Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 16, 2015

Merakam gambar kenangan: Bahagian 4...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 4...


Aku sambung balik kisah Floria Putrajaya hari tu.. Bukan sambung kisah sebenarnya, tapi sambung kongsi gambar je.. Selagi gambar yang aku ambil hari tu tidak dimasukkan ke dalam blog, selagi tu la kisah ini bersiaran.. hehh..




















Macam mana..? Geram tak tengok bunga orkid yang berkembang megah tu..? Aku yang tengok secara live ni pun sampai terkedu tak terkata apa.. Menakjubkan sungguh ciptaan Allah ini.. Subhanallah...!


p/s: Rasanya akan ada satu lagi entri berkaitan gambar sekitar Floria Putrajaya ni.. Sebelum puasa ni aku nak habiskan kisah ni.. Lepas tu boleh la kita ngobrol pasal resepi pulak, kan.. ahaha...

Monday, June 15, 2015

Mencuba resepi kuih talam keladi berpandukan buku blogger masakan...

Assalamu'alaikum...

Mencuba resepi kuih talam keladi berpandukan buku blogger masakan...


Baru-baru ni aku ada beli lima buah buku Siri Blogger Masakan dari MPH Online. Sebenarnya dah lama nak beli tapi asyik tertangguh sebab bajet manjang ke laut je.. Jenuh nak kejar.. hehe... 




Disebabkan MPH Online ada diskaun untuk bulan kelahiran aku bulan lepas iaitu bulan May, maka akupun beli la buku-buku masakan ni.. Jika diikutkan, harga sebuah buku tu takde la mahal sangat tapi jika ada diskaun tu, baiklah aku rembat masa tu.. Dapat la aku jimat beberapa ringgit untuk disalurkan ke arah yang lain pula.. Orang yang kurang berduit macam aku ni memang nak kena berkira dalam semua belian.. hehh...


 Buku dari blogger Masam Manis... (Aku memang selalu jenguk blog Ita ni.. Tambahan lagi aku ada follow blog beliau kat fb. Suka tengok hasil kek beliau yang sangatlah cantik dan kreatif..)


 Buku dari blogger Qasey Honey.. (Jujurnya aku tak pernah jenguk blog beliau.. Hari ni baru aku jenguk sebab nak dapatkan link blog tu... huhu..)


 Buku dari blogger Dari Dapur CT.. (Juga pertama kali aku melawat blog beliau..)


Dan untuk percubaan pertama, aku telahpun mencuba satu resepi dari buku Kuih-Muih Nusantara daripada blogger Siti Delima iaitu kuih talam keladi.. Dapat ngam-ngam satu loyang bulat ni..






Alhamdulillah, menjadi kuih yang aku buat ni walaupun pada awalnya aku tengok macam tak berapa nak menjadi.. Seriau la sikit masa tu.. hehe.. 


Meh aku kongsikan resepi dari buku tu.. Cumanya aku takde ubi keladi, jadinya aku skip la bahan yang ini..


Talam Keladi:
--------------------

Bahan lapisan bawah:
-------------------------------
2 cawan tepung beras
3 sudu besar / sudu makan tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
6 sudu besar / sudu makan gula
300ml santan pekat
700ml air
(Satukan semua bahan..)

300 gram keladi - yang ini aku skip 
(Keladi dipotong kiub. Dikukus selama 5 minit, kemudian baru ditimbang)


Cara buat lapisan bawah:
-----------------------------------
1- Satukan bahan dan kacau rata hingga sebati.
2- Tapiskan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
3- Masukkan keladi dan kacau sebentar - yang ini aku skip.
4- Tuang ke dalam loyang 10" X 10" X 3" - aku guna loyang bulat..
5- Kukus selama 25 minit..


Bahan lapisan atas:
---------------------------
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gram gula  halus
3  biji telur - aku kocak dalhulu dalam bekas lain
250ml santan 
500ml air
Sedikit pewarna ungu dan esen perisa keladi - aku guna yam paste je


Cara buat lapisan atas:
-------------------------------
1- Satukan semua bahan dan kacau rata hingga sebati.
2- Tapiskan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
3- Tuangkan ke atas lapisan pertama tadi.
4- Kukus lagi selama 30 minit - Aku kukus dalam sejam sebab aku gunakan api sederhana kuat..


Tips yang turut dikongsi dalam buku ini adalah:
1- Keladi dibersihkan dan dibasuh dengan air garam supaya tidak hitam.

2- Balut penutup kukusan dengan kain bersih untuk mengelakkan dari wap kukusan menitis ke atas kuih semasa mengukus.

3- Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit dengan minyak masak pada permukaan plastik tersebut. (Aku lupa nak buat macam ni.. Memang susah nak potong. Kena masukkan dalam peti sejuk dahulu.. Lepas tu barulah senang sikit nak potong. Aku potong guna pisau plastik..)


Selamat mencuba ya.. Lagi elok jika beli semua buku-buku siri blogger masakan ni.. Kita support sesama blogger.. Lagipun senang nak rujuk dan boleh di bawa ke mana-mana.. Boleh je tengok kat blog dorang tapi kalau line internet takde, tak boleh jugak nak browse, kan.. hehe..


p/s 1: Lepas ni nak cuba resepi lain pulak.. Semangat weeiii, semangat...! Ahaha...
p/s 2: Aku tolong promot buku ni sebab tu aku letakkan resepi ni.. Harap aku tak kena saman.. hehh...

Friday, June 12, 2015

Masak lemak putih taugeh kasar...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak putih taugeh kasar...


Tengahari ni aku masak lemak taugeh kasar ni dan goreng ikan masin.. Lepas tu aku keluarkan stok jeruk petai dari dalam peti sejuk.. Alhamdulillah, ini rezeki kami yang Allah beri pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.. :)


Okay, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan cara aku masak lemak putih taugeh kasar ni.. Mudah je nak masaknya.. Yang rumit sikit tu nak kena perah santan dan jugak kena buang ekor taugeh tu.. Alah, jika kita fikir rumit, maka rumit la jadinya.. Sampai bila-bilapun benda ni akan terus jadi rumit jika terus beranggapan sebegitu.. Think positive, okay..! Hehh...


Jom tengok gambar.. As usual, bawah gambar tu nanti aku bagi penerangan serba sikit..



Taugeh kasar dalam setengah kilo. Buang ekornya..



 Kelapa parut dari dua biji kelapa.. Kelapa banyak kat rumah ni sampai ada yang dah tumbuh... Sayang jika tidak digunakan.. Lagipun bukannya selalu masak lemak guna santan ni.. heee...



Sebiji kentang.. Kupas dan potong...


 Ikan kering yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk.. Rendam dahulu untuk membuang sedikit rasa masinnya dan juga untuk melembutkannya..


 Di dalam periuk... Empat keping tauhu dipotong dadu, dua biji cili merah dihiris, dua labu bawang besar dihiris membulat dan segenggam ikan bilis..


 Perahkan kelapa parut tadi menjadi santan dan masukkan ke dalam periuk tadi... 


 Masak hingga mendidih sedikit dan kemudian masukkan kentang... (Jika kentang jenis lambat empuk, boleh masukkan sekali dari awal..). Kacau kuah agar santan tidak pecah minyak.. Bila kentang dah mula empuk sedikit, barulah masukkan taugeh kasar.. Masukkan garam sekali.. Aku guna garam kasar.. Biarkan mendidih seketika.. Jangan lupa untuk mengacau kuah tu.. Agak-agak batang taugeh dah lembut, boleh la tutup api dapur..



 Inilah hasilnya masak lemak putih taugeh kasar aku dan jugak ikan masin goreng..



Jika nak lagi umphhh, boleh la sertakan sekali dengan jeruk petai ni... Pergghh...!!!


p/s: Okay, dah siap.. Selamat mencuba... Alasan boleh direka tapi kepuasan itu hanya kita je yang dapat merasainya.. 

Thursday, June 11, 2015

Penangan Dia, isteri luar biasa...

Assalamu'alaikum...

Penangan Dia, isteri luar biasa...


Ramai yang marah dengan watak heroin dalam drama Dia, Isteri Luar Biasa ni. Watak seorang isteri yang suka sangat meninggikan suara pada suami.. Pada hakikatnya, ramai je isteri yang sebegitu dalam alam realiti.. Mungkin kena tengok balik pada diri masing-masing.. Ye la, beria-ia marah padahal diri sendiri buat perkara yang sama.. hehh..



Jujurnya, aku tak ikuti sangat kisah drama DILB ni tapi bohong la kalau aku kata aku tak pernah tengok langsung, kan.. Ada la tengok tiga empat episod tapi tidaklah betul-betul fokus pada drama tu.. Macam biasa, tengok gitu-gitu je dalam suasana waktu siaran yang sebegitu..


Aku tak tau pun mengenai kontroversi apa yang berlaku.. Entah, aku ni kalau jenis tengok drama, tengok je.. Takdepun aku nak ambil kisah apa yang berlaku kat luar drama tu.. Link ni pun aku tak bacapun.. Sekadar letak je.. 


p/s: Aku dah baca novel DILB ni.. Tak banyak yang aku ingat mengenainya sebab dah lama baca.. Nak repeat baca, novel ni dah pun aku jual balik.. Yang aku ingat ialah pasal guruh, nasi ayam tu dengan kajian kat hutan Belum tu.. Selebihnya, blank and blur.. 

Wednesday, June 10, 2015

Apa untungnya dengan menipu..?

Assalamu'alaikum...

Apa untungnya dengan menipu..?


If you SUCCEED in CHEATING someone, don't think that a person is a FOOL..
REALIZE that the person TRUSTED you much more than you DESERVED.. 





p/s: Sekali kita menipu, beribu kali orang tak percaya kat kita dah... Jadi, apa untungnya kita menipu..?

Tuesday, June 9, 2015

Merakam gambar kenangan: Bahagian 3...

Assalamu'alaikum...

Merakam gambar kenangan: Bahagian 3...


Tak habis lagi ni nak kongsi gambar Floria Putrajaya walaupun pesta bunga tu sudahpun berakhir pada hari Ahad lepas.. 


Yang sudi tengok gambar, silakan.. Yang tak sudi tu, tidak mengapa.. Tiada unsur paksaan di sini.. hehh... hehh.. hehh...













Masa ni ada artis kat pentas utama tu tapi tak pasti siapa sebab tak pergi tengokpun.. Cuma dengar sambil lalu je.. 


p/s: Masih banyak lagi gambar yang akan dikongsi.. Orang tak nak tengok takpe.. Biar aku je yang tengok sebab ni semua sudah menjadi kenangan lalu.. ceewaahhh... ahaha..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)