Assalamu'alaikum..
Corat-coret Floria Putrajaya 2014..
Jumaat lepas, aku dengan kakak dan dua orang anak dia pergilah jalan-jalan kat Floria Putrajaya tu.. Gerak dari rumah kat Nilai tu dalam pukul 3 petang.. Pukul 4 petang baru sampai..
Untuk orang yang ramai anak, jika nak ke event yang macam ni, adalah disarankan bawa bekal makanan dan minuman dari rumah.. Lepas tu boleh makan dan lepak kat tepi tasik tu.. Harga makanan agak mahal.. Satu cucuk sosej yang cuma ada tiga ketul sosej pendek, harga dia dua ringgit.. Lepas tu satu bekas apa entah, harga dia RM6.. Dah la bekas tu kecik ya amat..!! If duit banyak, takpe la.. Ni untuk golongan yang kurang berduit macam aku ni..
Okay la, malas ahh nak membebel untuk benda yang dah lepas.. hahaha.. So, layan je la gambar yang ada.. Banyak sebenarnya ambil gambar tapi cukuplah yang ni sahaja.. Selebihnya tu hanya untuk tatapan orang tertentu sahaja.. heee...
Tiket masuk kena bayar RM3 untuk seorang.. Lepas tu kitorang masuk pulak tengok arnab.. Kena bayar lagi RM3 untuk seorang.. Melampau betul..!! Mujurlah masa tengok kucing tak dikenakan bayaran.. Dah la kucing tu semua pakat dok tidur je.. Aku terpaksa hembus muka dorang suruh dorang bangun sebab nak ambil gambar.. Itupun dorang buat tak layan je.. Cehhh... hahaha...
Masuk pulak kat khemah pertandingan bunga orkid.. Kesian kat pokok orkid tu.. Ada yang dah kuning dah daun dia.. Bunga diapun ada yang dah lembik melentok kepanasan.. Masa aku nak ambil gambar salah satu spesis orkid tu, aku pegang la kelopak bunga dia sebab kelopak tu dah melentok ke bawah.. Tengah dok ralit buat kerja tu, tiba-tiba datang la seorang pengawal perempuan dok tegur aku, kata jangan sentuh bunga tu.. Sekali lagi cehhhhh... hahaha...
Hari tu, masa makan kenduri kat sini, teringin nak tengok dari dekat masjid besi iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tu.. Tapi adik kata kalau nak sembahyang kat situ, mak memang susah nak masuk sebab tangga banyak dan tinggi.. Lagipun masih sempat lagi solat Zohor kat rumah.. Jadinya, hajat tak kesampaian la.. Ralat la sekejap sebab aku bukannya selalu pergi Putrajaya ni..
Tapi masa Floria tu, dapat jugak aku solat Asar kat masjid besi tu.. Memang banyak tangga.. Aku sendiri hampir tersungkur masa naik escalator yang tak bergerak.. Itu belum mak aku lagi tu.. Mujurlah mak aku tak ikut pergi Floria ni sebab takut nanti dia penat.. Masa nak turun lepas solat, kitorang masuk la dalam lif.. Alih-alih pintu lif tu tak nak tutup padahal bukannya ramai manapun yang ada dalam lif tu.. Sudahnya, kitorang keluar balik dan turun ikut tangga.. Sabar je la.. Masjid besi ni cantik memang cantik tapi............
Okay, ini je cerita yang nak dikongsi.. Jika ada part yang tak berkenan tu, abaikan aje la ya.. Buat tak nampak je dah la.. ahahh..
p/s: Cerita ni aku tulis mengikut cara aku sendiri.. hehh...
1 Tukang Tembak:
gambar payung tearpung tu sangat menarik....
Post a Comment