Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Rock Melon. Show all posts
Showing posts with label Rock Melon. Show all posts

Thursday, April 27, 2023

Rock melon hidroponik yang comel.

Assalamu'alaikum.

Rock melon hidroponik yang comel.

Aku terpaksa petik buah rock melon ni sebab pokoknya dah nak mati. Ralat la jugak sebab tak dapat tengok dia membesar. Mujurlah dah ada isi. Sedap dan manis isinya walaupun buahnya masih kecil.






Meleleh air liur tengok isi dia.







p/s: Sekarang takde mood nak menanam. Mungkin sebab cuaca yang terlampau panas. Tunggu la cuaca kembali normal. Baru la sambung menanam.

.

Friday, March 17, 2023

Petik buah rock melon hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Petik buah rock melon hidroponik.

Alhamdulillah, akhirnya buah rock melon hidroponik aku dah boleh petik dah. Saiz buah kecil je tapi disebabkan dah mula merekah, akupun petik je la.





















Sedap dan rangup. 


p/s: Nanti aku nak cuba tanam lagi. Seronok walaupun buahnya sebiji je. Tapi ada sebiji lagi baru berputik. Mudah-mudahan dia sihat dan kuat serta mampu bertahan hingga besar. Aamiin.

 

Thursday, February 9, 2023

Rock melon hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Rock melon hidroponik.

Aku dalam percubaan menanam pokok rock melon secara hidroponik. Doakan projek aku ni berjaya.

Wah, bunyi macam gah je, kan? Padahal ada tiga pokok aje pun. Benihpun guna dari buah rock melon yang dibeli. Hahaha.










Mudah-mudahan pokok rock melon aku terus sihat, subur dan mengeluarkan buah yang banyak serta berkualiti. Aamiin. 








Aku guna baja AB untuk pokok rock melon aku ni. Sukatan dia aku main agak-agak je. Alah, tiga pokok aje pun. Hentam je la. Haha. 

p/s: Aku kan suka mencuba tapi mencuba benda yang ada faedah la. Benda yang takde faedah, tak kuasa la aku nak cuba. Buang karan je.

.

Wednesday, April 26, 2017

Kerana terpaksa, kuambil jua walau tanpa rela.

Assalamu'alaikum.

Kerana terpaksa, kuambil jua walau tanpa rela.


Aduhai, syahdu dan sadis sungguh tajuk entri kali ni. Macam kisah alam percintaan je. Hahaha.


Sebenarnya, aku terpaksa ambil dia ni haaa... Kisah sedih yang berkaitan ada kat sini. Silalah klik jika nak baca. Heh.






Tak tau lagi nak tanam apa kat tempat rock melon tu. Belum ada perancangan rapi lagi. Tapi rasanya macam nak tanam kacang panjang merah je sebab dah siap ada tali untuk jadikan pancang.


p/s: Boleh la makan jugak isi buah rock melon tu walaupun tidak masak dengan sempurna.

Monday, April 24, 2017

Sedih menengoknya.

Assalamu'alaikum.

Sedih menengoknya.


Beginilah rupanya pokok rock melon yang aku tanam dulu. Dulu elok je pokok ni hidup subur tapi sekarang ni, sedih betul menengoknya. Huhu. 






Pangkal batang pokok rock melon aku ni sudah mereput. Tu yang menyebabkan daun dia layu dan menunggu masa untuk mati. Selagi batang rock melon ni tidak kering dan masih lagi berwarna hijau, aku biarkan je buah tu kat situ. Mana la tau kot-kot buah tu boleh masak. Harapnya masak la walaupun buahnya takde la sebesar mana. Yang penting dia masak sebab nanti dapat la aku ambil bijinya untuk dijadikan benih.


Takpe, anggap je kegagalan ini sebagai satu pengalaman. Kita belajar dari kesilapan. Mungkin pengaliran air kat tanah dalam pasu tu tak berapa lancar yang menyebabkan pangkal pokok tu sentiasa basah dan mereput.


p/s: Lepas ni, nak cuba tanam lagi rock melon ni sehingga berjaya dapatkan buahnya dalam saiz sebenar. Mudah-mudahan aku tidak putus semangat. Aamiin.

Thursday, March 23, 2017

Cara nak halang ulat hijau makan daun dan pucuk rock melon.

Assalamu'alaikum.

Cara nak halang ulat hijau makan daun dan pucuk rock melon.

Pokok rock melon ni ulat hijau suka makan daun dia. Kena selalu periksa dan belek-belek daun dan pucuk dia. Kalau kat pucuk yang baru keluar yang warna seakan kuning tu, ulat tu pun jadi warna kuning jugak. Kalau kat daun hijau, ulat tu jadi warna hijau. Sebab tu kena fokus betul-betul masa membelek.





Hari tu, ada geng kat grup kebun bagi tips untuk halau ulat hijau kat pokok sayur. Katanya, taburkan abu dari bahan yang dibakar seperti kertas, kayu atau daun kering. Makanya, akupun bakarlah daun rambutan kering dan apabila dah jadi abu, aku taburkan abu tu kat pokok rock melon aku tapi kena tunggu abu tu sejuk dulu la. Jangan pulak pi tabur abu tu masa dia masih panas. Kang dengan jari ko sekali melepuh. Niaya je. Hehe.





Hari tu, aku tengok dan belek la daun dan pucuk rock melon aku tu. Alhamdulillah, takde nampak ulat hijau yang macam hari tu. Semalam ada jugak dalam tiga empat ekor. Habis semua aku lenyek. Geram punya fasal, lenyek aje la. Heh.




 Macam nak jadi putik je. Jika betul, syukur alhamdulillah.


 Ejen pendebungaan sedang buat kerja. Buat kerja elok-elok ya. Hehe.


 ^
Habis kelabu asap pokok rock melon aku kena tabur dengan abu. Haha
v


Awal malam tadi hujan lebat. Makanya, habis la semua abu tu dibawa dek hujan. Gambar bawah ni aku baru je ambil sekejap tadi. Kena bakar daun rambutan lagi la gamaknya sebab kesan abu tu dah hilang dah. Tadi aku belek daun rock melon tu, sekor ulat hijaupun aku tak jumpa. Alhamdulillah.


^
Ada pepatung merah kat tali penyokong pokok rock melon tu. Suka betul dia main kat situ.
v


Nampak gayanya, lepas ni aku kenalah simpan stok abu tu pulak. Haha.


p/s: Aku hanya mampu berusaha sahaja. Selebihnya, doa dan tawakkal pada DIA. Jika ada rezeki, dapat la aku merasa buah rock melon ni tapi jika sebaliknya, pasrah dan reda je la. Apo nak kato laie, dah takdo joki, kan?

Tuesday, March 14, 2017

Percubaan menanam rock melon.

Assalamu'alaikum.

Percubaan menanam rock melon.

Rock melon ni projek suka-suka je. Saja la nak luangkan masa dan gunakan sebaiknya ruang yang ada kat rumah ni. 


Sebelum ni main campak je biji benih rock melon tu ke dalam pasu. Tak sangka pulak benih tu hidup. Banyak benih yang hidup tapi sebab masa tu aku jenis tak kisah, buat tak endah je, banyaklah anak pokok rock melon tu mati macam tu je. Cuma sepokok kat bawah ni je yang hidup. Bunga dia banyak tapi hanya sebuah aje yang lekat. Yang lain tu gugur macam tu je. 




Sayangnya, buah rock melon yang sebiji tu habis kena serang dek ulat hijau. Daun rock melon tu pun macam tu jugak. Habis kering. Ingatkan nak la tunggu buah ni besar tapi tak dapat la nak tunggu sebab buah tu dah mula berlubang-lubang dikerjakan dek ulat tadi.


^
Kecil je buah rock melon aku ni. Haha.
v



Beginilah rupanya isi dalam rock melon tu. Biarpun kecil, tapi dah masak dah. Rasa dia sama macam rock melon yang dibeli tapi yang ni lagi manis.




Biji rock melon yang ini pun aku campak jugak dalam pasu besar. Ingatkan tak tumbuh sebab tengok gaya biji tu macam muda lagi. Rupanya, banyak anak pokok rock melon yang bercambah. Akupun apa lagi, terus la ubah masukkan dalam pasu. Aku cucuk lidi satay terpakai kat dalam pasu rock melon tu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing membuang kat dalam pasu tu. Kalau tak buat macam ni, memang selamat la pokok rock melon aku tu dorang berakkan. 


Gambar ni bertarikh 22/2/2017. 


Sekarang ni pokok rock melon aku dah mula membesar. Dah mula keluar sulur nak memanjat. Bungapun dah keluar dah. Dari tiga pasu, sekarang dah jadi enam pasu. Mungkin akan tambah lagi sebab masih ada banyak lagi anak pokok rock melon ni yang aku belum ubah masuk dalam pasu. 



 ^
Tengah berkira-kira sama ada nak buat pancang ataupun nak biarkan aje dia memanjat kat tembok berpagar tu. Pagar tu aku punya, bukan jiran punya. Heh.
v


Harap-harap pokok rock melon aku yang kat kawasan sini hidup sihat dan tidak kena serangan ulat. Pokok rock melon kali ni aku jaga dan letak baja. Takde la macam pokok yang mula-mula hari tu aku biarkan macam tu je. 


Aku takde asas cara menanam rock melon ni. Aku belasah je tanam macam aku tanam pokok lain. Haha.


p/s: Makin tak sabar pulak rasanya. Teruja nak tengok buah dia. Haha.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)