Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 10, 2017

Kuah laksa Penang versi Rembau most wanted yooo..!

Assalamu'alaikum.

Kuah laksa Penang versi Rembau most wanted yooo..!


Dah lama sangat dah rasanya aku tak buat kuah laksa Penang ni sampaikan skill aku dah lari ke mana dah. Haha. Sungguh la. Memang nampak sangat perubahannya apabila dah terlalu lama ditinggalkan.


Makanya, pagi tadi aku cubalah asah balik skill dalam pembuatan kuah laksa Penang ni tapi biasalah, aku mesti buat ikut cara dan gaya aku. Apahal pulak aku nak ikut gaya orang lain sebab yang buatnya tu pun aku jugak. Lepas tu, yang makannya nanti, aku jugak, bukannya orang lain tu. So, bantai je la buat ikut rentak sendiri. Bukan berlagak bodoh sombong tapi untuk apa kita nak peningkan kepala ikut cara orang? Buat kuah laksa je pun. Bukannya buat kek yang sememangnya kena ikut sukatan betul-betul. Chill la beb!


Jom layan gambar yang sudah aku sediakan. Ingat senang ke nak buat tutorial masak-memasak ni. Heh.


Rebus ikan kembung bersama dengan asam keping. Kemudian, kisar isi ikan tadi.
v

 Rebus telur sebagai aksesori tambahan.


Rendam dahulu mee laksa ni. Apabila dah lembut, boleh la mulakan merebus. Rebus sampai betul-betul lembut sebab laksa ni agak keras dan liat sikit.


 ^
Kisar kedua-dua bahan ini. Cili kering tu gunting dulu untuk buangkan biji dia dan lepas tu basuh bersih-bersih. Jangan main kisar macam tu je tanpa dibasuh terlebih dahulu.
v

 ^
Guna sahaja apa yang ada. Jangan nak meraung jika bahan tak mencukupi. Ada sikit-sikitpun jadi la.
v

Tulang ikan jangan terus dibuang. Ada kegunaanya.


 ^
Kisar dan tapiskan tulang ikan tadi. Baki tulang yang sudah dikisar tadi, boleh la dikisar lagi dan siramkan pada pokok sayur atau pokok bunga sebagai baja organik.
v

Watak utama adalah belanga rare kepunyaan Omak aku ni.


 Curahkan air rebusan ikan ke dalam belanga. Masukkan sekali asam keping yang digunakan masa merebus ikan dan tambah lagi sedikit asam keping tu. Masukkan juga cili kering dan bawang kecil yang sudah dikisar.


 Masukkan juga isi ikan yang sudah dikisar ke dalam belanga.


 ^
Masukkan sekali bunga kantan dan juga daun kesum. Lepas tu, boleh la hidupkan api dapur. Masaklah sehingga kuah betul-betul masak. Jangan lupa letak garam sebelum tutup api dapur tu.
v


Disebabkan dah berkurun tak buat kuah laksa ni, rasa dia tu macam lain sikit. Kena komplen dengan abang aku. Kalau abang aku dah komplen tu, memang ada la yang tak kena. Haha. Takpe, lepas tu, aku ejas balik semula. Kasi perangatkan balik kuah tu sampai dia betul-betul pekat. Barulah terasa kuah laksa tu. 


 Kuah laksa selepas di-ejas. :)





Alhamdulillah, kenyang sudah. 😍


Oh ya, kuah laksa aku takde letak belacan ya sebab aku tak suka makan belacan. Bukan ada elegik ke, apa ke tapi sebab bau belacan tu kurang menyenangkan, tu yang aku tak suka nak 'berkawan' dengan belacan tu. Heh.


p/s: Pagi sampai malam, makan laksa ni je. Tak payah masak macam-macam. Nanti takde siapa nak makan, dah jadi satu pembaziran pulak. 

1 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

akak kalau makan laksa suko laksa lomak azz..kuah he boh santan

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)