Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 26, 2011

Projek menjelang tengah malam... :P

Assalamualaikum...

Projek menjelang tengah malam... :P

Aku baru je selesai masak tomyam ni. Mak aku takde selera nak makan, tu yang aku buatkan dia tomyam ni. Nasi yang aku masak pagi tadi sikitpun tak luak. Mungkin sebab tengahari tadi kami semua makan kat rumah jiran yang buat kenduri nak menyambut kedatangan Ramadhan. Malam ni akupun tak makan lagi... haha...

Kebetulan pula, bahan-bahan ada kat dalam peti sejuk. Bahan ni tak kisah sangat la, main letak je sayur yang ada tapi yang pentingnya ialah perencah tomyam tu sendiri. Kalau ada dalam stok, menjadi la tomyam tu.. Kali ni aku masukkan lebihan ayam yang buat sup hari tu dan sayur cuma bunga kobis dan carrot je. Pastu letak la sikit lada benggala + serai yang dititik + hirisan bawang besar + cili padi + serbuk lada putih + garam.

Renehkan kesemua bahan kecuali sayur hingga mendidih. Lepas tu barulah masukkan bunga kobis, diikuti hirisan carrot dan lada benggala.. Aku letak sikit je daun limau purut sebab pokok limau purut kepunyaan jiran tu baru je mati. Malam-malam buta pergi petik daun limau tu.. haha.. Ambil jugak la daun yang kering tu, sekadar untuk dapatkan aroma harum daun tu je... 

Okay, dah siap. Siapa yang nak makan seken round tu, boleh la ambil mangkuk dan senduk la sendiri ehh... 

p/s: Senyum... senyum... auuwww.... comelnya... :D

12 Tukang Tembak:

Unknown said...

erkkkk xsakit perut ker ni kang lau mkn????hehehehe just kidding.....pandai masak....niceeeeeeee...gya sedap tue dah ada...wahahahaha dah boleh jd menantu pilihan nie mak2 nie :P

miss ct said...

Assalamualaikum kak..
bestnya masak tomyam.. akak pandai masaklah..bestnya =)

Cik Azz said...

Nur Intan Hazirah>

Insyaallah, tak sakit perut punya la.. Sebab bagi masak betul2 kuah tu, pastu tak pedas sangat... :P

Amin... :D

Cik Azz said...

Miss CT>

Waalaikumussalam..

Alaa, setakat masak gitu2 je boleh la.. Masih banyak lagi yang nak kena belajar ni... :malu

Teha Nur Fateha said...

amboi sedapnye kak..tgh2 mlm pn jd ye.hehe

umiawadah said...

ha cik azz apa pulak komen dari mak sendiri..kalau dia kata okey maknanya sedaplah tu...

nur aisya humaira said...

feveret aisya tomyam ni...;)

Cik Azz said...

Teha>

Sesekali nak jugak 'berperang' kat dapo tengah2 malam ni... hehe..

Cik Azz said...

Ummiarissa>

Dia tak makan lagi tomyam tu, so, tak tau la apa jawapan dia.

Masalahnya orang yang ada selera yang bedal dulu tomyam tu... hahaha...

Cik Azz said...

Nur Aisya Humaira>

Oo ye ke..??

Ehh, amek la satu piyok tu bawak balik... hahaha..

Acik Erna said...

azz..jadik..sekojap siap..sdoap makan kalau tak do selegho ni sobab ado masam2 sikit tu.

Cik Azz said...

Kak Erna>

Sobab tu la sey lotak hirisan limau nipih sikit kek dalam tomyam tu.. Pehtu omak sey cakap, masammmm.. Sey pun jawab la.. kato takdo selero nak makan, tu yg buek masam sikit tu..

Nak jugak monjawab... hehehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)