Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 19, 2015

Potong sepasang baju melayu...

Assalamu'alaikum...

Potong sepasang baju melayu...


Petang tadi, dapatlah aku potong sepasang baju melayu.. Baju melayu ni abang aku punya.. Sebenarnya, ni tahun lepas punya kain tapi aku tak sempat nak potong.. Tu yang potong hari ni.. hehe.. Kain ni kakak aku yang belikan untuk adik dia (abang aku tu la..). Bila baju tu tak siap, bising jugak la mulut kakak aku tu.. Tadah telinga je la.. ahahaha..


Jom tengok gambar yang aku ambil masa buat kerja pemotongan tadi. Gigih aku dok klik klik enpon cap ayam aku tu.. hehh... Aku tak pasti ukuran ni untuk saiz apa.. Ukuran keliling pinggang seluar adalah 38 inci.. Saiz apa ni ya..? XL atau XXL..? 


Ni untuk badan baju melayu tu.. Ukurannya adalah 21 inci untuk badan/bahu dan 34 inci untuk labuh baju.. Ukuran dah siap masuk basi jahitan..



Ni pulak bahagian tangan. Ukurannya adalah 26 inci panjang/labuh, 9 1/2 inci untuk lengan atas dan 8 inci untuk lengan bawah.. Masukkan 1/2 inci ke dalam pada bahagian lengan atas. Tujuannya untuk mengelakkan bahagia lengan atas tu bergumpal atau menggelebeh.. Ukuran dah siap basi jahitan/lipatan..



Ini adalah bahagian pesak.. Ukurannya adalah 5 inci untuk pesak bawah dan 3 1/2 inci untuk pesak atas.. Panjang pesak adalah 27 inci (ada lebihan 2 inci).. Buatkan bentuk empat segi tepat dengan ukuran 8 1/2 inci dan tandakan untuk pesak bawah (5 inci) dan pesak atas (3 1/2 inci).. Kemudian, gariskan kat tengah-tengah tu.. Ukuran dah siap basi jahitan.. Ukuran asal kat contoh baju siap adalah 4 inci dan 2 1/2 inci.. 

Panjang pesak = Labuh baju tolak lebar lengan atas dan tambahkan 2 inci untuk keselamatan.. Nak tambah satu inci pun boleh jika yakin.. 



Ini pula adalah bahagian kekek.. Ukurannya adalah 4 X 4 inci.. Ukuran dah siap basi jahitan..




Sebelum letak pola seluar, kena buat garisan tengah iaitu garisan yang sama yang ada kat pola.. Tujuannya, supaya seluar tidak senget... Jarak dari bahagian tepi tu kena la sama dari atas sampai bawah.. Yang ni jaraknya adalah 8 inci dari tepi kain tu (tepi menghadap meja tu..). 


-A-


Lepas tu barulah letakkan pola seluar untuk bahagian belakang.. Garisan tengah pola tu kena sama dengan garisan yang telah dibuat atas kain tadi.. 




Okay, dah siap dah untuk seluar bahagian belakang... Tandakan B for Belakang pada kedua-dua belah seluar supaya senang nak cantum nanti...



Untuk bahagian depan seluar pula, gunakan pola yang sama tapi lipatkan bahagian kat pinggang dan bahagian sisi dalam.. Boleh tengok perbezaan pada gambar bahagian belakang tadi.. Proses nak potong juga sama macam gambar -A- di atas...



Okay, dah siap dah potong bahagian depan seluar..



Ini pula adalah pola untuk poket besar dan poket baju melayu, pola poket seluar, pola lubang leher atau bulan dan juga nota cara nak buat fly pendek dan fly panjang.. Nota tu saja aku tulis kat pola poket seluar tu.. Nanti takde la aku asyik nak cari dan bukak fail setiap kali nak buat seluar yang ada zip..



*Setiap kali nak potong untuk bahagian baju atau seluar, kain kena lipat dua.. 


p/s: Selesai dah potong baju melayu ni.. Lega cheq naaa.. hehh...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang..

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang..


Hari tu aku ada buat entri pasal masak lemak ikan kembung dengan jantung pisang.. Hari ni masih lagi mengekalkan jantung pisang tapi dipadankan pula dengan ikan tongkol.. Untung jadi jantung pisang ni.. Boleh bertukar pasangan setiap masa.. ahaha.. 




Kelmarin, ternampak la post pasal masak lemak kupang dengan jantung pisang dari chef Mat Gebu kat grup blogger Ben Ashaari.. Tiba-tiba teringin pulak nak masak lemak ikan tongkol ni dengan jantung pisang.. Asalnya nak masak ikan siakap tapi lepas tu tukar fikiran la pulak.. Nak cuba ikan tongkol pulak.. Asyik masak kari je ikan tongkol tu.. Sesekali nak jugak tukar selera.. hehh..




Resepi aku ikut cara aku la ya.. Macam mana aku buat masa gulai ikan kembung hari tu, macam tu la aku buat untuk gulai ikan tongkol kali ni.. Main hentam saja la labu... Asal boleh makan, sudah.. hehh..


Gigih aku pergi belakang rumah.. Terdongak-dongak aku tengok pokok pisang mak aku tu.. Mana yang ada jantung, semua aku zapppp...! Ahahaha... Dapat la lima ketul jantung pisang tu tapi semuanya takde la besar mana.. Dah buang kulit luar tu, tinggal la seco'et je besar dia.. 


Gulai ikan tongkol dengan jantung pisang aku ni kurang menyerlah warna dia.. Kurang kunyit hidup gamaknya.. Tak kisah la haiihhh... Janji menjadi gulai tu.. hehehe...


p/s: Korang masak apa hari ni..? Meh kongsi kat ruang komen apa yang korang masak.. 

Cegah sebelum parah...

Assalamu'alaikum...

Cegah sebelum parah...


Selfies craze is actually a mental disorder.. Sebelum menjadi semakin teruk, eloklah dicegah terlebih awal..




Selfie craze were classified into three types including:

1- Borderline selfitis, those who take photos of one’s self at least three times a day but don’t post them on social media (Moderately attractive people). 


2- Acute selfitis, who take photos of one’s self at least three times a day and post each of the photos on social media (People who have groomed for these activities).


3- Chronic selfitis, those who have the uncontrollable urge to take photos of one’s self round the clock and posting them on social media over six times a day (attention seekers).


Kita yang mana satu..? Berpada-padalah sebelum orang labelkan kita sebagai gila syok sendiri.. 


p/s: Selfie untuk tatapan sendiri je.. Sekali kena perli, tak buat dah... Segan.. hehh.. Daripada selfie yang menjengkelkan pandangan orang, lebih baik ambil gambar pokok bunga, kucing, makanan, keindahan alam dan sebagainya..

Monday, May 18, 2015

Tidak bertamaddunkah kita..?

Assalamu'alaikum...

Tidak bertamaddunkah kita..?


Sakit tu memang la sakit.. Tapi adakah wajar kita mengubati kesakitan itu dengan kekerasan..? Bukankah sepatutnya kita reda atas setiap kesakitan yang menimpa..? Dimanakah letaknya nilai sabar dan iman dihati kita..?


Ya, ini yang berlaku dalam perlawanan bola sepak kita.. Hanya kerana kalah, habis semuanya huru hara.. Ini baru kes bola.. Belum lagi masuk kes darurat tak cukup makan atau negara dilanda perang.. Kes bola ni pun kita tak boleh nak tahan sabar.. Macam mana nak hadapi musibah yang lagi besar..? 


Tak malu ke berperangai sebegini..? Oh, mungkin ramai yang takde rasa malu.. Kalau malu, takde la jadi benda macam ni, kan..? Malahan makin ramai yang menyokong atas tindakan merusuh ni. Asal kalah je, merusuh.. Asal tak puas hati je, merusuh.. Nampak sangat jiwa tak tenang.. Jiwa yang rusuh.. Maka rusuh la segalanya..


Aku yang tengokpun malu.. Lagi malu bila baca komen-komen yang ada, yang mambabikan semua pihak termasuk pengadil dan FAM.. 


Aku malas nak buat print screen atau screnshot.. Boleh je baca kat mana-mana laman sosial pasal benda ni.. Boleh je baca komen yang ada dari para cerdik pandai negara... hehh... 


Ataupun boleh tengok video keganasan mereka kat sini.. Kot ya pun nak tunjuk hebat, bukan ini caranya.. Entah-entah polis yang mereka pukul ni salah seorang polis yang membantu mereka ketika banjir dahulu.. Siapa tahu. kan..?


p/s: Aku tengok game Pahang lawan Kelantan... Takpe Pahang.. Lain kali cuba lagi.. Jangan putus asa ya... 

Friday, May 15, 2015

Cili vs Babi...

Assalamu'alaikum...

Cili vs Babi...


Emak-emak zaman dulu, biarpun belajarnya tidak tinggi, walaupun tidak ada degree, malahan ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah akibat kesempitan hidup, namun mereka masih berjaya mendidik anak dengan lebih berhemah.. 




Emak-emak zaman sekarang, degree botingkek-tingkek, mencari ilmu merata dunia tapi masih gagal mendidik anak dari menyumpah seranah sesuka hati.. Ataupun, mungkin mereka juga jenis manusia yang sesuka hati memaki sana sini.. Bak kata orang, dah jadi kebiasaan memaki orang depan anak, ataupun memaki anak sendiri, itu yang anak terikut-ikut..


Ini bukan omongan kosong.. Ini adalah realiti kehidupan yang saban hari dihidangkan pada penglihatan kita.. Contohnya, tengok sahajalah apa yang ada kat fb dan sebagainya..


Emak-emak sekarang, nak cubit anakpun takut.. Apatah lagi nak cilikan mulut anak tu.. Aku sendiri pernah sumbat cili merah kat mulut anak sedara.. Peduli apa aku..! Kawan aku pernah tenyeh cili api kat mulut anak perempuan dia yang baru berumur 6 tahun sampai merah mulut budak tu.. Lepas tu, takde dah anak dia sebut perkataan yang tak elok.. 


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Masalah sekarang adalah orang sekarang tak rajin nak membaca peribahasa zaman dahulu.. Tidak mahu merungkai maksud yang tersembunyi.. Mereka lebih suka kepada peribahasa Inggeris yang nampak lebih 'cerdik' bila menuturkannya.. Aku kalau masuk bab peribahasa Inggeris ni, memang aku fail.. Tak faham aku apa yang cuba disampaikan.. 


Akupun ada masanya menyumpah seranah jugak tapi seingat aku, masa zaman sekolah atau zaman kerja dulu, aku memang takde la nak sebut babi ni semua.. Cuma sekarang ni kadang-kadang terlepas jugak satu dua das perkataan tu..  Ye la, akupun manusia yang tak sempurna jugak.. Ada masa dan ketikanya, hilang sabar jugak.. Tapi macam apa yang doktor tu kata la, menyumpah dalam hati ataupun untuk pendengaran sendiri je... Mencarut tu aku memang tak pandai nak buat.. Dan hairan jugak kenapa orang suka sangat mencarut.. 


p/s: Kadang-kadang dah diajar tapi pengaruh sekeliling lagi kuat.. Itu juga mungkin satu faktor yang mendorong ke arah mulut yang cabul.. 

Thursday, May 14, 2015

Lupakan...

Assalamu'alaikum...

Lupakan...


Lupakan sahaja orang yang menyakitkan hati kita.. 




Untuk apa dikenang lagi.. Buang karan je... 


p/s: Hide-Remove-Block.. Habis cerita...!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)