Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Singer. Show all posts
Showing posts with label Singer. Show all posts

Saturday, February 29, 2020

Saja nak cerita. 😁

Assalamu'alaikum.


Saja nak cerita. 😁


Alhamdulillah. Aku baru siap bersihkan mesin Singer ni. Mesin ni aku beli (mak aku dan kakak aku bagi duit) masa aku mula bekerja di Kuala Lumpur dulu. Kononnya nak ambil tempahan dan nak siapkan kerja di rumah. Masa ni, aku tinggal di rumah adik bongsu aku di Taman Cempaka, Ampang. (Aii pun pernah jadi orang Key Ell jugak weii...) Hahaha..







Entah apa aje la yang ada dalam laci mesin tu. Adoii.. Tapi name tag tu rare.. Haha.


Tali mesinpun dah reput sampai putus dua.


Aku kerja kat KL tak lama. Mungkin dalam 6 bulan je kot tapi dua tempat aku kerja. Saja la nak cari pengalaman sebab baru habis belajar menjahit. Satu tu kerja kat butik di Kompleks Pertama dan satu lagi kerja di rumah orang di Kampung Baru. Kenangan pahit kerja kat Kampung Baru tu. Sakit jiwa kalau diingat balik. 😏😏😏





Sebelum berhenti kerja kat KL tu, aku minta tolong adik aku yang kat Shah Alam tu bawak mesin ni balik sini. Dia letak dulu kat rumah dia. Lepas tu, baru dia bawak balik. Aku pernah la jugak guna mesin ni di rumah. Tapi sebab mesin ni dia punya kayuhan dan bunyi agak keras, maka akupun rasa tak selesa nak guna. Lepas tu, mak aku belikan pulak mesin jahit industri Singer yang guna letrik tu. Lagi la aku tak pakai dah mesin kayuh tu sebab masa dah balik sini, akupun dah mula ambil tempahan.



Sekarang, akupun tak gunakan mesin industri tu sebab jahitanpun tak banyak mana. Takde la macam 17 tahun lepas. Lagipun, mesin kayuh Singer yang lama yang mak aku punya (tahun 50-an mak beli di Singapura) masih elok lagi dan aku suka guna mesin ni sebab bunyi dia lembut je. Mesin tu la sekarang yang aku guna walaupun dia punya body dah tanggal sana sini. Haha.


Jadinya, kat rumah aku sekarang ada empat buah mesin jahit. Ada dua buah mesin kayuh, sebuah mesin jahit tepi industri dan sebuah mesin jahit biasa industri. Semua mesin aku dari jenama Singer sebab Singer, menawan keluarga bahagia. Aaggiittchuu...! 







Alhamdulillah. Mesin ni elok lagi. Jahitanpun cantik. Cuma dia punya bunyi yang keras tu masih kekal begitu. Huhu.








Punya lama tak guna mesin tu sampai semut hitam bersarang dalam laci. Mujurlah semut yang bersarang. Buatnya si panjang tu bersarang? Mahu pengsan aku kat situ jugak. Haha.


Geli pulak tengok semut banyak-banyak macam ni. 


Si Debot tu, aku sibuk kemas mesin, diapun sibuk jugak mengacau. Padan muka dia kuku dia sangkut kat kusyen buruk tu. Tiga empat kali jugak la dia tarik kuku dia baru lepas. Budak-budak bulus ni memang macam ni. Asal aku sibuk, dorangpun ikut sama menyibuk. 😹😹😹 Tapi takpe sebab aksi dorang ni la yang buatkan aku ketawa. Layankan aje la. Haha.



 Nah duit.. Pi beli ayam goreng cepat. 😜😜😜


^
Debot dan Kontot.
v


Banyak lagi nak cerita kat dalam entri yang ini tapi idea dah takde. Tiba-tiba stuck pulak otak ni. 😁😁😁 Nanti la sambung lagi kalau idea tu datang balik. 😂😂😂


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Semoga lebih banyak kebaikan yang datang kepada kita. Aamiin.
.

Tuesday, November 26, 2019

Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.

Assalamu'alaikum.


Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Aku ada kongsikan sedikit tutorial tentang seluar dari kain pelikat yang aku buat. Sebenarnya, takde la tutorial sangat. Cuma, aku kongsikan sedikit gambar cara aku jahit seluar pelikat tu. Tak sangka pulak ramai yang jenguk post tu. Tak kurang juga ada yang share. Pada mereka semua, terima kasih aku ucapkan. Moga setiap perkongsian itu ada manfaatnya walaupun sedikit.





Okay, aku kongsikan balik semula semua gambar tu dalam entri ini pulak sebab dalam post tu, gambar tak penuh. Kastemer bagi seluar contoh.




Ni untuk bahagian hadapan seluar. Bahagian depan seluar ni, bahagian ada pinggang dia tu lurus je. Tu yang pola kena lipat. Untuk bahagian belakang, kena naikkan 1 1/4 inci pada bahagian cawat tu. Lepas tu, garis je lurus sampai bahagian sisi/tepi. Kiranya nanti bahagian pinggang belakang ni dia garis lurus serong.


Bahagian sisi dalam belakang pula, kena keluarkan 1 inci dari sisi dalam bahagian depan untuk keliling kaki (bawah) dan keliling lutut. Keliling paha (bahagian hujung celah kelengkang tu, keluarkan dalam 2 inci atau 2 1/2 inci atau 3 inci bergantung pada saiz badan seseorang tu. Lagi gemuk, lagi banyak kena keluarkan.






Peniti setiap garisan supaya garisan tu tak lari jauh sangat.



^
Jahit sisi dulu bermula dari bahagian bawah mulut poket hinggalah habis sampai bawah. Lepas tu, barulah jahit dari atas dan teruskan membelok jahit bahagian poket.
v


 Berhenti di sini.


 Okay, bahagian poket dah selesai.


 Tinggal nak buat bahagian pinggang pulak.


Salah satu seluar pelikat yang dah siap jahit. Terima kasih kastemer.


p/s: Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu. Tak salah, kan?
.

Wednesday, November 22, 2017

Jahitan orang MALAS.

Assalamu'alaikum.

Jahitan orang MALAS. 


Cadar ni kakak ipar yang bagi sebelum dia pindah ke rumah sendiri. Masa dia bagi tu, getah cadar ni memang dah loose dah pun tapi aku pakai je sebab MALAS nak pasang getah baru.






Malam ni, tiba-tiba rajin pulak aku nak letak getah tu. Tapi tetap MALAS nak bukak jahitan yang ada isi getah loose tu. Sudahnya, aku main tindih je getah tu kat atas dia. Haha. Alah, getah tu nanti sorok kat bawah tilam jugak, bukannya nampakpun, kan? Ke, ada yang jenis suka kelebek cadar orang?



Senang je nak jahit cara MALAS macam ni. . Ambil je ukuran getah tu separuh daripada ukuran yang lama. Lepas tu tandakan bahagian tengah dan masa menjahit, mulakan dari bahagian tengah tu. Sambil jahit, sambil tarik getah tu.






Cara ni untuk orang yang MALAS nak buka jahitan lama. Siapa yang RAJIN, boleh la buka jahitan tu dulu. Apapun, aku dah siap jahit dah. Kiranya RAJIN la jugak walaupun MALAS. Kehkehkeh.





p/s: Takde la hodoh manapun jahitan tu, kan? Hehe. Yang penting, dah jimat masa dan tenaga. Lagi penting, dah jimat duit tak payah beli cadar baru. Haha.

Tuesday, March 7, 2017

VIDEO: Cara manual untuk isi benang ke dalam gelendung mesin jahit.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Cara manual untuk isi benang ke dalam gelendung mesin jahit.


Jika alat mengisi benang kat mesin jahit kita tu dah rosak, boleh la cuba ikut cara ini. Gigih aku buat video ni tau. Kalau korang tak tengok, memang la korang ni menolak tuah. Ilmu jugak ni walaupun seco'et je videonya. Hahaha.




Boleh je gulung benang tu macam biasa tapi lambat la sikit dan benang tu tak padat. Boleh je gunakan apa-apa bahan untuk masukkan ke dalam lubang gelendung tu seperti pensil ataupun pen. Asalkan muat dan boleh berpusing, okay la tu.


Masa proses menggulung benang tu, tangan kiri kita tu kena pandai main-mainkan benang tadi. Kena tegangkan benang tu dan gerak-gerakkan dia. Dia macam kita main layang-layang la. Kena pandai kawal tali layang-layang tu. Macam tu la maksud aku. Boleh faham, kan?


p/s: Tengok cara nak gulung benang tu aje tau. Jangan jeling tengok benda lain. Ahak!

Wednesday, May 4, 2016

Jom merempit..!

Assalamu'alaikum.

Jom merempit..!


Dah lama aku tak merempit dengan Mr. S versi old fashion ni. Alhamdulillah, ia masih lagi boleh bekerja dengan baik sebab aku memang jaga betul-betul mesin ni. Kalau aku tak jaga, alamatnya dah tinggal rangka je kot. Maklum la, banyak sangat tangan yang dok mengusik. Sebelum ni mesin ni dah tak berapa elok jahitan dia. Jenuh jugak la aku dok mencari mana silapnya. 




Bil letrik semakin mahal. Tu yang aku guna balik mesin jahit lama ni. Huhuhu. Lagipun sekarang ni cuaca panas sangat. Aku tak berapa berani nak guna mesin jahit letrik yang besar tu. Lagi satu, mesin jahit letrik aku tu ada masanya dia meragam tak nak bergerak. Entah apa yang tak kena, akupun tak tau la padahal setiap dua tahun aku panggil orang Singer datang ke rumah untuk servis mesin tu.


p/s: Penat sebenarnya guna mesin jahit lama ni tapi apa nak buat, dah terpaksa. Heh.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)