Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 26, 2014

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...

Assalamualaikum...

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...


Sekadar satu perkongsian agar kita sama-sama dapat merenung ke dalam diri sendiri.. Terlalu banyak musibah yang terjadi sehingga menimbulkan beribu spekulasi yang akhirnya menjadi satu kontroversi yang tidak terkawal dan ianya sedikit sebanyak menggugat dan mendatangkan pelbagai emosi..


Berbaliklah kita kepada paksi yang satu ini iaitu apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an...


Surah Al-Imran: Ayat 117:

مَثَلُ مَا يُنفِقُونَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا ڪَمَثَلِ رِيحٍ۬ فِيہَا صِرٌّ أَصَابَتۡ حَرۡثَ قَوۡمٍ۬ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فَأَهۡلَڪَتۡهُ‌ۚ وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلَـٰكِنۡ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ 

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (117) 



Surah Al-Imran: Ayat 118:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً۬ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً۬ وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)



Surah Al-Imran: Ayat 119:

هَـٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَہُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَـٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119)



Surah Al-Imran: Ayat 120:


إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَفۡرَحُواْ بِهَا‌ۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّڪُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡـًٔا‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ۬


Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (120)


[sumber]


p/s: Al-Fatihah untuk kita semua, baik yang masih hidup, mahupun yang telah pergi.. Walau apapun yang terjadi, kehidupan harus diteruskan.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. *Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.. Maaf jika ada kekurangan di dalam entry ini.. Harap dapat diperbetulkan jika ianya salah.. Terima kasih..

Friday, March 21, 2014

Testing: Roll sosej...

Assalamualaikum...

Testing: Roll sosej...


Ini bukan roti ya kawan-kawan.. Ini adalah lebihan doh karipap frozen aku.. Inti karipap dah habis.. Lepas tu malas la pulak nak menumis tengah-tengah malam buta tu.. Kang terbersin pulak orang yang tengah syok tidur.. hehe.. 


Sudahnya, aku potong dua sosej dan gulungkan dengan doh karipap ni.. Sosej tu aku dah siap celur dulu dan toskan bagi kering.. Kejadian karipap sosej (memandai je letak nama.. ahahh...) takde la kemas sangat sebab aku main bantai je roll.. Dah tengah malam, kan... hehh..




See.. Bila gulung tak dikemaskan dengan sebaiknya, maka bila digoreng diapun terbuka la.. Tak kisah la haiihhh.. Janji boleh ngapppp...!!! Kehkehkeh...




Rasanya menu macam ni budak-budak suka la kot.. Budak-budak mana suka sangat makan inti karipap tu.. Kadang-kadang dorang makan kulit je.. Yang inti tu dorang pergi buang senyap-senyap.. Membazir je.. Dah la susah payah nak masak inti tu.. huuuuu...


Saja buat kuih frozen ni.. Kalau takde orang beli, boleh buat untuk makan sendiri... hehh... Kelim tu tak cantik sebab aku baru je belajar mengelim.. 


p/s: Okay, ini je perkongsian yang tak seberapa untuk entry kali ni.. heeeee... 

Wednesday, March 19, 2014

Regent 80WG dan kegunaannya..

Assalamualaikum...

Regent 80WG dan kegunaannya..


Ingat lagi tak kat entry yang ni..?  Ala, entry pasal nak elak semut naik atas meja dulu tu.. Kat dalam entry tu aku ada bagitau iaitu apa yang aku buat tu hanyalah untuk sementara waktu je sehinggalah aku dapat jalan penyelesaian yang sewajarnya..


So, sekarang ni pelapik kaki meja makan tu aku dah buang dah sebab aku dah jumpa dan beli sejenis racun semut ni.. Racun ni bukan sekadar racun semut, malahan boleh digunakan juga untuk menghapuskan anai-anai, lipas dan serangga lain yang tidak dikehendaki.. 


Nama racun semut tu seperti yang tertulis pada peket tu adalah Regent 80WG.. Harga satu peket adalah RM4 dan beratnya pulak hanyalah 1 gram sahaja...!! Mula-mula ingat nak beli banyak sebab tengok peket tu kecik je.. Dalam hati dok bercakap la, kalau peket dah kecik, tentu harga dia takde la mahal sangat (fikiran orang kampung.. hehh..). Lepas tu bila tokey kedai tu cakap harga macam tu, gulppp, terus sebut beli dua peket je laaa.. hahahaha...


Racun ni rupa dia macam Abate pun ada jugak.. Macam rupa yis mauripan pun ya jugak.. Jadi, hati-hati dengan racun ni dan jangan dibiarkan bersepah-sepah.. Simpan di tempat yang tersorok dari mata dan tangan anak-anak..


Jika berlaku KERACUNAN, sila hubungi: 
 Pusat Racun Negara
1-800-88-8099 (waktu pejabat)
012-4309499 (lepas waktu pejabat)


Lepas tu, beli pulak penyembur air ni sebab kat rumah memang takde penyembur yang khas untuk sembur racun.. Benda alah ni harga dia RM10 untuk satu ketul.. Mahal gila.. Tapi dalam pada tu aku beli pulak dua ketul.. Kiranya untuk stenbai la.. huuuuu...




Okay, ni cara nak gunakan racun semut tu pulak sebagaimana tokey kedai tu bagitau kat aku.. Gunakan separuh daripada sepeket racun tu untuk satu botol penyembur yang biasa kita gunakan untuk gosok baju tu.. Tapi aku gunakan sepeket terus sebab aku gunakan botol air gas yang 1.5 L tu.. Sebab tu aku beli penyembur ni untuk sesuaikan dengan botol air gas tadi..


Semburkan pada setiap kaki meja atau laluan yang selalu semut tu gunakan.. Aku sembur kat bahagian bawah dinding luar rumah, keliling kaki meja dan kerusi, kat tingkap dan sekeliling rumah serta dalam kabinet bawah sinki..


Menurut tokey kedai tu, hari pertama selepas sembur racun ni, kita masih akan nampak ada semut yang berkeliaran.. Masuk hari kedua, jumlahnya makin berkurangan.. Bila hari ketiga dan seterusnya, dah takde semut dah sebab semut yang terkena racun ni akan bawak balik racun tu ke sarang mereka dan akan menjangkiti semut yang lain.. 


AMARAN: Botol dan penyembur yang digunakan hendaklah dicuci sebanyak tiga kali bilasan dan lepas tu kena lupuskan botol tu.. Jangan simpan racun yang tak habis dalam botol tu.. Kena habiskan jugak.. Sebab tu jugak aku gunakan botol air gas tu supaya senang nak buang.. Manakala penyembur tu aku cuci la bersih-bersih.. Tak kan la nak buang hanya dengan sekali guna je, kan..? Sepuluh hengget tuuuuuuuuuuu.......!!!


Setakat ni, aku tengok dah takde dah semut kat dalam rumah aku terutama sekali kat bahagian dapur iaitu atas meja makan dan juga kat dinding bilik mandi.. Keadaan begini mungkin boleh bertahan dalam masa beberapa bulan.. Mungkin untuk jangkamasa tiga hingga empat bulan.. 


Aku tak rasa tindakan aku menyembur racun semut ni sebagai kejam sebab aku lebih pentingkan kebersihan makanan yang ada dalam rumah ni.. Aku cuma tak suka semut masuk dalam rumah je.. Semut yang ada kat pokok mangga dan pokok rambutan kat keliling rumah tu aku tak kisah.. Ko duduk la situ nak buat sarang ke, buat anak ke, aku tak kacau.. Tapi kalau ko gigit aku, opkos la aku picit ko balik.. huhuhu...


p/s: Selesai satu masalah yang nampak macam kecil je tapi sebenarnya sangat menyerabutkan kepala otak.. huuu...

Tuesday, March 18, 2014

Macam sama je.. Macam serupa je..

Assalamualaikum...

Macam sama je.. Macam serupa je.. 


Ini juga merupakan projek yang aku buat sepanjang minggu lepas.. Dalam terkejut menerima berita kehilangan MH370, nak membaca novelpun tak boleh nak fokus.. Nak menjahitpun takde rasa nak buat walhal jahitan banyak menanti giliran.. Nak mengomen kat grup yang aku joinpun takde semangat.. Semangat semuanya ikut sama hilang..


Kerjanya asyik la tengok tv dan menangis.. Tengok orang kat dalam tv tu menangis, akupun ikut menangis sama.. Dengar pulak lagu background berita yang sedih dan sayu tu pun aku ikut menangis jugak.. Tengok pulak apa yang orang share kat fesbuk, akupun menangis jugak.. 


Okay, berbalik pada projek yang aku buat tadi.. Aku buat dua jenis projek dan kedua-dua projek tu dia punya asas lebih kurang sama je..


Mula-mula aku buat kulit pai tee.. Ini merupakan pertama kali aku buat pai tee ni.. Acuan pai tee tu dah lama ada dalam laci.. Acuan ni kakak aku yang bagi sebab masa tu aku kenalpun tidak rupa pai tee tu macam mana.. Maklum la kan, aku mana pernah masuk makan kat secret resepi.. hehh..



Oh ya, acuan pai tee ni sangat berat.. Jangan bagi anak-anak buat main... Kang ada pulak kepala yang berlubang ataupun cermin meja atau cermin almari atau cermin sliding door yang berderai.. Simpan bawah bantalpun okay jugak ni sebagai persediaan.. hehh..











Keesokan harinya pulak, aku buat pulak kuih goyang yang bergoyang bila digoyang ni.. ahahh... Kuih ni dah banyak kali aku buat sebab dulu aku pernah buat jualan.. Cuma sekarang ni aku nak cuba guna balik acuan tu sebab dah tiga empat tahun kot acuan tu aku tak gunakan.. Takut pulak dia melekat.. Tapi memang ia pun melekat masa mula-mula tu.. Mujurlah melekat tak kuat sangat...









Okay, ini je kot yang sempat aku kongsi untuk kali ni.. Resepi kuih goyang tu ada kat dalam blog dapur aku tu.. Cari sendiri la ya kalau nak cuba buat.. Pai tee yang aku buat ni pulak agak keras sikit dan kurang sedap rasa dia.. Lain kali nak buat kulit pai tee ni guna resepi kuih goyang je la.. Cuma tak payah letak gula je.. Mandai-mandai je kan ubah resepi.. ehehh...


p/s: Sekarang ni walaupun masih lagi risau dengan kehilangan MH370, tapi aku percaya pada perancangan Allah.. Walaupun aku dah jarang update status kat page fb aku pasal ni, itu bukan bermakna aku lupa.. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka, kita dan juga negara tercinta ini..

Muatan 15 kilo...

Assalamualaikum...

Muatan 15 kilo...


Tong ni dah lama dah umur dia.. Sejak aku kecik lagi dah ada dah.. Senang cerita, tong ni dah ada masa aku duduk Terendak Camp lagi.. Bila abah (arwah) pencen, maka tong ni ikut balik kampung.. Tapi yang peliknya, masa tu aku tak perasan pulak akan kehadiran tong ni.. Mungkin pernah nampak tapi tak ambil tau.. Ye la, masa tu kan kecik lagi..


Kat luar tong ni ditulis BREAD.. Aku rasa tong ni gunanya untuk isi tepung sebab tu diletakkan tulisan BREAD tu..


Dia punya 'calung' pun dah lama... Guna tin susu je.. 


Bila pindah sini, tong BREAD tu dah jadi tong BERAS... haha.. Tong ni boleh muat beras dalam 15 kilo.. Itupun masih ada ruang lagi untuk diisi.. 




Aku lapik bawah tong tu dengan bekas telur supaya senang nak tarik keluar masuk sebab tong ni aku letak bawah kabinet dapur.. Kalau tak lapik nanti lantai marmar tu rosak pulak.. Tak perlu risau lipas ke, apa ke sebab penutup tong ni berat dan kuat..


p/s: Aku memang sayang dan jaga barang-barang peninggalan arwah abah aku.. Kalau aku tak jaga, memang dah 'selamat' dah semuanya.. 

Sunday, March 16, 2014

Jemput masuk dapur saya.. :D

Assalamualaikum...

Jemput masuk dapur saya.. :D


Blog dapur saya ni dah lama tak berasap... Bukan takde benda yang dimasak.. Ada je tapi tahap kemalasan nak update entry tu yang jadi penghalang.. 


Cantik tak bilangan pageviews tu.. :D





p/s: Macam janggal pulak guna 'saya' kat blog yang ini sebab dah biasa guna 'aku'.. hehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)