Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kait. Show all posts
Showing posts with label Kait. Show all posts

Saturday, February 11, 2023

Mengait lagi.

Assalamu'alaikum.

Mengait lagi.

Letak kat sini untuk rujukan.















 


p/s: Mata mengantuk. Tak larat nak cerita banyak.

.

Friday, February 3, 2023

Kait beg kulit kerang.

Assalamu'alaikum.

Kait beg kulit kerang.

Masih lagi bercerita fasal beg kait. Kali ni aku cuba untuk kait beg kulit kerang. As usual, belajar dari youtube je. Benda free, rugi jika tak digunakan. Gittew.. !

Sebelum tu, kena gulung benang dulu la ya. Nak berjimat punya fasal, kenalah gulung sendiri benang tu. Ala, mudah je pun kerjanya. Nak, seribu daya. Kan?
















Tak siap lagi beg ni. Nanti dah siap, aku update semula kat blog aku ni. Tak kisah la takde orang bacapun. Kah..!





Aku sertakan sekali video youtube yang buat beg kulit kerang ni. Senang untuk aku rujuk di kemudian hari.





p/s: Cabar diri sendiri lebih baik dari cabar orang. Haha.

.

Tuesday, January 31, 2023

Beg kait viral.

Assalamu'alaikum.

Beg kait viral.

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak #begkaitviral aku ni. Orang buat, akupun nak buat jugak. Haha.

Cara buat ada kat video di bawah nun. Aku ikut video dari youtube je.

























p/s: Tak cuba, tak tahu. Kan?

.

Thursday, November 3, 2022

Mengait lagi.

Assalamu'alaikum.

Mengait lagi.

Alhamdulillah, dah nak siap dah tempahan dari customer aku ni. Daripada lima buku benang, sekarang dah tinggal sebuku je. Rasa tak sabar pulak nak siapkan sebab apabila dah siap, boleh la sambung kerja menjahit pulak.







Bunga kait ni katanya nak tampal kat beg kait. Customer aku tu tak sempat nak kait bunga kecil macam ni. Tu yang dia minta aku kaitkan. Mujurlah skill mengait aku masih ada. Itupun terkial-kial jugak menggayakan jarum kait tu masa mula-mula mengait hari tu. 🤭🤭🤭







Kait bunga kecil macam ni nampak je mudah tapi rasa kebas jugak la jari jemari aku ni. Harapnya aku tak jemu la buat kerja macam ni. Tapi incase jika jemu sekalipun, aku kena kuatkan semangat demi mencari sedikit rezeki. Moga Allah berikan aku kekuatan mental dan fizikal. Aamiin.







p/s: Ada yang nak tempah ke? Sediakan benang sendiri la ya sebab aku cuma ambil upah kait je. Aku takde masa nak beli benang. Karang tersalah beli, aku jugak yang rugi. Tak kuasa la aku nak menanggung kerugian itu. 😊😊😊

.

Thursday, March 1, 2018

Kenangan.

Assalamu'alaikum.

Kenangan.


Ni kenangan masa aku kerja kat Johor dulu. Dah jadi barang rare dah ni. Haha. 


Ni adalah chairback. Ada satu set chairback ni iaitu ada tujuh helai. Semuanya masih lagi aku simpan dengan elok. 





Ini pula adalah alas meja makan untuk enam kerusi. Ini jenis sambung-sambung. Kait sekeping kecil dulu, lepas tu sambung. Buatlah proses yang sama sampai dapat saiz yang kita nak. Dah tak ingat dah berapa buku benang ni habis. 





Ini pula merupakan alas untuk meja bulat. Kalau letakkan atas meja buat tu, cantik je dia jatuh ke bawah. Dia macam berombak sikit. Jenuh ni nak habiskan. Setiap masa kena pandang pada pola. Banyak kali jugak kena bukak balik semula sebab silap kira. Sabar je la. Haha.






Aku memang sayang sangat dengan semua harta benda yang aku ada. Walau sekecil dan semurah mana sekalipun benda tu, aku tetap sayang. Sebab tu la aku akan cuba jaga dengan sebaik-baiknya.





Dulu, aku selalu berlumba-lumba mengait dengan dua orang lagi rakan sebilik. Dua orang kawan aku tu memang laju je mengait. Aku je yang agak terkial-kial sikit. Takpe la. Yang penting, siap jugak apa yang aku kait tu. Malahan, dapat jugak aku bagi kat dua orang kakak aku satu set chairback tiap seorang. Dua-dua pattern tak sama dan dua-dua berwarna putih. Tak tau la sama ada chairback tu masih ada lagi kat dorang ataupun sudah dimakan dek tikus. Hahaha.


p/s: Rindunya zaman kerja dulu.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)