Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 7, 2013

Biskut asam manis..

Assalamualaikum...

Biskut asam manis..


Masa ni aku tengah dok belek-belek buku resepi aku. Lama dah buku ni. Maklum la, masa zaman aku dulu internet ni takde lagi. Semua benda pakai tulis kat buku je. Rasanya banyak buku resepi yang aku buat samada yang aku lekatkan dengan resepi dari keratan yang ada dalam surat khabar ataupun yang aku tulis tangan. Tapi setakat ni, hanya satu ni je yang aku jumpa.. Yang lain-lain tu entah ke mana lesapnya..



Tarikh resepi ditulis ialah pada 31/10/98.. Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. Masa ni tulisan tangan aku boleh dikira 'cantik' lagi la.. muahahaha...


Okay, itu mukaddimah dia.. Ni nak bagi resepi biskut asam manis ni pulak. Aku belum pernah cuba buat biskut ni. So, siapa yang rasa nak buat, silakanlah buat ya.. 


Bahan-bahan:

1 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung jagung
7 bungkus asam manis - diramas manja.. 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara membuatnya:

1) Pukul butter dan gula hingga kembang.

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

3) Masukkan pula susu pekat manis dan esen vanilla.

4) Kemudian, masukkan pula tepung jagung. Gaul rata.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan asam manis yang diramas manja tadi. Gaul biar adunan sebati.

6) Bentukkan ikut suka dan bakar hingga masak.


Gunakan cawan yang sama untuk sukat bahan. Jangan pulak guna cawan A untuk sukat tepung, lepas tu guna pulak cawan B untuk sukat gula.. Nanti lain pulak jadinya... Aku biasa sukat guna cawan arcoroc lama yang jernih atau warna coklat tu je.. 2 cawan tu sama dengan 250 gram.. Tapi itu untuk sukatan bahan kering seperti tepung dan gula. Kalau untuk butter, 1 cawan arcoroc tu sama dengan 250 gram.. Aku dah pernah cairkan butter dan lepas tu masukkan butter cair tadi ke dalam cawan arcoroc tersebut.



1 Tukang Tembak:

Angah said...

angah pun suka simpan buku catatan lama, terutama catatan masa jaman school...best bile baca semula

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)