Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, October 21, 2015

Cara nak buat inti dan kulit karipap step by step.. Entri penuh dengan gambar...

Assalamu'alaikum...

Cara nak buat inti dan kulit karipap step by step.. Entri penuh dengan gambar...


Semalam aku buat karipap lagi setelah lama menyepi dari menguli doh karipap ni.. hehe.. Kali ni aku kongsikan gambar yang banyak bermula dari gambar nak buat inti hinggalah kepada gambar buat kulit karipap dan akhir sekali hasil selepas digoreng.. As usual, aku suka karipap berintikan kentang.. Kali ni karipap ayam dan kentang..


Rasanya tengok gambar je dah boleh faham, kan..? Apa lagi, jom la tengok gambar.. hehh..



^
Kentang ni boleh dapat inti untuk sekilo tepung gandum.. Ada baki lagi dalam semangkuk..
v




^
Bawang besar, bawang putih, daun kari, daging ayam dan serbuk kari Babas..
v



 Mula-mula sekali tumiskan bawang putih dan daun kari hingga naik bau..


 Lepas tu masukkan hirisan bawang besar.. Kacau-kacau hingga bawang layu..


 Lepas tu, masukkan pula serbuk kari.. Kacau-kacau dan tunggu sampai pecah minyak (minyak bertakung kat atas). Kena rajin kacau supaya tak hangit..


 Lepas tu masukkan pula daging ayam.. Kacau sebati dan masak hingga ayam mengecut.. Anggaran 5 minit..


 Kemudian, masukkan pula kentang..



^
 Lepas tu, terus je masukkan air.. Air kena banyak sikit sebab kentang ni susah nak empuk.. Sukatan air bergantung pada jenis kentang yang digunakan.. Sebelum kuah tu kering, boleh la masukkan garam secukup rasa..
v



^
Masak hingga kering.. Kalau kentang dah lembik, boleh je terus tutup api.. Nanti kalau kentang benyek sangatpun tak sedap jugak.. Masukkan inti ke dalam tapisan untuk toskan lebihan minyak..
v



Okay, bab inti dah siap.. Boleh la ketepikan.. Sementara tu, boleh la kita buat doh untuk kulit karipap tu pulak..



^
Panaskan minyak dalam kuali hingga ada buih-buih kecil kat dasar kuali tu.. Lepas tu, terus je curahkan minyak tadi ke dalam bekas yang berisi tepung gandum dan garam.. 
v


Apabila minyak dah suam, bolehlah gaul-gaulkan adunan hingga menjadi seperti serbuk roti..



^
Lepas tu, tuangkan air ke dalam adunan tadi.. Gaul dan uli hingga menjadi doh.. Gunakan sukatan yang sama dengan minyak tadi..
v



^
Lepas tu, masukkan marjerin ke dalam doh dan uli lagi sehingga doh betul-betul lembut dan tidak melekat pada jari jemari..
v



^
Kemudian, ambil segenggam doh tadi dan kepalkan seperti di dalam gambar untuk dapatkan bentuk bebola sebesar bola golf.. Buat begini hingga doh habis..
v


^
Lepas tu, gelek-gelekkan bebola tadi supaya bentuknya menjadi kemas..
v



^
 Kemudian, perapkan bebola doh tadi di dalam bekas yang bertutup.. Perap hingga keluar minyak supaya nanti doh tu lembut dan mudah untuk digelek.. Yang ni aku buat petang, malam baru aku gelek..
v



^
Dengan menggunakan acuan yang ini, boleh la gelek doh tadi.. Sebelum tutup atau kapit acuan, sapukan sekeliling doh tu dengan sedikit air.. Sapu air tu pada doh yang kat bahagian gigi acuan tu..
v



^
 Dan inilah hasilnya setelah siap..
v



^
Untuk frozen, aku goreng dahulu separuh masak supaya nanti karipap tu tak melekat antara satu sama lain semasa di dalam bekas atau plastik.. Cara ni lebih selamat..
v


 Ini yang dah goreng betul-betul untuk dimakan..


Okay, dah siap packing.. Dah boleh di-frozen-kan.. 


Ni resepi inti dan doh yang aku olah sendiri..

Bahan untuk inti karipap ayam + kentang
```````````````````````````````````````````
11 biji kentang saiz sederhana
1 mangkuk isi ayam
8 sudu makan serbuk kari Babas
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Air


Bahan untuk kulit karipap
```````````````````````````
1 kilo tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 1/4 cawan minyak masak - panaskan
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
3 @ 4 sudu makan marjerin Planta - jangan lebih..


p/s: Alhamdulillah.. Jimat..

Sunday, October 18, 2015

Resepi dan cara nak buat kuih kaswi pandan...

Assalamu'alaikum...

Resepi dan cara nak buat kuih kaswi pandan...

Petang tadi aku buat kuih kaswi pandan ni... Pertama kali buat kuih kaswi ni.. Resepi asal adalah dari blog Ita masam manis.. 













Ini resepi dari Ita masam manis tu.. Tapi ada bahan yang aku ejas dan skip..

5 helai daun pandan dipotong kecil dan kisar dengan 2 cawan air - tapiskan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir - aku gunakan 3/4 cawan sahaja.. Itupun dah manis dah..
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau - aku guna pandan paste je
sedikit pandan emulco - ni aku skip
1 sudu kecil air kapur makanan

1/2 sudu kecik garam halus - ini aku tambah sendiri











Masa aku sibuk dok klik klik gambar kuih yang dah siap ni, ada makcik dekat rumah datang jenguk mak aku.. Maka, akupun bagi la dia rasa kuih ni.. Aku cakap la kat makcik tu; entah apa la rasa kuih ni sebab akupun tak rasa lagi.. Makcik tu kata, sedap.. 


Alhamdulillah.. Terima kasih atas tuan punya resepi... Moga murah rezeki sebab kongsi resepi ni..


p/s: Seronok main masak-masak ni.. Tapi jangan ada yang kacau la masa sibuk kat dapur sebab takut mood tiba-tiba je lari.. hehe..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)