Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 19, 2022

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

 Assalamu'alaikum.

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

Hari Sabtu yang lalu iaitu 17 September 2022, seramai sepuluh orang ahli keluarga aku pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. 

Yang ikut rombongan ini terdiri daripada Abang Ngah aku dan isteri serta anak sulung dia, kakak aku yang kat Rembau tu tiga beranak, adik ipar aku, anak-anak dan menantu kakak aku yang kat Labu tu. Dalam sepuluh orang ahli rombongan tu, dua daripadanya adalah lelaki.

Aku tak ikut sekali atas sebab tertentu. Akupun tak pergi hantar rombongan di KLIA sebab ada orang lain lagi yang tinggal di rumah. 














Moga Allah permudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di sana dan moga mereka beroleh umrah yang mabrur. Aamiin.

p/s: Moga satu hari nanti ada rezeki aku untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini. Aamiin.

.

Kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Kailan hidroponik.

Ini merupakan percubaan pertama aku tanam kailan guna cara #hidroponik ni. Aku guna cara ni sebab jimat masa nak siram. 😁😁😁





Aku tak letak baja sangatpun. Saja la nak tengok perkembangan dia macam mana. Lagipun aku ni masih lagi dalam proses belajar guna kaedah hidroponik pakai batang paip pvc ni.



p/s: Hujung paip kat belakang tu leaking la pulak. Adehh...

.

Kemas laman.

Assalamu'alaikum.

Kemas laman.

Semalam, aku clear-kan kawasan laman ni sebab hari tu ada ular hitam kat sini. Aii is seram.. 😫😫😫 Dah la ular tu tak dapat bunuh. Lagi la aii seram berganda.

Aku terpaksa tebang pokok kaktus ni sebab dahan dia dah besar dan anai-anai dah mula memanjat pokok tu. Lepas tu, dahan dia kena pulak dengan kayu alang kat garaj kereta. Risau pulak aku kalau anai-anai tu berjangkit kat kayu tu pulak. 

Sayang tu memang la sayang sebab dah bertahun-tahun aku bela tapi nak buat macam mana. Suka atau tidak, terpaksalah korbankan jugak. Tapi takpe la sebab ada lagi pokok kaktus ni yang aku tanam dalam pasu.













p/s: Seperti biasa, #Peah setia menemani. Macam mana la aku tak sayang dia, kan? 😻😻😻 

.

Saturday, September 17, 2022

Buat inang-inang.

 Assalamu'alaikum.

Buat inang-inang.

Pulut yang tak habis dimakan, jangan terus dibuang. Kita boleh buat inang-inang. Jika tak sempat nak buat on the spot, kita simpan dulu pulut tu dalam freezer. 




Then, bila kita ada masa lapang, kita kukus balik pulut tu dan boleh la buat inang-inang tu. Yang penting, kita jangan membazir. 





p/s: Jom kita buat inang-inang pulak. Inang-inangpun dah mahal dah. 😊😊😊

.

Friday, September 16, 2022

Petik cili padi bara dan bawa balik.

 Assalamu'alaikum.

Petik cili padi bara dan bawa balik.


Alhamdulillah. 

Terima kasih Allah yang memberi rezeki. Terima kasih tuan punya kebun yang bagi cili secara percuma. Terima kasih juga pada kawan yang tolong petikkan cili padi bara ni dan hantar ke rumah. Moga Allah luaskan lagi rezeki tuan punya kebun cili dan tukang petik cili ni. Aamiin.




Kelmarin, tuan punya kebun cili ajak sesiapa je pergi petik cili kat kebun dia sebab dia nak bersihkan kawasan. Dia suruh petik dan bawa balik cili tu secara percuma. 




Aku tak pergi tapi aku minta tolong sorang kawan grup kebun cili padi bara untuk petikkan bagi pihak aku. Pagi tadi dia hantar ke rumah. Alhamduillah, sudah aku blend semuanya. 😊😊😊  



p/s: Memang pedas cili padi bara ni. Habis pijar tangan aku ni haa..

.

Tuesday, September 13, 2022

Fertigasi cili bara: Sambung lagi.

Assalamu'alaikum.

Fertigasi cili bara: Sambung lagi.

Hari ni merupakan hari ketiga kami isi cocopeat dalam polybag. Hari pertama dapat habiskan 42 kampit cocopeat. Hari kedua 51 kampit dan hari ini 52 kampit. Masih ada lagi 55 kampit cocopeat untuk dihabiskan dari keseluruhan 200 kampit. Sasarannya adalah 800 polybag yang siap diisi dengan cocopeat.

Mudah-mudahan cepat la habisnya. Boleh la sambung buat kerja lain pulak. Tak sabar pulak rasanya nak tengok perkembangan projek ni. 😊😊😊 

Kami masuk kerja seawal pukul lapan pagi. Gigih, kan? 😁😁😁 Pukul sebelas setengah kami berhenti. Pukul dua belas tengah hari kami bersurai dan sambung esok pagi pulak. Beginilah rutin untuk tiga empat hari ni.



Ni dah siap untuk hari ni. Kemaskan kawasan dan sembang-sembang sikit.






Masing-masing fokus buat kerja. Memang tak sempat nak kudap-kudap. Berhenti sekejap untuk makan. Hari ni ada orang sedekah sarapan. Alhamdulillah. Moga Allah luaskan lagi rezeki mereka yang memberi juga rezeki kita semua. Aamiin.











p/s: Sikit je lagi nak habiskan isi cocopeat dalam polybag.

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)