Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 20, 2012

Coklat buatan sendiri... Yummy...!!!

Assalamualaikum...

Coklat buatan sendiri... Yummy...!!!

Semalam buat coklat.. Hari ni buat coklat lagi.. Esok mungkin akan buat coklat jugak sampai la coklat bar yang ada dalam freezer tu habis.. Takde la banyak sangat coklat bar tu.. Mahal weii nak beli banyak-banyak.. huhuhu.. Aku buatpun atas permintaan sepupu.. Dia suruh aku buat coklat masa kenduri anak buah aku nanti..  Tu la, siapa suruh tayang gambar coklat kat fesbuk.. Kan dah kena buat... kehkehkeh...

Aku gunakan coklat brand Beryl's ni... Sekeping coklat bar dengan berat satu kilogram harga dia RM13.50.. Kalau kat tempat korang tentu murah lagi harga dia kot.. Kat tempat aku ni serba-serbi mahal.. Maklum la, duduk kat hujung dunia.. ehehh....


Coklat dan susu... Sedap....


Cara nak masak coklat ni senang je.. Gunakan sistem double-boiler macam gambar kat bawah ni.. Periuk bawah tu letak air dan biarkan air tu mendidih.. Air jangan sikit sangat, takut nanti tak sedar air tu kering.. Banyak sangatpun tak boleh jugak sebab takut nanti air tu meruap dan keluar dari periuk tu..


Jangan ada ruang di antara periuk dan loyang.. Dan pastikan coklat betul-betul mencair baru tuang ke dalam acuan.. Jangan ada ketul-ketul...


Coklat tak boleh terkena air langsung.. Pastikan semua bekas dan acuan bebas dari air.. Pastu loyang yang berisi coklat tu pastikan takde ruang dengan periuk yang berisi air tu supaya wap air yang mendidih tu tak lepas masuk ke dalam loyang berisi coklat tu.. Faham tak apa yang aku bagitau ni..?? Kalau tak faham, boleh tanya kat page fesbuk aku tu ehh... *yo yo arr je aku ni... Macam la expert bebenau... ahakk...




Curahkan coklat ke dalam acuan.. Lepas tu kaup dengan menggunakan spatula atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk mengaup lebihan coklat atas acuan tu.. Hentak-hentak sedikit acuan tu untuk mengeluarkan gelembung udara yang ada dalam coklat tu..

Kalau nak buat dua kaler macam yang aku buat ni, cairkan coklat putih. Gunakan berus dan sapu/selet coklat putih tadi kat permukaan acuan.. Kalau takde berus, guna sudupun takpe tapi lambat sikit la proses tu.. Biarkan sejuk dan lepas tu boleh la curahkan coklat biasa kat atas coklat putih tadi.. 


Tunggang-langgang... ehehh....


Biarkan coklat tu sejuk seketika.. Lepas tu boleh la dimasukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang sepuluh minit untuk coklat tu mengeras.. Lepas tu boleh la terbalikkan acuan tadi dan ketuk-ketuk acuan tu untuk mengeluarkan coklat yang dah keras tadi... Pastikan coklat betul-betul keras baru diterbalikkan untuk mengelakkan coklat melekat kat acuan.. Kena banyak bersabar ya sayang... ehehh...




p/s: Acuan untuk buat coklat tak mencukupi... Kena buat sambung-sambung.. Macam drama lak ada sambungan.. hahaha... Nasib baik buat berdua dengan anak buah.. Cepat la sikit kerja tu... :)

4 Tukang Tembak:

Shiqin Sunshine said...

alololo cute nye ~,~ tp BL cairkan coklat BL letak air dlm kuali...pastu letak coklat periuk kecik...huhu...

Angah said...

untungnye sape dapat kak Azz, serba serbi masakan dia pandai buat..lalalala

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Kak..maaf..lama tak singgah.. sorry ea. hehehe.

Kak, nak beli kat mana coklat beryl's ni..tak pernah nampak pun sebesor tu.. lana nak jugak cuba buat..huhuhu

Anonymous said...

waaa pamdai buat coklet la hehe nak 10 hehe

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)