Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, December 25, 2011

Rezeki di pagi Xmas... hohoho...

Assalamualaikum...

Rezeki di pagi Xmas... hohoho...

Seperti yang selalu aku cakap, rezeki itu datang tanpa diduga.. Dan datangnya dalam pelbagai cara.. Dan sebagai penerima, kita haruslah redha... :)

Pagi ni, bila aku masuk blog je, perkara pertama yang aku buat ialah check kalau-kalau ada komen yang perlu aku approve, dan akan aku approve-kan. Komen yang ada backlink, aku tak approve.. Lepas tu, aku akan check shoutbox aku, tengok kalau-kalau ada link menarik untuk aku balas kunjungan walaupun sebenarnya aku agak fobia sikit nak klik direct link ni.  Trauma dulu masih lagi terbayang... 

Dan pagi ni aku memang tak sangka la bila dapat hadiah sempena Xmas ni.. Dan hadiah tu sangat-sangat 'bernilai' untuk aku... Terima kasih banyak-banyak pada orang yang bagi hadiah tu kat aku.. Ni kira rezeki terpijak la ni ehh... hikhikhik....

Dan hadiahnya adalah... jeng.. jeng... jeng....
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaaaaaa.....!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
V


Disebabkan nak tau sangat siapa yang baik hati bagi aku hadiah Xmas ni, maka akupun carilah alamat dia.. Ye la, akupun teringin jugak nak balas balik pemberian ikhlas dia tu, kan... Orang dah berbudi, kita kenalah berbahasa.. tak gitu...? :P

Cari punya cari punya cari punya cari... Ehh..., banyak jugak alamat dia ni rupanya.. hihihi... Dan aku sertakan beberapa alamat dia ehh... heeeeee.... 

-1-

-2-

-3-
Cukup la tiga ni je kot... ehehh....


Marah sangat sebab tak dapat nak copy? Sukahati aku la nak bagi copy ke tak... Kalau nak copy apa-apa, sila pergi kat sini ataupun sini... Faham tak sayang...? Baru tak dapat copy dah naik angin.. Macam mana la nak handle perkara yang lebih mencabar nanti agaknya ya... ;)

p/s: Rezeki di pagi Xmas yang buat aku ketawa... Terima kasih banyak-banyak... Semakin ramai orang yang jiwa kacau sekarang ni, kan... hohoho....

8 Tukang Tembak:

Yunus Badawi said...

Tahniah kerana Cik Azz menerima 'hadiah' itu dgn hati terbuka. Betul kata awak. Skrg ni ramai org yg jiwa kacau. Dan mereka ini tak tahu bila dan mcmana nak lepaskan perasaan. Main hentam kat blog org pun jadi... huhuhu

Angah said...

ingatkan dapat hadiah apa la tadi....kwang kwang kwang...

MulutPayau said...

suspen betul..ingatkan dapat hadiah apa...memang makin ramai yg jiwa kacau skrang ni...

Cik Azz said...

Yunus Badawi>

Pengalaman mematangkan kita, kan..

Dan saya belajar dari kesilapan lalu.. Berusaha untuk memperbaiki diri.. Terpulanglah pada penerimaan masing2..

Dah nak dekat pilihanraya ni, lagi ramai yang jiwa kacau... Kena tingkatkan kesabaran..

Cik Azz said...

Angah>

Inilah hadiah paling istimewa untuk akak.. Alhamdulillah...

:-)

Cik Azz said...

MulutPayau>

Siapa aje la yang nak bagi saya hadiah.. Lagipun saya memang kurang suka terima hadiah2 ni.. Takut orang tak ikhlas je..

Tapi rasanya hadiah sempena Xmas ni benar2 ikhlas untuk saya... hehehe...

Acik Erna said...

Azz..ado gak orang cam tu yo azz..sesuko hati yo..
macam akak di opis tu..direct line lagi orang yang selalu tak pueh hati ngan akak tu bagi akak bodoh bangang..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Takpo la kak.. Jangan dilayan sangat orang yang jiwo kacau ni.. Takut nanti kito tojobak samo...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)