Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 9, 2015

Macam lalang..

Assalamu'alaikum...

Macam lalang..


Asal cantik dan ensem je, dan-dan mengaku satu negeri.. 
Asal baik je, dan-dan mengaku satu kampung...
Asal kaya je, dan-dan mengaku saudara sepusat sepusing..
Asal bijak pandai je, dan-dan mengaku satu kelas.. Tak pun mengaku senior atau junior dia..


Tapi bila yang cantik, yang ensem, yang baik, yang kaya dan yang bijak pandai tadi buat hal yang tak elok, dan-dan tu jugak mengata dan menghentam. Hilang dah semuanya.. Yang kenal dah buat tak kenal.. Yang satu kampung dah tak mengaku sekampung.. Yang mengaku saudara sepusat sepusing dah tak nak mengaku saudara lagi dah.. Yang satu kelaspun dah buat-buat lupa.. Masing-masing malu nak mengaku.. Masing-masing dah macam lalang..


Tak perlu nak memuji lebih-lebih jika orang tu cantik, ensem, baik, kaya ataupun cerdik.. Cukuplah sekadar mengucapkan Alhamdulillah di atas semua benda yang elok dan baik ini.. 


Dan tak perlu juga mengata dan menghentam jika segala yang elok tadi bertukar kepada yang tak elok.. Doakan semua keburukan itu tidak kekal lama dan akan kembali kepada kebaikan semula.. 


p/s: Ingat mengingati sesama kita..

Friday, May 8, 2015

Kenapa suka pow orang..?

Assalamu'alaikum...

Kenapa suka pow orang..?


Kenapa ada orang yang suka pow mengepow ehh..? Aku cukup tak berkenan dengan orang yang amalkan sikap macam ni.. Mak aku lagi la tak suka.. Cucu dia bila sebut je bab pow ni, memang marah la mak aku tu.. Macam la papa kedana sangat sampai nak pow orang.. Tak ada, buatlah cara tak ada.. Takde rasa segan dan malu ke asyik nak pow orang..?


Atas alasan apa kita pow orang? Adakah sebab kita dah tolong dia maka kita rasa kita patut pow orang tu? 


"Nak tunggu ko belanja memang payah la.. Ni la masanya aku nak pow duit ko tu.."



 photo Pow.jpg
Asyik nak pow aku je.. Bagi sebijik kang...!!



Orang kalau nak belanja, dia akan belanja bila dia rasa nak belanja.. Jika dia rasa terhutang budi, pasti dia belanja jugak mengikut kadar kemampuan yang dia ada la.. Tak perlu kot kita nak terhegeh-hegeh minta dia belanja..


p/s: Entah la.. Susah nak faham perangai pelik orang ni.. Jangan sampai yang pelik tadi bertukar menjadi jelik dan jengkel dah laa.. Kang tak pasal-pasal hilang kawan hanya kerana tak dapat nak pow kawan tu..

Wednesday, May 6, 2015

Ko dah kenapa..? Sengal ehh..?

Assalamu'alaikum...

Ko dah kenapa..? Sengal ehh..?


Selain dari fb dan blog, ada satu lagi tempat yang menjadi persinggahan aku iaitu Goodreads atau GR.. Tak boleh la nak kata tempat melepak sebab aku bukan selalu ada kat situ.. Masuk situpun sekejap-sekejap je.. Tengok apa yang patut.. Tukar-tukar pendapat pasal novel dan yang berkaitan.. Selebihnya, aku selalu lepak kat fb je.. 


Sekejap tadi tak boleh nak lepas masuk kat GR tu.. Entah apa-apa je yang keluar.. Sengal sungguh.. ahaha.. 


Pertama, dia keluar macam ni bila klik..




Lepas tu, cuba la klik lagi sekali.. Dia keluar macam ni pulak..




Sebelum tu, dia selalu sangat jadi macam ni sampai aku naik fedap dok tekan sign in with Facebook manjang.. 




Goodreads pun dah terkena jangkitan dari fb gamaknya.. ahaha.. Mujurlah sekejap je dia buat hal.. hehh...


p/s: Profile aku kat GR tu aku set private.. Aku nak jugak sikit privasi kat situ.. Tapi privasi macam mana sekalipun, jika ada jenis yang suka dok nyampai-nyampai, suka dok screenshot apa yang kita post atau komen dan kemudian disebarkan merata-rata, dah tak jadi privasi dah, kannnnnn........ :p

Entah apa-apa aje dorang ni...!

Assalamu'alaikum...

Entah apa-apa aje dorang ni...!


Sampai sekarang aku tak faham, kenapa orang pergi cukur bulu kening dia.. Lepas tu, dia lukis balik kening tu.. Sebenarnya dia nak ke tak kening dia tu..?



Ahahaha... Akupun tak faham dengan orang macam ni.. Elok-elok ada bulu kening, dia buang.. Lepas tu boleh pulak ada masa pergi conteng-conteng balik kening tu.. Kan dah buang masa kat situ.. Lepas tu mula la bising takde masa la, bizi la, bla bla bla, padahal masa dah terbuang untuk buat perkara yang tak masuk dek akal orang waras.. 


Maaf cakap la ya.. Orang yang buang habis bulu kening dia tu, lepas tu dia calit balik kening tu dengan celak, memang nampak hodoh sangat.. Tambah lagi bila lukisan celak tu berterabur.. Mana boleh sesuka hati je buang bulu kening tu tanpa sebab.. Boleh baca kat sini..


p/s: Konon nak nampak cantik tapi sebenarnya nampak buruk sangat..

Tuesday, May 5, 2015

Jangan cepat dibuang..

Assalamualaikum...

Jangan cepat dibuang..


Ni sambungan daripada entry yang ini..  Semalam rupanya begini..




Alkisahnya, dulu masa zaman aku kerja, aku memang rajin masak lauk jenis yang berkuah seperti asam pedas, kari ataupun masak lemak cili padi.. Aku memang suka buat kuah tu banyak sikit.. Sebabnya adalah aku ni suka hirup kuah tu.. Bila dapat menghirup kuah tu, alahaii, sangatlah heaven aii tell you.. ahahaa..


Kebiasaannya, lauk memang cepat je habis tapi kuah tu masih lagi berbaki.. Nak dibuang terasa sayang.. Faham-faham je la duduk sendiri dengan kawan-kawan.. Bajet memang sangat ketat kerana gaji memang ciput ya amat... Jadinya, kenalah berbelanja dengan berhemah.. 


Mujurlah rumah yang didiami tu kompeni dah siap bayarkan.. Kiranya duduk secara percuma la.. Cuma kena bayar bil api dan bil air beramai-ramai.. Itupun setelah berkongsi rumah dengan pekerja dari Indonesia.. Gara-gara dorang yang menggunakan letrik ikut sesuka hati dan sesedap rasa, maka pihak kompeni suruh kitorang bayar sendiri segala jenis bil tu padahal sebelum tu semuanya kompeni yang tanggung.. huhuhu...


Bila teringat kisah lama tu, maka kuah yang masih berbaki semalam tu aku masukkan telur rebus dan terung..  Maka, ianya bertukar menjadi yang ini pula.. Tiada lagi ikan kembung bersama jantung pisang.. ahaha...




Benda ni perkara biasa.. Ingat kedai makan tak buat macam ni ke...? Kalau kedai makan yang memang laris, mungkin dorang takde la buat macam ni sebab dah pasti semua isi dan kuah tu licin tapi jika sebaliknya..? Silap-silap haribulan, ada yang asingkan isi dan kuah, lepas tu isi simpan dalam peti sejuk dan kuah tu main panaskan je.. Esok masak balik semula semua sekali seolah-olah masak baru.. 


p/s: Tak payah nak pelik sangat la kot... ahaha... Cuba kerja kat kedai makan dan tengoklah sendiri.. hehh...

Monday, May 4, 2015

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...


Okay, hari ni aku terlebih rajin.. hehh.. hehh.. hehh... Alhamdulillah la kan sebab terlebih rajin.. Kalau terlebih malas, lagi la bahaya... ahaha...


Sebelum tu, nak cerita sikit la kenapa aku boleh terlebih rajin macam ni.. Al-kisahnya, pagi tadi aku jenguk la pokok pisang yang mak aku tanam kat belakang rumah ni.. Lepas tu ternampak la setandan pisang yang buahnya mula nak besar.. Terus aku teringat kata-kata jiran aku hari tu.. 


Jiran aku cakap, kalau nak bagi buah pisang tu besar, kita kena buang dia punya jantung.. Lepas tu buang sikit pelepah daun pisang yang banyak kat pokok tu.. Tinggalkan pelepah tu dalam lima atau enam pelepah sahaja.. Ini petua yang dia dapat dari seorang jiran yang memang expert dalam bab menanam pokok pisang.. Maka, akupun ikut la petua itu.. Tak salahkan mencuba.. hehh...


Dan disebabkan aku dah potong jantung pisang tadi, tak kan la aku nak buang macam tu je.. Rugi la, kan.. Orang beria-ia beli jantung pisang tapi aku nak buang la pulak.. Kan membazir namanya tu.. Membazir itu amalan syaiton.. Ingat tu... heeeee....


Dan atas rasa sayang nak membazir tadi, maka jadilah masak lemak cili api ikan kembung ni dengan jantung pisang.. Meh tengok cara aku masak gulai ni.. Aku bukannya terer pun bab masak-masak macam ni tapi kito hontam yo la labuuuu oiii... ahahaa...


Ni cara aku masak.. Cara orang lain aku tak tau macam mana.. Masing-masing pasti ada cara tersendiri, kan.. Ikut aje la mana yang selesa.. 


1- Ambil sebiji jantung pisang.. Buang kulit kaler purple tu hingga tinggal yang putih sahaja.. Kalau ada sikit-sikit kaler purple kat hujung jantung tu takpe la kot.. Kemudian, dibersihkan, dibelah empat dan rebus dengan sedikit garam.. Rebus hingga separa empuk..





2- Lepas tu, curahkan jantung yang dalam periuk tadi ke dalam tapis.. Lalukan dengan air paip untuk menghilangkan getah jantung pisang tadi..




3- Ini cili padi yang telah aku blend bersama dengan kunyit hidup... Gunakan sikit je ikut tahap kepedasan yang sesuai.. Yang ni aku blend banyak sebab nak buat stok dan simpan dalam peti sejuk..





4- Aku gunakan ikan kembung je.. Ikan keli ada je dalam kolam kat luar dapur ni tapi aku malas nak cekau.. Kang nak kena matikan dia dulu.. Banyak kerja nak buat.. Lagipun abang aku kat rumah ni tak makan sangat ikan keli ni.. Aku bedal je semua.. ahaha... Jadi la tiga ekor je.. Jimat weii... muahahahaha....




5- Aku masakkan kuahnya dulu.. Dalam periuk ni ada cili api dan kunyit hidup tadi + sebatang serai yang dititik + dua keping asam keping + santan.. Masak dengan api yang sederhana besar untuk elakkan daripada santan pecah minyak.. Kacau-kacau jugak.. Jangan main tinggal macam tu je.. Masak hingga mendidih lama sikit untuk bagi cili padi tu betul-betul masak.. 

(Serai tu tak nak letakpun takpe tapi aku saja la nak letak.. Ni ikut cara kakak aku yang kat Labu tu masak sebab dia memang suka letak serai.. Nak buang angin, katanya.. hehe..)




6- Lepas tu, masukkan ikan kembung tu dulu.. Biarkan mendidih seketika..




7- Kemudian, masukkan pula jantung pisang tadi.. Masukkan juga garam dan jika suka, boleh la letak sedikit pak aji untuk seimbangkan rasa.. Letak secubit je dah memadai dah tapi jika tak nak letakpun tak apa.. Biarkan mendidih lagi sambil kacau perlahan-lahan..





9- Okay, dah siap dah masak lemak cili api bersama jantung pisang versi aku.. Boleh la tutupkan api dapur tu tapi jangan tutup terus periuk tu sebab masih lagi panas.. Kang tak pasal-pasal cepat pulak gulai tu basi..




p/s: Selamat mencuba untuk yang berani dan rajin mencuba.. Mana yang tak berapa rajin nak buat tu, boleh la pergi tapau kat kedai makan tapi nanti jangan bising pulak sebab kena GST... ekekekeke...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)