yang bukan sedikit malahan merenggut keseluruhan yang ada pada diri kita.. Kita hilang apa yang menjadi aset kita.. Kita hilang apa yang menjadi kesayangan dan kebanggaan kita.. Bila dah jadi macam ni, mana kita nak hadapkan muka kita..? Ataupun, kita masih tetap nak menjaga ego kita walaupun keadaan kita sangatlah terdesak serta daif..?


p/s: Dah baca novel Suami Tak Ku Hadap..? Mula-mula memang la tak hadap.. Berbakul-bakul maki hamun.. Lama-lama, itu la yang dihadap hari-hari.. Hilang sekejap je dah gelabah.. hehehe.. Sebab tu mulut tu jangan la lancang sangat kata tak hadap itu ini... 

Friday, October 18, 2013

Aduhai Cinta: Takde seronoknya ganggu hak orang...

Assalamualaikum...

Aduhai Cinta: Takde seronoknya ganggu hak orang... 


Dah baca citer ni..? Novel ni sesuai untuk mereka yang menjalinkan hubungan dengan suami orang, samada yang belum berkahwin ataupun yang sudah bergelar isteri orang.. Mudah-mudahan lepas baca citer ni, mereka akan segera kembali ke pangkal jalan.. Ketahuilah, takde seronoknya mengganggu hak orang..




Orang lelaki yang sudah berkahwin memang pandai bermain dengan kata-kata.. Itu lumrah yang patut kita sedari... Namun, sebagai perempuan, pandai-pandailah kita menepis segala serangan dan godaan, terutama sekali yang bergelar isteri orang.. Yang bukan isteri orangpun tidak terkecuali..


Pasti ramai yang terbuai dengan watak Fard Fahim yang pandai mengambil hati, simpati dengannya bila dia jatuh sakit, dan geram dengan watak Hermand yang acuh tak acuh..


"I tak boleh nafikan I sayang dan cintakan you Suri. I never lied about my feelings.." - Fard Fahim


Apapun, aku tersangatlah geram dengan watak heroin iaitu Suri Abadi yang tidak pandai menjaga status sebagai isteri, yang lebih mementingkan hati dia je..


"Suri ulang sekali lagi. Suri dah tinggalkan Hermand dan keluarga Suri. Kalau Suri boleh buat, takkan Fard tak boleh...!" - Suri


Orang yang sedang mabuk menyulam kasih, mengadun cinta, sudah semestinya tak rasa apa-apa kesalahan.. Namun, orang yang dipersiakan, sudah tentu sibuk memujuk hati yang rawan...


Banyak lagi kisah menarik yang dipaparkan dalam novel Aduhai Cinta karya Samsiah Mohd. Nor ini... Antaranya, kisah siapa sebenarnya Suri Abadi dalam keluarga dia, yang buatkan dia sedikit tertekan.. Tapi aku takde la nak simpati sangat dengan Suri sebab fikirkan perangai dia yang bermain cinta dengan suami orang tu..


Bagaimanakah pengakhiran selanjutnya tentang hubungan terlarang antara Suri Abadi dan Fard Fahim..? Adakah Hermand berjaya memujuk Suri untuk kembali kepadanya.. ? Siapakah ibu Suri yang sebenarnya, yang selama ini dirahsiakan oleh kaum keluarganya sendiri..? 


Nak tau lebih lanjut, kena la beli dan baca sendiri... huhu...


p/s: Realiti dalam kehidupan sekarang.. Moga dijauhkan.. Amin..

Thursday, October 17, 2013

Berhati-hati dengan mainan hati...

Assalamualaikum...

Berhati-hati dengan mainan hati...


Kadang-kadang kita teruja nak berkongsi hasil kerja kita.. Kita upload gambar kat laman sosial dengan niat tulus ikhlas iaitu semata-mata hendak berkongsi rasa dan cerita... Takde langsung niat hendak menunjuk-nunjuk ataupun riak dan sebagainya..


Namun, harus kita ingat bahawa bukan semua orang turut sama teruja dan gembira dengan apa yang kita kongsikan.. Lumrah alam, pasti ada yang tidak senang hati malahan cemburu serta dengki dengan hasil kerja kita itu..


Jadi, sebelum berlaku sesuatu yang kita tak jangka, eloklah berpada-pada dalam segala apa yang kita upload dan kongsikan.. Bukan kita buruk sangka.. Cuma sekadar berwaspada.. Hati kitapun adakalanya berbolak-balik.. Apatah lagi hati orang walaupun orang itu orang yang kita percayai.. Jika sekadar sakit hati dengan melancarkan kata-kata umpat keji, mungkin kita masih boleh bersabar.. Dibimbangi sakit hati itu menjurus ke arah bermain sihir.. Itu yang tak nak tu... huhu...


Pepatah dulu ada mengatakan, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Tapi zaman sekarang ni, rambutpun dah tak sama warna, apatah lagi hati masing-masing.. Wallahu'alam...


p/s: Semoga dijauhkan dari segala jenis penyakit hati yang tiada ubatnya ini.. Amin...

MIA: Minah enterframe..

Assalamualaikum...

MIA: Minah enterframe..


Ingat lagi tak kat minah enterframe ni..? Minah enterframe ni adalah si Utih.. Masuk hari ni, dah lebih seminggu dia hilang.. Just hilang macam tu je.. Missing in action terus.. Nak kata dia mati, takde pulak bangkai dia.. Selalunya kucing kat rumah ni kalau mati, dorang mati kat kawasan rumah jugak..


Yang buat aku ralat, Utih hilang dengan meninggalkan empat ekor anak yang masih lagi kecil.. Punya la melalak anak tu sebab kehausan.. Mulanya aku ingatkan Utih tu belum lagi menyusukan anak dia.. Bila petang tu dorang masih lagi melalak dengan nyaringnya, abang akupun cakap yang dia takde nampak Utih seharian tu.. Mak aku pulak suruh bagi susu tepung kat dorang...




Mujurlah masih ada lagi sekor ibu kucing yang beranak kecil. Maka, akupun ambil la si Popok tu dan letakkan baby kucing tadi untuk menumpang menyusu.. Mulanya si Popok ni menderam jugak, tak suka dengan anak Utih.. Tapi aku paksa jugak dia bagi susu dia tu kat dorang.. Sian Popok kena marah... huhuhu..




Ni semua anak si Utih..


Kalau nak ikutkan si Popok, dia memang tak suka.. Sudahnya, aku letak semua sekali anak dia dengan anak si Utih tu.. Kiranya aku longgokkan dorang setempat la.. Lepas tu diapun dah tak tau mana satu anak dia.. hahaha...




Anak si Popok sendiri ada tiga ekor.. Campur pulak dengan anak si Utih yang empat ekor tu, dah jadi tujuh ekor.. Bayangkan bila tujuh ekor anak kucing berebut-rebut menyusu dengan sekor ibu.. Aduhaii..


p/s: Sekarang ni anak kucing tu tinggal enam ekor.. Sekor dah mati.. Adat la tu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)