Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, November 7, 2015

Mee goreng sempoi...

Assalamu'alaikum...

Mee goreng sempoi...


Sebenarnya, aku memang tak berapa pandai nak goreng mee yang sedap.. Mungkin sebab tu aku jarang sangat goreng mee ni.. Sejak dulu lagi aku memang jarang goreng mee tak kira la samada mee kuning atau mee bihun.. Seingat aku la, ada sekali je aku goreng mee kuning masa zaman aku kerja dulu.. Dan aku berkerja lebih kurang 13 tahun..! Bayangkan selama 13 tahun tu, cuma sekali je aku goreng mee kuning..! Aduhaii... ahaha..


Tapi sekarang ni rajin jugak la aku goreng mee walaupun mee aku kurang mantap.. Untuk tekak aku dan tekak abang aku kat rumah ni, lepas la tapi jika untuk orang luar, memang aku akan elakkan untuk goreng mee.. Biarlah aku buat laksa utara walaupun kerja tu agak renyah.. hehh..


Mee goreng aku kali ni sempoi sangat.. Rencahnya cuma ayam dan sayur sawi + kobis sahaja.. Nak beli sotong atau udang, harga dua benda alah ni alahaiii.... huhu...


Jom tengok gambar.. Kali ni gambar mee yang dah siap je.. Tak sempat nak ambil gambar semua bahan.. ahaha..




Bahan-bahan untuk masak mee goreng aku ialah:

2 bungkus mee kuning 
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 mangkuk isi ayam - potong kecil-kecil
2 senduk cili kering kisar
2 sudu makan kicap manis cap kipas udang
2 sudu makan kicap masin cap kipas udang
2 sudu makan sos tiram maggi
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam - jika perlu
Kobis - racik halus
1 ikat sawi 





Cara nak masak mee goreng..

1- Masukkan mee dalam tapis.. Lalukan bawah air paip dan toskan.. Ketepikan seketika..

2- Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau..

3- Lepas tu, masukkan cili kering kisar.. Tumis dan kacau hingga pecah minyak..

4- Masukkan pula isi ayam.. Kacau-kacau sebati..

5- Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis.. Kacau lagi biar sekata..

6- Lepas tu, masukkan pula mee kuning tadi.. Kacau lagi agar sebati dengan bahan tumis tadi.. Jika terlalu kering, boleh la tambah sedikit air..

7- Masukkan pula sayur kobis dan sawi.. Kacau-kacau rata.. 

8- Perisakan.. Jika kurang masin, boleh la tambah kicap masin sedikit ataupun taburkan sedikit garam halus.. Biarkan mee betul-betul masak..

9- Siap..!




p/s: Mudah je, kan..? Nak dengan tak nak je membuatnya.. hehh..

2 Tukang Tembak:

adianiez AIDA said...

Ok la tu.
Prektis meks perfek.
Lama2 nanti jadi la pakar mee goreng :-)

Unknown said...

hi ☺ please visit my blog. have a nice day ~
smartiesmoo.blogspot.kr

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)