Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kailan. Show all posts
Showing posts with label Kailan. Show all posts

Thursday, March 23, 2023

Bunga pokok kailan.

Assalamu'alaikum.

Bunga pokok kailan.

Salam satu ramadan 2023 buat semua umat Islam walau di mana anda berada. Moga Allah pelihara kita dan seisi keluarga daripada segala musibah. Aamiin.










Ni bunga pokok kailan. Aku sengaja tinggalkan sepokok semata-mata nak tengok bunga kailan tu dan juga nak tau kat mana benih kailan tu keluar. Gigih la sangat, kan. 😁😁😁

p/s: Dah rancang ke menu berbuka nanti? 

.

Wednesday, February 8, 2023

Jom petik sayur.

Assalamu'alaikum.

Jom petik sayur.

Alhamdulillah, dapat la sikit sayur hasil dari kebun mini aku yang seco'et ni.


Cili padi bara.




Kailan.














Kucai.



p/s: Berbudi dengan tanah, ada hasilnya. Alhamdulillah.

 .

Monday, October 3, 2022

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Alhamdulillah, pokok kailan aku dah nampak besar sikit. Rasanya dah boleh ambil dah ni. Lagipun aku nak cuba tanam sawi secara hidroponik pulak. Kali ni aku nak guna pasu khas hidroponik tu. Aku dah beli dah pasu comel tu. 😊😊😊









p/s: Ikutkan, macam-macam nak tanam tapi kudrat dah semakin kurang. Tapi disebabkan minat, aku kuatkan semangat. Moga Allah sentiasa kurniakan aku kesihatan yang baik. Aamiin.

.

Monday, September 19, 2022

Kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Kailan hidroponik.

Ini merupakan percubaan pertama aku tanam kailan guna cara #hidroponik ni. Aku guna cara ni sebab jimat masa nak siram. 😁😁😁





Aku tak letak baja sangatpun. Saja la nak tengok perkembangan dia macam mana. Lagipun aku ni masih lagi dalam proses belajar guna kaedah hidroponik pakai batang paip pvc ni.



p/s: Hujung paip kat belakang tu leaking la pulak. Adehh...

.

Sunday, November 26, 2017

Sawi kailan Jepun.

Assalamu'alaikum.

Sawi kailan Jepun.

Mana satu nak panggil ni? Sawi kah? Kailan kah? Ataupun Jepun? Hahaha. Mengong sungguh aiihh.. Dah tulis kat peket benih tu, sawi kailan Jepun, maka panggil je la ikut nama seperti yang tertera di situ, kan? Saja la tu nak tanya. Hehe.


Biji benih sawi kailan Jepun ni aku beli secara online. Boleh search biji benih online di facebook. 


















p/s: Kena tunggu besar sikit lagi kot baru boleh petik. Yang besar sikit cuma satu pasu tu je. Mungkin sebab pasu dia besar sikit dari pasu yang lain. Agaknya la. 



- UPDATE -

Aku semai lagi benih sawi kailan Jepun ni. Semai dalam botol air mineral terpakai tu je. Harap dia cambah dan hidup subur hendaknya.




Monday, October 16, 2017

Cara semai benih pokok sayur di rumah.

Assalamu'alaikum.

Cara semai benih pokok sayur di rumah.


Kalau dulu, aku semai benih sayur seperti sawi dan kangkung ni, aku main campak macam tu je. Kalau kangkung, takde masalah kalau semai macam tu tapi sawi tak boleh buat macam tu. Bukan apa, nanti apabila sawi tu tumbuh, dia akan tumbuh rapat-rapat dan jadi satu masalah pulak jika nak alihkan ke tempat lain. Sayang jika anak pokok sawi tu putus akar dia. Kalau bersesak sangat dalam satu bekas, nanti sawinya tak bebas pulak untuk membesar.


Baru-baru ni masa aku mencari cara nak semai benih asparagus di Youtube, aku terjumpa la satu video tu. Orang tu masukkan benih sawi ke dalam bekas semaian dengan menggunakan tweezer. Dia kepit je biji benih tu dan plop, terus masuk ke dalam bekas semaian tu. Takde la timbul isu biji benih melekat di jari atau berterabur.





Sebelum tu, aku buat dulu lubang untuk masukkan anak benih tadi. Aku gunakan sahaja belakang tweezer tu. Senang betul guna kaedah macam ni. Cepat dan jimat masa serta nampak kemas sikit.




Dan inilah dia hasilnya anak pokok yang aku semai benih dia dengan menggunakan tweezer tadi. Elok je dia punya susunan. Takde la berterabur je. Nak alihpun senang sebab dia ada jarak yang tidak mengganggu anak pokok bersebelahan.


 Kangkung.


Kailan (depan) dan salad (belakang).


Nanti masa nak alihkan anak pokok ke dalam pasu atau bekas yang lebih besar, aku gunakan garfu besi yang sudah tidak digunakan lagi. Ala, guna je garfu yang dah berkarat tu. Cucukkan hujung garfu tu anggaran dua jari dari pangkal pokok dan umpil keluar perlahan-lahan. Tanah jangan kering sangat sebab takut nanti tanah tu berderai dan akar tak melekat pada tanah. Kena bagi tanah tu lembab sikit supaya senang nak umpil keluar. Sambil umpil, sambil tahan tanah tu dengan jari lagi sebelah supaya tanah tadi kekal seketul macam tu.


p/s: Cuba la cara ni. Tak salah untuk mencuba. Tak cuba, tak tau, kan?

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)